| 
 | ATURCARA | ISI PENYAMPAIAN | PENYAMPAI/CATATAN | ||
| 8.50 a.m | Ketibaan Tetamu Khas | Mengumumkan ketibaan,   dif-dif kehormat diiringi_____ Para hadirin diminta berdiri. |  | ||
|  | Tetamu Khas Duduk |  |  | ||
| 9.00 a.m | Selesai Tetamu Khas duduk | Sirih Berlipat Sirih Pinang Sirih Dari Pulau Mutiara Pemanis Kata Selamat Datang Awal Bismillah Pembuka Bicara Bismillahirahmanirahim.    Assalamu'alaikum   wb Yang Berbahagia dato’ Dr.   Sidiq Fadzil, Presiden Kolej Dar Al-Hikmah. Tuan Hj Mahyuddin Ashaari,   Ketua Pengarah yayasan takmir Pendidikan ABIM. Yang dipertua ABIM PP, Sdr.   Zayd Zhari Yang dihormati, barisan   panel pembentang seminar Pendidikan Umat, Malaysia dan Singapura Asatizah-asatizah, Ibu-bapa,   seterusnya semua hadirin yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Seminar   Pendidikan Al-Hikmah Dan Misi Pencerahan anjuran Abim PP dan Yayasan Ummah   PP. Bagi menambah keberkatan   majlis marilah kita sama-sama menadah tangan membaca ummul kitab Al-Fatihah… |  | ||
|  | Selesai bacaan Al-Fatihah | Amin ya Rabbal Alamin.. |  | ||
| 9.15 a.m | Bacaan ayat suci al-Quran | Bagi menyerikan lagi majlis   pada pagi ini, marilah kita sama-sama mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci   al-quran yang akan disampaikan oleh _______. Majlis mempersilakan. |  | ||
|  | Selesai bacaan al-quran | Majlis merakamkan   setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara____di atas bacaan   ayat-ayat suci al-Quran itu tadi. |  | ||
|  | Ucapan Aluan; sdr Zayd Zhari, Yg diPertua Abim PP. | Tak molek jika ada alu tiada   lesungnya, Tak guna jika ada dayung   tiada perahunya, Tak berkat ilmu tanpa   amlnya, Tak lengkap majlis tanpa   yang ada berbicara. Majlis dengan ini   mempersilakan Sdr Zayd Zhari selaku Yg DiPertua Abim PP untuk menyampaikan   ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya   majlis mempersilakan. |  | ||
|  | Selesai ucapan alu-aluan | Majlis merakam ucapan terima   kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi. |  | ||
|  | Ucaptama dan perasmian: Dato Dr Siddiq Fadzil | Seterusnya majlis   mempersilakan yg berbahagia Dato Dr. Siddiq Fadil, Presiden Kolej Dar   al-Hikmah untuk menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan seminar   Pendidikan al-hikmah dan Misi Pencerahan. Dengan segala hormatnya majlis   mempersilakan. |  | ||
|  | Selesai perasmian | Majlis mengucapkan ribuan   terima kasih kepada Yg berbahgia Dato Dr Siddiq Fadil, presiden Kolej   dar-al-Hikmah. Dengan ucapan itu tadi rasmilah sudah Seminar Pendidikan Kita   pada hari ini. Hadirin hadirat yang   dihormati Allah sekalian. |  | ||
| 10.30 | Kudapan | Kita tangguh sebentar majlis   kita untuk menikmati kudapan. Majlis akan disambung semula pada jam 11.00 pg. |  | ||
| 11.00 a.m | Selesai kudapan | Terima kasih kerana berada   di dlm dewan tepat pada masa yang dijanjikan.  |  | ||
| 11.01 a.m | Wacana 1; Seminar 1: “Penghayatan  Falsafah   Pendidikan Abim Vis-a’vis Pendidikan kebangsaan” Penceramah:  Prof madya   Dr. Mastura Badziz dari Universiti Islam Antarabangsa | Hadirin hadirat yang   dirahmati Allah sekalian Kini tibalah masanya untuk   sama-sama kita dengarkan seminar pendidikan yang pertama bertemakan “   Penghayatan Falsafah Pendidikan Abim Vis-a’vis Pendidikan kebangsaan” yang   akan disampaikan oleh yang berbahagia Prof madya Dr. Mastura Badziz dari   Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan___ (biodata) Majlis dengan segala   hormatnya mempersilakan |  | ||
|  | Selesai seminar 1 | Demikianlah ceramah yang   disampaikan oleh  yang berbahagia Prof   madya Dr. Mastura Badziz, bertemakan “ Penghayatan Falsafah Pendidikan Abim   Vis-a’vis Pendidikan kebangsaan”. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Diharapkan banyak input   berguna yang dapat kita kutip disepanjang ceramah itu tadi. |  | ||
|  |  | Bintang-bintang terbit pagi, Diselaput oleh awan putih, Tuan sudi dating kemari, Salam dihulur penuh kasih. |  | ||
|  | Seminar 2: “Al-Hikmah Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak” Penceramah: Dr. Rabiatul-Adawiah Ahmad Rashid (USM) | Hadirin-hadirat yang   dihormati Allah sekalian. Seminar kita pada pagi ini   akan diteruskan dengan ceramah yang kedua yang bertemakan “Al-Hikmah Dalam Pendidikan Awal   Kanak-Kanak” Yang akan disampaikn oleh   yang berbahgia Dr. Rabiatul-adawiah Ahmad Rashid, Universiti Sains Malaysia.   Beliau merupakan (biodata) Untuk tidak melengahkan masa   majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.  |  | ||
|  | Selesai seminar 2 | Majlis merakamkan ribuan   terima kasih. Diharapkan melalui ceramah yang kedua ini sedikit sebanyak   dapat menambah ilmu pengetahuan kita mengenai pendidikan awal kanak-kanak.  |  | ||
|  | Seminar 3:  “Falsafah Al-Hikmah Dalam Pendidikan Masa Kini” Penceramah: Dr. Haslinda Abdullah, university putra Malaysia. | Hadirin-hadirat yang   dihormati Allah sekalian. Seminar kita pada pagi ini   akan diteruskan dengan ceramah yang ketiga yang bertemakan “Falsafah Al-Hikmah Dalam Pendidikan Masa   Kini” Yang akan disampaikan oleh  Dr. Haslinda Abdullah, university putra   Malaysia. Beliau adalah (biodata) |  | ||
|  | Selesai seminar 3 | Majlis merakam ucapan terima   kasih kepad dr. Haslinda Abdullah di atas ucapan yang penuh berisi itu tadi. Hadirin yang dihormati Allah   sekalian.. |  | ||
|  | Seminar 4: “Peranan Abim Memartabatkan Pendidikan Al-Hikmah” Penceramah: Dr. Tajul Ariffin Nordin (WADAH) | Majlis  menjemput dr. Tajul Ariffin Nordin dari   WADAH sebagai penceramah yang keempat bagi menyampaikan ceramah yang   bertemakan “Peranan Abim Memartabatkan   Pendidikan Al-Hikmah” Dr. Johari Ariffin  adalah   (biodata) Majlis dengan segala hormatnya di persilakan. |  | ||
|  | Selesai seminar 4 | Majlis merakamkan jutaan   terima kasih kepada dr. Tajol ariffin di atas ceramah itu tadi.  Semoga kita dapat mencedok   ilmu yang berguna disepanjang ceramah berlangsung.  |  | ||
|  | Seminar 5:  “Isu-isu Pendidikan dan strategi    Pemerkasaan Umat” Penceramah: Dr. Joohari Ariffin (IAB) | Hadirin hadirat yang   dirahmati  Allah sekalian.  Seterusnya seminar ini akan   diteruskan dengan ceramah yang akan disampaikan oleh Dr. Joohari Ariffin,   dari Institut Aminuddin Baki. Beliau merupakan (biodata) Majlis dengan segala   hormatnya mempersilakan. |  | ||
|  | Selesai seminar 5 | Majlis merakamkan ucapan   terima kasih kepada yg berbahagia Dr. Joohari Ariffin. Semoga dengan ceramah itu   tadi, dapat mendedahkan kita dengan isu-isu pendidikan mutakhir ini. Hadirin hadirat yang   dirahmati Allah sekalian, Majlis berhenti rehat dan   solat zohor. Majlis ditangguhkan sehingga jam 2.00 p.m. Diminta hadirin hadir   semula tepat jam 3.00 p.m. kita akan meneruskan wacana kedua kita pada petang   ini dengan Forum yang berkisar tentang pengalaman dan pelaksanaan sistem pendidikan   islam di Singapura.  |  | ||
| 2.00 p.m | Wacana 2 “Forum Pendidikan Islam Serantau: Malaysia & Singapura” | Assalamualaikum wrt.. Terima kasih kerana   menghadirkan diri ke seminar kita pada petang ini setelah berhenti rehat pada   tengah hari tadi.  Hadirin hadirat yang   dihormati.. Seperti yang dijanjikan,   majlis kita pada petang ini akan beralih pula kepada sesi Forum yang akan   membincangkan isu-isu pendidikan dan pelaksanaan system pendidikan islam di   Singapura. Kami bawakan kepada anda panel khas dari majlis Ugama Islam   Singapura dan juga wakil Madrasah as-sagoff . Forum kita pada petang ini akan   dipengerusikan oleh  Puan Shereeza   Mohamed Saniff, selaku penasihat Madrasah Uthmaniah merangkap guru besar ABIM   WISE.  Saya serahkan majlis kepada   Pn. Shereeza Saniff untuk menyempurnakan forum kita pada petang ini. |  | ||
| 4.00 p.m | Majlis penutup | Majlis mengucapakn ribuan   terima kasih Semoga dengan hujah-hujah   hebat itu tadi dapat membuka minda kita tentang strategi pelaksanaan sistem   pendidikan di Singpura.  Seterusnya majlis menjemput   Tuan Hj Mahyuddin Ashaari , Ketua Pengarah Pendidikan Yayasan Takmir   Pendidikan Abim untuk menyampaikan ucapan penutupan. Majlis dengan segala   hormatnya mempersilakan. |  | ||
|  | Ucapan Penutup selesai | Majlis mengucapkan terima   kasih kepada  Tuan Hj Mahyuddin Ashaari   diatas ucapannya itu tadi. |  | ||
|  | Resolusi | Seterusnya majlis   mempersilakan Ustaz Mohammad Fadzil Alias, Mudir madrasah Uthmaniah untuk   sesi penggulungan.  Majlis dengan   segala hormatnya mempersilakan.  |  | ||
|  | Penutup | Majlis mengucapkan ribuan   terima kasih di atas ucapan resolusi itu tadi. Tuan puteri tersenyum   senyum, Melihat mempelai direnjis di   pilis, Senyum-senyum jangan tak   senyum, Sudah kita di penghujung   majlis.  Saya mewakili majlis ingin mengucapkan   ucapan rasa syukur dan terima kasih kepad semua pihak yang terlibat dalam   menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak   langsung. Moga kita semua beroleh keberkatan dariNya. Dan tiada untaian kata yang   mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang   tulus ikhlas buat semua atas kesudian hadir bagi memeriahkan majlis seminar   pendidikan kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Dikesempatan ini, saya   memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan   majlis ini. Pergi ke dusun memetik   kelapa, Kelapa muda si kelapa barli, Jari susun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali.    Marilah sama-sama kita   akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kifarah dan surah al-Asr. Sekian sahaja salam hormat,   wa bil lahit Taufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. |  | ||
|  |  |  |  | ||
|  |  |  |  | 
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)