Followers
Sabtu, 25 September 2010
qirmumtaz Territory!
Lensa rasa dari
Qirmumtaz
Petang tadi aku melepas gian untuk melukis, hanya menggunakan tablet dan AP sahaja. Frust juga bila try guna AI tak reti. Habis semua draft karekter jadi huduh bila taruk kaler. Dari karekter kartun perempuan bertukar jadi ala-ala gambar siput babi..ahh tension juga. Psst..tapi sebenarnya tensionku terubat bila keluargaku dari perak jenguk ke penang hari ni. Terlepas juga rindu pada mereka.
Malamnya pula aku dan family kat sini pi rumah terbuka jiran yang selang 2, 3 buah dari rumah kami. Seawal jam 5 petang lagi aku lihat tak putus tetamu yang dijemput hadir memeriahkan majlis. Hmm tapi sedikit bingit dan bising dalam majlis tersebut bila ada sesi karaoke di sana. Opss bukan sedikit tapi banyakk bising, bingit dengan suara2 sumbang yang cuba untuk menyanyi. masing2 nak bagitau yang suara mereka tu sedap. Nyanyi punya nyanyi sampai tak sedar diri.
Paling geram bila suara-suara tu mengganggu yusra tidur. Kesian kat dia.. dah la baru ja nak sembuh dari demam. Nak rehat pun tak senang. Mana pergi adab hidup berjiran? tak baik tau mengganggu ketenteraman jiran, berdosa tu..Bukankah lebih baik, lagu2 tu semua diganti dengan alunan zikir ke, nasyid ke, kan ke lebih bagus. huhh, this territory is not yours only laaa!
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Kategori
Lensa Rasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hmm kesiannye..
BalasPadamHa'ah memang kesian..
BalasPadam