Followers

Sabtu, 20 Jun 2015

Kes Murtad Dan Hukuman Menurut Fiqh Jinayat

Definisi Murtad.
Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.
Ada pun dari sudut syara’, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.
Kategori Orang Murtad Dan Hukumannya.
Orang yang murtad beserta hukumannya terbahagi kepada tiga kategori:
1.         Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.
2.         Orang yang murtad dan menzahirkannya.
3.         Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya.
Penjelasannya adalah seperti berikut:
Kategori Pertama: Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.
Orang yang murtad namun menyembunyikannya kemurtadannya sehingga tiada siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, tidak dijatuhkan hukum hudud di dunia. Hukuman mereka adalah di sisi Allah di Hari Akhirat kelak.
Orang murtad dari kategori pertama inilah yang disinggung oleh sekian banyak ayat al-Qur’an, salah satu daripadanya:
كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ وَهُوَ فَيَمُتْ دِينِهِ عَنْ مِنْكُمْ يَرْتَدِدْ وَمَنْ
أَصْحَابُ النَّارِهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]
Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah menjelaskan:
Islam tidak menjatuhkan hukuman bunuh atas orang yang murtad yang tidak menghebahkan murtadnya dan tidak menyeru orang lain agar murtad sepertinya. Islam membiarkannya agar menerima balasannya di akhirat kelak jika dia mati dalam kekafirannya itu. Allah berfirma lalu beliau mengemukakan ayat 217 surah al-Baqarah di atas).
Sebelum itu dalam risalah Berkenalan Dengan Ciri-Ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah Dalam Pelaksanaan Hukum Jenayah, telah saya jelaskan bahawa hukuman hudud hanya dijatuhkan apabila jenayah tersebut dilakukan secara terbuka, yakni dizahirkan kepada khalayak ramai. Ada pun jika jenayah tersebut dilakukan secara tertutup, maka hukuman di dunia tidak dijatuhkan. Ini kerana antara tujuan hukuman hudud dijatuhkan adalah untuk menghindar sesuatu jenayah yang dilakukan secara terbuka di khalayak ramai daripada menjadi ikutan dan fitnah kepada masyarakat. Dalam hal ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.
Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
Kategori Kedua: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya.
Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ.
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.
Ada pun berkenaan permintaan taubat, terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan dan ia menghasilkan lima pendapat:
1.         Wajib meminta orang murtad untuk bertaubat.
2.         Dianjurkan meminta orang murtad untuk bertaubat.
3.         Harus meminta orang murtad untuk bertaubat.
4.         Wajib meminta taubat kepada orang yang asalnya kafir, kemudian memeluk Islam, kemudian murtad. Permintaan taubat tidak dibolehkan bagi orang yang asalnya Islam, kemudian murtad.
5.         Orang yang murtad tidak perlu diminta untuk bertaubat melainkan memadai diperintahkan untuk kembali kepada Islam sambil diacukan pedang di lehernya.
Setelah mengemukakan lima pendapat di atas serta menganalisa dalil-dalil setiap pendapat, Syaikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim hafizhahullah menjelaskan pendapat yang terkuat:
Dalam pandangan saya, dan Allah sahaja yang lebih mengetahui, bahawa nas yang disampaikan secara terus kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hanya menunjukkan kewajipan hukuman mati terhadap orang yang murtad. Dan ini sudah merupakan ketetapan dasarnya. Akan tetapi jika imam (atau hakim) berpendapat untuk menundakan (hukuman) dan menilai permintaan taubat terhadap orang yang murtad sebagai langkah kebijaksanaan yang memiliki maslahat, maka hal itu boleh dilakukan, sesuai dengan perbuatan para sahabat yang (sememangnya) terpercaya.
Juga atas dasar keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Kemudian jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Taubah 9:05]
Saya turut bersetuju dengan kesimpulan di atas. Dalam suasana banyaknya fitnah kepada Islam pada akhir zaman ini, sama ada dari kalangan umat Islam sendiri atau dari kalangan bukan Islam, adalah dianjurkan agar hakim menunda hukuman untuk tempoh yang tertentu agar orang yang menzahirkan tindakan murtadnya diberi kaunseling dan diajak untuk bertaubat.
Jika dirujuk kepada hukuman para tokoh al-Salaf al-Shalih rahimahumullah, akan didapati bahawa mereka berbeza-beza dalam menundakan hukuman. Ada yang menjatuhkan hukuman bunuh serta merta, ada yang menundanya selama 3 hari, 20 hari, sebulan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kemaslahatan yang ingin dicapai dalam kes yang berbeza-beza. Walaubagaimana pun ingin ditegaskan bahawa sekali pun mereka berbeza-beza dalam tempoh penundaan, pada akhirnya hukuman bunuh tetap dijatuhkan jika orang yang murtad enggan bertaubat atau tidak menunjukkan harapan untuk bertaubat.
Kategori Ketiga: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya Serta Menyerang Islam Dengannya.
Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan menggunakan senjata, pena, lisan, pemikiran serta menggunakan bantuan orang bukan Islam dan munafik, maka mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Pengecualian adalah jika mereka bertaubat sebelum ditangkap, maka taubat mereka diterima.
Berkenaan orang murtad kategori ketiga ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالْمَارِقُ مِنْ الدِّينِ التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ.
Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya aku adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara:
1.         Membunuh,
2.         Penzina yang sudah bernikah dan
3.         Orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam).
Yang dimaksudkan sebagai: “…orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam)” adalah orang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya. Ini dijelaskan oleh sebuah hadis yang lain:
لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: رَجُلٌ زَنَى بَعْدَ إِحْصَانٍ فَإِنَّهُ يُرْجَمُ وَرَجُلٌ خَرَجَ مُحَارِبًا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِنَّهُ يُقْتَلُ أَوْ يُصْلَبُ أَوْ يُنْفَى مِنْ الأَرْضِ أَوْ يَقْتُلُ نَفْسًا فَيُقْتَلُ بِهَا.
Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara:
1.         Seorang yang berzina setelah dia menjaga kehormatannya dengan perkahwinan, maka sesungguhnya dia direjam,
2.         Seorang yang keluar (dari Islam dan jamaah, lalu) memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia dibunuh atau disalib atau dibuang negeri dan
3.         Seorang yang membunuh satu jiwa, maka dia dibunuh sebagai hukum timbal balik.
Mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلاَفٍ أَوْ يُنفَوْا مِنْ الأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنيَا وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ (33) إِلاَّ الَّذِينَ تَابُوا مِنْ قَبْلِ أَنْ تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (34).
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas atau dipalang atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Maidah 5:33-34]
Kes Lina Joy @ Azlina bt. Jailani
Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani merupakan wanita etnik Melayu yang berumur 42 tahun tetapi kini mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam. Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan MyKad yang dimilikinya. Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN). Pada 21 Februari 1997 beliau telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) untuk menukar namanya kepada Lina Lelani di atas alasan telah menukar agama kepada Kristian. Permohonanya ditolak.
Pada 15 Mac 1999 beliau sekali memohon menukar nama dan menggunakan alasan bertukar agama. Pada 22 Oktober 1999 JPN membenarkan permohonanya menukar nama daripada Azalina bt Jelani kepada Lina Joy. Bagaimanapun di dalam kad pengenalannya dicatatkan agama beliau adalah Islam .
Pada 3 Januari 2000 beliau memohon kepada JPN untuk membuang perkataan "Islam" dan nama asalnya di dalam kad pengenalan beliau. Permohonannya ditolak oleh JPN kerana permohonannya dikatakan tidak lengkap disebabkan tiada perintah Mahkamah Syariah yang mengesahkan beliau telah murtad dilampirkan bersama.
Lina Joy telah memfailkan kesnya di Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan JPN tersebut. Beliau kalah di Mahkamah Tinggi. Beliau telah merayu di Mahkamah Rayuan. Sekali lagi beliau kalah. Keputusan majoriti Mahkamah Rayuan menolak rayuan beliau sementara keputusan minoriti menerima rayuan beliau. Beliau akhirnya merayu ke Mahkamah paling tinggi iaitu Mahkamah Persekutuan. Beliau kalah apabila keputusan majoriti menolak rayuan beliau dengan satu keputusan yang menentang (Y.A Dato' Richard Malanjun ).
Y.A.A. Tun Dato' Sri Fairuz ( Ketua Hakim Negara ) boleh dipuji apabila menolak penghujahan peguam Lina Joy dan juga NGO yang menyokong beliau yang meminta Mahkamah memutuskan bahawa Artikel 11 Perlembagaan memberikan kebebasan mutlak untuk Lina Joy keluar dari agama Islam dan menjadi Kristian dan kebebasan tersebut tidak boleh dihadkan atau dikawal oleh mana-mana undang-undang seperti Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1993, Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa lain.
Tun Fairuz berkata :-
" Saya tidak nampak bagaimana tindakan itu boleh dikatakan bertentangan dengan Perkara 11 (1) yang dengan sendirinya memperuntukkan keperluan mematuhi kehendak-kehendak agama itu sebelum dia keluar dari agama Islam. Menganuti dan mengamalkan agama Islam sudah tentu bererti mengamalkan bukan sahaja aspek teologi dalam agama itu tapi juga undang-undang agama itu."
Pandangan Feqah (Hukuman Menurut Fiqh Jinayat)
Berdasarkan kes Lina Joy di atas, dia murtad kerana ingin mengahwini lelaki bukan islam, Kemurtadannya dapatlah difahami bahawa dia termasuk dalam golongan yang kedua ini.
Kategori Kedua: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya.
Fakta kes menunjukkan Lina Joy telah murtad, dia bukan murtad secara diam-diam, tetapi berani mengistiharkan dirinya murtad secara terbuka dan dengan bangganya menyatakan bahawa sejak lahir lagi dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Dan dia menzahirkannya ketika memohon di mahkamah untuk penukaran nama dan agama yang tertera di atas kad pengenalannya. Walaupun permohonan membuang perkataan Islam ditolak pada akhirnya.
Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوه
"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.”
Majlis agama Islam telah beberapa kali memanggil Lina Joy untuk menasihatinya supaya kembali kepada Islam semula dan meminta dia supaya bertaubat, namun usaha itu gagal.
Ada pun berkenaan permintaan taubat, terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan dan ia menghasilkan lima pendapat:
1.         Wajib meminta orang murtad untuk bertaubat.
2.         Dianjurkan meminta orang murtad untuk bertaubat.
3.         Harus meminta orang murtad untuk bertaubat.
4.         Wajib meminta taubat kepada orang yang asalnya kafir, kemudian memeluk Islam, kemudian murtad. Permintaan taubat tidak dibolehkan bagi orang yang asalnya Islam, kemudian murtad.
5.         Orang yang murtad tidak perlu diminta untuk bertaubat melainkan memadai diperintahkan untuk kembali kepada Islam sambil diacukan pedang di lehernya.
Setelah mengemukakan lima pendapat di atas serta menganalisa dalil-dalil setiap pendapat, Syaikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim hafizhahullah menjelaskan pendapat yang terkuat:
Dalam pandangan saya, dan Allah sahaja yang lebih mengetahui, bahawa nas yang disampaikan secara terus kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hanya menunjukkan kewajipan hukuman mati terhadap orang yang murtad. Dan ini sudah merupakan ketetapan dasarnya. Akan tetapi jika imam (atau hakim) berpendapat untuk menundakan (hukuman) dan menilai permintaan taubat terhadap orang yang murtad sebagai langkah kebijaksanaan yang memiliki maslahat, maka hal itu boleh dilakukan, sesuai dengan perbuatan para sahabat yang (sememangnya) terpercaya.
Juga atas dasar keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Kemudian jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Taubah 9:05]
Saya turut bersetuju dengan kesimpulan di atas. Dalam suasana banyaknya fitnah kepada Islam pada akhir zaman ini, sama ada dari kalangan umat Islam sendiri atau dari kalangan bukan Islam, adalah dianjurkan agar hakim menunda hukuman untuk tempoh yang tertentu agar orang yang menzahirkan tindakan murtadnya diberi kaunseling dan diajak untuk bertaubat.
Jika dirujuk kepada hukuman para tokoh al-Salaf al-Shalih rahimahumullah, akan didapati bahawa mereka berbeza-beza dalam menundakan hukuman. Ada yang menjatuhkan hukuman bunuh serta merta, ada yang menundanya selama 3 hari, 20 hari, sebulan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kemaslahatan yang ingin dicapai dalam kes yang berbeza-beza. Walaubagaimana pun ingin ditegaskan bahawa sekali pun mereka berbeza-beza dalam tempoh penundaan, pada akhirnya hukuman bunuh tetap dijatuhkan jika orang yang murtad enggan bertaubat atau tidak menunjukkan harapan untuk bertaubat.
Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Berdasarkan Kes Lina Joy
Sebagai orang Islam di negara ini kita wajar bergembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Lina Joy tersebut. Namun kita masih belum boleh menarik nafas lega. Mengapa ? Kerana masih terdapat beberapa perkara yang perlu diambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan kes seperti ini tidak berulang kembali
a. Perlunya Kerajaan menjadikan murtad sebagai satu kesalahan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan atau Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1993
Antara isu yang dibangkitkan di dalam kes Lina Joy adalah berkaitan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes murtad. Sebelum kes Lina Joy , terdapat dua aliran penghakiman berkaitan kuasa Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes Murtad.
Aliran pertama berpendapat Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Artikel 121 ( 1A ) memberikan kuasa Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes murtad meskipun tiada peruntukkan secara jelas di dalam Enakmen yang digubal oleh Negeri-Negeri. Aliran ini mengesahkan apa yang dipanggil sebagai bidangkuasa tersirat ( implied jurisdiction ).
Aliran Kedua pula berpendapat bahawa Mahkamah Syariah hanya dibenarkan membicarakan kes murtad sekiranya terdapat peruntukkan secara jelas di dalam Enakmen Negeri-Negeri yang memperuntukkan secara nyata bahawa Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk membicarakan kes murtad. Aliran ini menolak doktrin bidangkuasa tersirat.
Hakim Richard Malanjun yang memberikan keputusan menentang telah menyatakan di dalam pengahkimannya berhubung isu bidangkuasa ini dengan kata-kata berikut :-
" the insistence by NRD for a certificate of apostacy from the Federal Territory Syariah Court or any Islamic Authority was not only illegal but unreasonable. This is because under the applicable law, the Syariah Court in the Federal Territory has no statutory power to adjudicate on the issue of apostacy. It is trite law that jurisdiction must come from the law and cannot be assumed."
( Terjemahan : Gesaan oleh JPN untuk pemohon mengemukakan sijil murtad daripada Mahkamah Syariah atau mana -mana Pihak Berkuasa islam bukan sahaja tidak sah malahan tidak munasabah. Ini kerana berdasarkan undang-undang yang terpakai, Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan tidak ada kuasa statutori untuk memutuskan isu murtad. Adalah menjadi prinsip undang-undang bidangkuasa mestilah datang daripada undang-undang dan tidak boleh diandaikan ( secara tersirat )."
Sebenarnya isu bidangkuasa Mahkamah Syariah mengendalikan kes murtad ini bukan kali pertama ditimbulkan di Mahkamah sivil. Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali menasihati agar pihak Kerajaan memperuntukkan secara jelas di dalam undang-undang ( khususnya di Wilayah Perskutuan ) bahawa murtad hendaklah dibicarakan di Mahkamah Syariah. Amat malang nasihat tersebut tidak diendahkan oleh Kerajaan yang mengakibatkan sehingga kini tidak ada peruntukkan secara jelas di Wilayah Perekutuan bahawa murtad hendaklah dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sekiranya Kerajaan mengambil perhatian sudah tentu isu ini tidak akan terus-menerus dibangkitkan di Mahkamah Sivil.
b. Perlunya pindaan ke atas Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Melihat kepada kes murtad di negara ini modus operandinya bermula dengan pertukaran nama Islam kepada nama bukan Islam di dalam kad pengenalannya. Di dalam kes Lina Joy peraturan yang menjadi pertikaian adalah peraturan 14 Peraturan Pendaftaran Negara 1990 ( PPN 1990 ).
Sebelum pindaan kepada Peraturan 14 PPN 1990 mana-mana orang yang ingin menukar namanya di dalam kad pengenalannya hendaklah mengemukakan surat akuan yang menyatakan secara jelas bahawa dia telah secara mutlak ingin meninggalkan nama lamanya dan menggunakan nama barunya dan dia juga harus menyatakan alasan pertukaran namanya.
Berdasarkan pindaan kepada Peraturan 14 pada tahun 1990 mana-mana orang Islam yang ingin mendaftar semula dan ingin memohon pertukaran kad pengenalannya hendaklah memberikan antara lain butir -butir agamanya ( bermula 1/10/1999 ) dan juga mengemukakan keterangan bertulis yang pada pendapat kakitangan JPN perlu untuk menyokong ketepatan butir-butir yang dikemukakan.
Apakah yang dimaksudkan dengan frasa "mengemukakan keterangan bertulis yang pada pendapat kakitangan JPN perlu untuk menyokong ketepatan butir-butir yang dikemukakan."? Frasa ini menjadi pertikaian di dalam kes Lina Joy.
Hakim Richard Malanjun di dalam penghakimannya menyatakan bahawa tiada diperuntukkan di dalam peraturan 14 ( lama dan baru ) untuk Lina Joy mengemukakan sijil murtad daripada Mahkamah Syariah . Oleh itu permintaan JPN untuk Lina Joy mengemukakan sijil tersebut, kata Hakim Malanjun, adalah tidak sah.
Richard Malanjun juga menyokong keputusan Hakim Gopal Sri Ram ( Mahkamah Rayuan ) yang memutuskan bahawa sijil baptisme bertarikh 11 Mei 1998 adalah keterangan yang dikira perlu untuk menyokong ketepatan butir-butir yang dikemukakan oleh Lina Joy untuk menyokong beliau adalah seorang Kristian.
Kerajaan perlu meminda sekali lagi Peraturan 14 PPN 1990 tersebut dengan memperuntukkan secara jelas bahawa mana-mana orang Islam yang ingin membuat pertukaran kad pengenalan atau menukar butir-butir namanya kepada nama bukan Islam atau membuang perkataan Islam di dalam kad pengenalannya wajib mengemukakan perintah bemeterai daripada Mahkamah Syariah kepada pihak JPN. Tanpa perintah Mahkamah Syariah tersebut permohonan tersebut hendaklah ditolak.
c. Pengundi Islam wajib menggunakan hak mereka dengan menuntut Islam dilaksanakan secara syumul di negara ini.
Sesuatu yang amat mengagumkan di dalam kes Lina Joy ini adalah apabila Tun Dato Sri Fairuz sebagai Hakim Mahkamah Sivil telah memperakui kesyumulan Islam apabila beliau berkata :-
" Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi , sosial, budaya, moral atau kehakiman. Dan jika diteliti Perkara-Perkara 11 ( 1 ). 74 ( 2 ) dan Item 1 di Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Perskutuan akan ketara Islam itu meliputi antara lainnya undang-undang Islam."
Berbekalkan dengan pengkitirafan ini pengundi -pengundi yang beragama Islam wajib menggunakan hak mengundi mereka sebagai "bargaining power" ke atas parti politik yang ingin mendapatkan undi mereka agar Islam sebagai Al-Deen ditegakkan di negara ini.
Kalau pihak-pihak yang ingin murtad boleh menggunakan ( baca menyalahgunakan ) Artikel 11 untuk menghancurkan Islam dengan memohon hak untuk murtad maka kenapakah orang Islam yang komited pada agamannya tidak boleh menggunakan Artikel yang sama untuk berhujah bahawa hak mengamalkan agama di dalam Artikel 11 adalah merangkumi pengamalan agama secara syumul dalam semua aspek kehidupannya dan ianya tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak .
Kes Natrah
Kes ini berlaku dalam tahun 1950. Natrah telah dipelihara oleh ibu angkatnya, Che Aminah sejak dari kecil lagi. Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam dan tinggal di Kemaman, Terengganu sehingga berusia 13 tahun. Bapa Natrah telah membuat perancangan sehingga Che Aminah terpaksa pergi ke mahkamah Singapura. Setibanya di Singapura, Che Aminah diperintahkan oleh mahkamah untuk menyerahkan Natrah kepada Konsul Jeneral Belanda. Bagaimanapun masyarakat Islam menentang keras. Akhirnya Natrah diserahkan kembali kepada Che Aminah. Disebabkan takut peristiwa ini berulang, Natrah telah dikahwinkan ketika berusia 13 tahun dengan Mansor Adabi. Walaubagaimanapun, mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Isunya dikatakan bermulanya, sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Akhirnya mahkamah membuat keputusan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya.  Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes tersebut, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
Secara kesimpulannya bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Masyarakat orang Islam di Singapura ketika itu membantah, dan ramai yang mati syahid dalam pertempuran dengan tentera British.
Pandangan Feqah (Hukuman Menurut Fiqh Jinayat)
Kes Lina Joy tak sama seperti Natrah, anak Belanda yang memeluk Islam sejak kecil dan berkahwin pemuda Islam tetapi kemudian dipaksa murtad oleh kerajaan Inggeris dan ibu bapa kandungnya, sebelum merdeka dulu. Dalam kes Natrah jelas beliau dipaksa murtad dan umat Islam bangun untuk memperjuang isu ini.
Dari sudut pandangan Fiqh Jinayat, sesorang yang murtad disebabkan paksaan, maka tidak akan tertanggung ke atasnya hukuman murtad. Seseorang yang dikategorikan sebagai seorang yang murtad, ia hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu.  Sekiranya syarat tersebut tidak dipatuhi, maka seseorang itu tidak bergelar murtad dan tidak perlu dihukum dengan hukuman undang-undang orang yang murtad. Bagi kes Natrah, dia tidak memenuhi syarat-syarat sah murtad itu sendiri yang diantaranya ialah mesti murtad dengan sukarela atau pilihannya sendiri. Tidak sah seseorang murtad kerana dipaksa sedangkan hatinya masih beriman kepada Allah SWT.
Firman Allah:
مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَئِنُّۢ بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرٗا فَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٦
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar.(Al-Nahl: 106)
Ayat di atas jelas menyatakan, orang yang dipaksa maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah.
Kes Siti Fatimah Tan Abdullah
Siti Fatimah telah menfailkan permohonannya terhadap MAIPP, untuk keluar islam. Menurut penyataan tuntutannya, dia tidak pernah yakin dengan ajaran islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 september 2004. Siti Fatimah yang pernah bekerja sebagai tukang masak, menfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab. Dalam tuntutannya juga, dia mengatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Peng Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti King ( Dewa Langit ) mengikut ajaran agama asalnya, Budhah dan memakan daging khinzir. Berdasarkan sejumlah fakta yang dikemukakan, dengan hujah peguam dan saksi telah menyakinkannya, maka hakim Othman Ibrahim berpuas hati yang plaintif tidak mengamalkan ajaran agama Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998. Hakim lalu membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agam Islam ( murtad ). Dia juga turut memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang ( MAIPP ) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu. Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini merupakan kes yang pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendalikan kes sebegini.
Pandangan Feqah (Hukuman Menurut Fiqh Jinayat)
Kes Siti Fatimah Tan Abdullah tak sama seperti Natrah dan Lina Joy, seorang mualaf yang memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki warga Iran bernama Ferdoun Ashanian. Tetapi kemudiannya, dia menfailkan permohonan untuk murtad selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab. Dalam tuntutannya juga, dia mengatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Peng Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti King ( Dewa Langit ) mengikut ajaran agama asalnya, Budhah dan memakan daging khinzir.
Dari sudut pandangan Fiqh Jinayat, perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu murtad adalah melalui I’tiqat, perbuatan dan perkataan. Seseorang yang dikategorikan sebagai seorang yang murtad, ia hendaklah melihat beberapa perkara yang menyebabkan murtad.  Sekiranya perkara tersebut tidak terdapat pada seseorang, maka seseorang itu tidak bergelar murtad dan tidak perlu dihukum dengan hukuman undang-undang orang yang murtad.
Bagi kes Siti Fatimah Tan Abdullah, dia telah mempamerkan perkara-perkara yang menyebabkan ianya murtad iaitu melalui perbuatannya. Sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Peng Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti King ( Dewa Langit ) mengikut ajaran agama asalnya, Budhah dan memakan daging khinzir yang mana perbuatan yang dilakukan itu diharamkan dalam Islam. Perbuatan ini boleh juga ditafsirkan sebagai sengaja atau untuk menghina Islam, mempersendakan Islam ,  degil atau takabbur.
Mohamed Azam Mohamed Adil menulis di dalam penulisannya bertajuk Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata, menyatakan fuqaha silam ada membezakan antara mereka yang dilahirkan sebagai Islam kemudian mereka murtad dengan mereka yang murtad mereka yang memeluk Islam (mualaf). Mereka yang lahir sebagai Islam kemudian murtad hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh tanpa diberi peluang bertaubat manakala bagi golongan mualaf, peluang bertaubat hendaklah dibuka seluasnya. Ini kerana mereka adalah golongan yang kurang mendalami Islam dalam agama Islam.
Statistik Murtad Di Malaysia
Statistik di atas menunjukkan pecahan yang murtad mengikut negeri dari tahun 2000 sehingga 2010. Tempoh 10 tahun yang membuat permohonan murtad dari agama Islam ialah berjumlah 686 permohonan yang dipohon dan permohonan yang diluluskan ialah 135. Permohonan yang diluluskan di negeri paling tinggi terutamanya di negeri yang diperintah ialah di Pahang (87.5%), Perlis (33%), Sabah (28%), Perak (25.53%), Melaka (25%) dan Negeri Sembilan (19.19%).

Di Selangor pula ada 99 permohonan namun tiada pemohonan yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Di negeri Johor pula sebanyak 8 permohonan murtad telah dipohon namun tiada sebarang kelulusan juga. Diikuti Sarawak dan Terengganu yang masing-masing satu permohonan namun telah ditolak permohonan itu. Pulau Pinang dan Kedah masing-masing dengan 36 dan 5 permohonan telah dipohon namun hanya 1 permohonan sahaja yang telah diluluskan oleh JAKIM. Wilayah Persekutuan pula mencatatkan permohonan pertukaran agama sebanyak 17.86% atau 10 permohonan sahaja yang dibenarkan berbanding 56 yang dipohon pertukaran agama.
Implikasi Gejala Murtad Terhadap Agama Islam dan Masyarakat Muslim
Dr. Yusof al-Qardawi dalam tulisannya “khuturah al-riddah wa muwajahah al-fitnah” telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa implikasi murtad kepada masyarakat Islam, antaranya:
1.       Murtad merupakan ancaman utama kepada dunia dan kewujudan agama Islam itu sendiri. Ini kerana orang yang murtad bukan sekadar dianggap keluar daripada Islam sahaja tetapi dia sebenarnya telah cuba untuk menyerang agama Islam itu sendiri.
2.       Murtad menghapuskan identiti masyarakat muslim. Ini kerana seorang yang murtad sebenarnya telah masuk ke dalam identiti ummah yang lain, dia juga telah menukar ketaatannya dan telah mencabut identiti Islam darinya.
3.       Murtad akan menyebabkan agama Islam dianggap seperti barang mainan semata-mata, iaitu boleh masuk apabila dikehendaki dan boleh keluar pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendakinya. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak lagi mementingkan identiti agama seseorang atau identiti sesuatu ummah. Kesan yang lebih besar akan timbul apabila masyarakat menganggap semua agama adalah sama dari segi identitinya.
Akidah yang dipegang oleh masyarakat Islam ialah akidah Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah, maka pembinaan sesebuah masyarakat muslim tersebut adalah terletak kepada sejauh mana kekuatan umat islam mempertahankan akidah mereka dari diperkosa dan diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Dengan akidah inilah umat islam mara kehadapan, maju dalam segenap segi kehidupan, mempunyai kekuatan dan keizzahan dan memiliki kesepaduan dalam mempertahankan serangan musuh Islam. Apabila umat islam mempunyai dasar-dasar akidah yang kukuh dalam sanubari mereka, sudah tentulah segala penyelewengan akidah, keburukan sosial yang menyimpang jauh dari agama akan dapat ditepis dan dikuburkan. Namun, apa yang menyedihkan umat islam pada hari ini bila mendapati kebanyakan mereka tersasar dari landasan dan paksi bergerak yang sebenar, akibatnya gejala-gejala yang remeh pada permulaannya mula parah dan merebak sehingga menjadi barah yang membunuh kesucian akidah Islam. Seterusnya membunuh akidah dan pemikiran umat islam akhirnya menyababkan ramai yang mula keluar dari agama mereka sama ada secara sedar atau tidak.
Selain itu, perbuatan murtad dari agama Islam akan menyebabkan golongan muslim yang lemah imannya akan merasa syak dan ragu-ragu tentang kebenaran Islam. Senjata “al-tasykik” inilah yang sedang digunapakai oleh golongan musuh Islam untuk merosakkan identiti masyarakat muslim dan umat Islam. Ini telah dijelaskan melalui kata-kata seorang pemimpin Yahudi : “berlakonlah seolah-olah kamu beriman di pagi hari dan kemudian keluarlah dari agama tersebut (Islam) pada waktu petangnya supaya golongan muslim berkata dalam hati mereka, keluarnya mereka dari Islam adalah bukti bahawa agama Islam itu tidak sesuai, ini kerana mereka adalah golongan yang telah diturunkan kitab dari langit terlebih dahulu dari kita dan sesungguhnya mereka lebih mengetahui” .
Langkah Mengurangkan Gejala Murtad
  1. Pendidikan asas agama Islam perlulah diperkasakan dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian Tinggi. Ini penting bagi membolehkan kefahaman mengenai asas-asas agama Islam diterapkan kepada anak-anak orang Islam sejak dari usia kecil sehinggalah mereka dewasa.
  2. Program-program dakwah kepada masyarakat Islam mestilah terus dipergiat dan dipertingkatkan sejajar dengan bertambahnya cabaran baru yang dihadapi oleh umat Islam masakini.  Pendekatan dakwah semasa perlu dikemaskini agar sentiasa releven dengan kumpulan sasar (mad’u) terutamanya bagi menarik golongan muda Islam yang amat terdedah kepada berbagai gejala negatif termasuklah murtad.
  3. Golongan muallaf atau saudara baru yang telah memeluk Islam perlulah diberikan perhatian sama ada dari sudut moral mahupun material. YAA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam keputusannya berhubung kes Siti Fatimah Tan, sebelum mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf. Menurut beliau, MAIPP sepatutnya perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam.  Dan jika ini tidak dilakukan, beliau bimbang akan wujud lebih banyak kes-kes seperti itu.
  4. Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 11(1) dan Jadual kesembilan Senarai Negeri dan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Mahkamah Syariah) 1965 adalah perlu dipinda. Dalam konteks masa kini, adalah disyorkan pendapat yang menyatakan kesalahan murtad boleh dijatuhi hukuman ta’zir apabila gagal bertaubat perlu diberi perhatian kerana jika berpegang dengan pendapat ijma ulama, sudah tentu hukuman tersebut tidak dapat dijalankan.
  5.  Kajian dan penyelidikan berkaitan dengan gejala murtad dalam konteks di Malaysia perlulah dipergiatkan bagi mendapatkan gambaran yang lebih mendalam dan mencari pendekatan yang sesuai untuk membendung gejala ini.
Hukuman Murtad di Malaysia
Dalam membincangkan undang-undang berkaitan murtad, terdapat persoalan besar yang perlu diselesaikan iaitu adakah terdapat peruntukan kesalahan murtad di bawah mana-mana enakmen atau akta di Malaysia. Jika diteliti, sememangnya tidak terdapat undang-undang yang jelas mengenai murtad termasuk hukumannnya. Ini berikutan undang-undang jenayah Islam yang boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah-mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia hanyalah merangkumi hukuman maksima 3 tahun penjara atau 6 sebatan atau RM5000 denda atau kombinasi mana-mana hukuman. Jelasnya, bidang kuasa jenayahnya adalah terhad dan hanya boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja. Jenayah murtad tidak di sebut di dalam enakmen kesalahan jenayah Syariah di kebanyakan negeri di Malaysia. Namun demikian, terdapat peruntukan kesalahan keluar agama Islam diguna pakai di beberapa buah negeri. Tidak terdapat penggunaan istilah kesalahan murtad yang diperuntukkan oleh mana-mana enakmen jenayah syariah negeri-negeri melainkan undang-undang hudud, qisas dan takzir yang cuba dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu satu ketika dulu.
Di antara beberapa faktor yang menyebabkan penggunaan istilah keluar agama Islam dan bukan murtad adalah kerana hukuman murtad yang merupakan hukuman mati sekiranya disabitkan adalah melampaui bidangkuasa mahkamah syariah. Sebagai contoh, Melaka telah memperuntukkan kesalahan keluar dari agama Islam sebagai satu kesalahan dan bukan murtad. Seksyen 66(1) Enakmen Kesalahan (Syariah) (Negeri Melaka) 1991 menyatakan bahawa apabila seseorang Islam dengan sengaja mengaku hendak keluar dari Agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak. Jika seseorang telah bertaubat, maka taubatnya itu mestilah disahkan di Mahkamah dan kemudian barulah dia boleh dibebaskan. Jika pula seseorang itu bertaubat semasa dalam tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah melaporkan perkara itu kepada mahkamah dan taubatnya juga perlu disahkan oleh Mahkamah. Seksyen 6 (1) pula memperuntukkan seseorang yang bersyubahat dibawah seksyen 66 adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Terdapat enakmen yang memperuntukkan undang-undang dan hukuman murtad secara khusus iaitu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II , Kelantan 1993 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan kerana faktor-faktor tertentu. Kedua-dua enakmen ini ada menyebut sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati bersalah dan sekiranya dia enggan bertaubat, maka mahkamah boleh memenjarakannya selama lima tahun dan jika tidak bertaubat juga boleh mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya. Tidak terdapat peruntukan khusus mengenai kesalahan murtad yang dikuatkuasakan di Malaysia. Undang-undang sedia ada yang telah dilaksanakan bukanlah melibatkan kesalahan murtad tetapi merujuk kepada kesalahan keluar agama Islam. Penggunaan istilah permohonan murtad juga tidak digunakan di dalam mana-mana enakmen negeri-negeri. Kebanyakannya menggunakan istilah permohonan pengisytiharan status agama.
Sejarah Murtad Pada Zaman Rasulullah
Sejarah permulaan peristiwa murtad telah berlaku semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi yakni ketika baginda berada di Mekah dan Madinah. Di antara kejadian murtad yang paling masyhur yang berlaku pada zaman nabi semasaberada di Mekah adalah yang berlaku ketika peristiwa Isra’dan Mikraj. Peristiwa ini di anggap bertentangan dengan kewarasan pemikiran manusia yang rasional kerana pertamanya di ceritakan perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil al- Aqsa di Palestin mengambil masa hanya satu malam shaja sedangkan perjalanan biasa pada ketika itu mengambil masa dua bulan lamanya pergi dan balik. Kisah kedua ialah Rasulullah di bawa melintasi langit sehingga bertemu ALLAH di sidratul muntaha dan pelbagai peristiwa yang sukar diterima oleh rasional akal pemikiran ketika perjalanan baginda ke langit. Kejadian ini berlaku lapan belas bulan sebelum berlakunya peristiwa hijrah baginda ke madinah. Ibn Kathir menjelaskan sebaik sahaja diceritakan peristiwa Isra’ dan Makraj ini, maka ada di kalangan umat islam yang tidak percaya dan terus murtad lantaran kisah yang melangkaui rasioal akal pemikiran manusia.
Peristiwa murtad juga berlaku ketika nabi Muhammad s.a.w berada di Madinah iaitu selepas berlakunya hijrah. Di antaranya adalah peristiwa kemurtadan al-Harith bin Suid Ibn al- Samit al-Ansari. Dalam peristiwa peperangan Uhud, al-Harith yang ketika itu berjuang bersama tentera Islam yang bernama al-Mujazzir bin Zaid al-Badawi berpunca dari dendam kesumat beliau terhadap al-Mujazzir. Setelah membunuh al-Mujazzir, al-Harith terus melarikan diri ke Mekah dan murtad di sana. Peristiwa murtad juga berlaku pada zaman pemerintahan khalifah Islam yang pertama, iaitu ketika zaman Abu Bakar al-Siddiq. Saidina Abu Bakar al-Siddiq terpaksa berhadapan dengan kumpulan yang enggan membayar zakat kepada kerajaan Islam. Kumpulan ini terdiri daripada kaum Asad dan Ghatfan dengan diketuai Tuhailah bin Khuwailid al-Asadi. Kata Saidina Abu Bakar al- Siddiq bagi memerangi golongam ini “Demi Allah aku akan memerangi sesiapa sahaja yang memisahkan di antara kewajipan sembahyang dan kewajipan mengeluarkan zakat”. Keputusan Saidina Abu Bakar umtuk memerangi golongan ini merupakan satu keputusan yang tepat walaupun pada mulanya tidak dipersetujui para sahabat yang lain termasuk Saidina Umar al-Khattab.
Pandangan Ahli Akademik (Berkenaan Kes Lina Joy)
Berikut adalah pandangan yang diberikan oleh Dr.Hj. Fadhlullah bin  Jamil, selaku Mantan Prof Madya USM dan Penyelidik, Pusat Pendidikan Ilmu Kemanusiaan, USM mengenai isu murtad Lina Joy:

Apabila mengenang kembali kes murtad yang berkaitan dengan Lina Joy, suatu kes yang amat panas dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam sejarah umat Islam di Malaysia, kita tidak dapat tidak merasa begitu sedih memandangkan Negara Malaysia yang dipimpin  oleh majoriti umat Islam melalui UMNO boleh membiarkan kes ini berlaku setelah melalui proses perundangan yang berpanjangan. Sesungguhnya, ia menampakkan betapa tebalnya pengaruh budaya sekularisme di Malaysia yang ditonjolkan oleh pemimpin Melayu selama ini sebagai sebuah Negara Islam. Selain itu, ia juga memaparkan kepada kita betapa lemahnya akidah umat Islam di Malaysia sehingga senang dipengaruhi  oleh ajaran asing dan jumudnya pihak berkuasa agama pada amnya dalam menangani  kes-kes murtad  dan jenayah yang lainnya. 
Lina Joy atau nama Islamnya yang sebenar ialah Azlina Jailani merupakan seorang wanita etnik Melayu yang berumur 42 tahun, tetapi telah mengakui bahawa  dia telah murtad  dan memeluk agama Kristian Katolik.  Lantaran itu, dia cuba menggugurkan  perkataan Islam daripada kad pengenalannya.
Menurut cerita yang dapat dikesan, dia telah mula  memohon untuk menukarkan namanya kepada Azlina Lelani sejak tahun 1997  dengan alasan dia telah memeluk agama Kristian. Tetapi, permohonannya ditolak.  Permohonan  kedua dibuatnya pula pada tahun 1999 bagi menukarkan namanya kepada Lina Joy tanpa menyebutkan bahawa dia telah bertukarkan kepada agama Kristian dan permohonan ini telah diluluskan dengan sebuah kad pengenalan baru yang berdaftar perkataan Agama Islam.  Berikutnya, dia mengisytiharkan dirinya tidak pernah mengamalkan Islam sejak lahir, meskipun kedua-dua ibu bapanya adalah beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai orang Islam (Muslim). Dia mengakui dirinya beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei, 1998. Pada tahun 2000 pula, dia  menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang India Kristian dan meminta agar didaftarkan  perkahwinan tersebut  bagi mengesahkan  perkahwinannya itu. Namun, permohonannya itu tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara kerana tiada kebenaran daripada Mahkamah  Syar ‘iyyah yang menentukan, yakni memperakui sama ada seseorang itu boleh keluar Islam atau tidak.
Kemudiannya, Mahkamah Syar ‘iyyah Wilayah Persekutuan telah memanggilnya beberapa kali dan menasihatnya  agar  tidak meninggalkan Islam. Tetapi, beliau mempertahankan bahawa pilihan untuk keluar daripada Islam adalah kehendaknya sendiri  dan dia telah memaklumkan hal ini kepada kedua ibu bapanya. Sewajarnya, apabila melihat kedegilannya itu, maka Mahkamah Syar ‘iyyah Wilayah Persekutuan  mengeluarkan perintah agar wanita itu diasingkan daripada orang yang boleh membantunya dalam proses pemurtadan itu dan tidak dibiarkan  bebas untuk pergi ke mana-mana jua bagi meneruskan niatnya yang sesat itu.
Tetapi, tanpa tindakan yang tegas lagi pantas daripada para pegawai agama yang bertanggungjawab, maka  beliau terus memohonkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi (Sivil) pada tahun 2000 untuk murtad. Berikutnya, beliau memohonkan hal yang sama di Mahkamah Rayuan  pada 19 Sept., 2005. Meskipun, kedua-dua permohonan ini tidak berjaya, namun peguam belanya, Dato’ Dr. Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam,  berjaya  mendapat kebenaran untuk kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Selain itu, kes ini atas bantuan Das  dapat didengarkan oleh 3 Hakim (@orang Muslim dan seorang nonMuslim, iaitu Ketua Hakim Tun Fairuz Sheikh Abdul Halim, Dato’ Alauddin dan Dato’ Richard (Cina Kristian)) pada dasarnya berpendirian yang sama , iaitu menyokongi tindakan Mhakamah Rayan yang tidak membenarkan kehendak Lina Joy untuk keluar daripada Islam kerana tidak dibenrkan oleh Mahkamah Syar ‘iyyah. Tetapi, yang peliknya, pada masa yang sama mahkamah yang bersidang itu membenarkan Majlis Peguam  yang diketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Ghulam Sarwar, mamak Penang yang murtad, berserta beberapa orang yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati  bersama lagi NGO, termasuk Sisters in Islam,  yang menyokongi Lina Joy meminta supaya mereka dibenar memberi hujjah dan bersuara.  Cuba lihat, bagaimana dengan dasar secular yang mereka junjungi, maka semua penentang Islam itu telah bersatu  sehinnga dapa memggugat kedudukan aqidah Islam dan membantu seorang manusia yang keliru itu murtad.  Jadi, buat pertama kali dalam sejarah perundangan Negara di Malaysia, PEGUAM PEMERHATI diberi  kuasa untuk berhujah dalam Mahkamah bagi membela kes murtad!  Nah, begitu lemahnya  system perundang di Malaysia. Mahkamah Syar ‘iyyah diam dan tiada kuasa untuk mengatasi kemelut yang berlaku itu.  Jelas sekali, Mahkamah Syar ‘iyyah bukan sahaja berdarjat “low class”, malah tidak  boleh menghalang Mahkamah Sivil daripada mengatasi dan menyahkan peranannya  bagi orang Islam!
Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati bukannya  PEGUAM PEMBELA RASMI  yang diketuai oleh Majlis Peguam keparat melarikan  (menggugurkan)  isu utama kes berkenaan daripada  hak  dan kuasa Mahkamah Syar ‘iyyah! Dengan mudahnya, pihak sekular keparat lagi sesat itu menolakkan peranan Mahkamah Syrar ‘iyyah di Malaysia dan memberi kepada Lina Joy haknya untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia yang sekular sebagai hak individu seperti yang terkandung dalam artikel 11, Perlembagaan Persekutuan.
Bukan itu sahaja, malah isu Mahkamah Syar ‘iyyah seperti yang diluluskan oleh  mahkamah terdahulu  dikira sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 dan  IFC dijadikan isu utama   kes ini di Mahkamah Persekutuan. Dalam pada itu, isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGONon-Muslim atas nama Kumpulan Artikel 11  dan dan Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan “person” (individu) yang terkandung di dalam  Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per se (orang itu sahaha), dan bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
Inilah kali pertamanya dalam sejarah Malaysia penghujahan  yang sebegitu berani dan bersikap kurang ajar yang dilakukan bagi menghuraikan  definisi tersebut untuk merongkaikan  ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi  seseorang penganut itu sendiri tanpa mempedulikan apa yang Allah s.w.t. telah tentukan  dan  menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan Syari ‘at Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam sendiri.
Dengan menggunakan definisi “individu” seperti yang difahami golongan liberal sesat itu, orang Islam dibenarkan untuk meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna bahawa orang Melayu di Malaysia tidak terikat dengan Islam lagi seperti yang telah digazetkan dalam  perlembagaan. Apabila definisi “person” didefinisikan sebagai hak individu  seperti dalam sistem sekular, maka agama Islam  boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya. Dengan itu, orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.   Islam juga boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri  sepenuhnya. Kesalahan syar ‘i  oleh seorang Muslim  tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syari ‘ah sudah tidak relevan. Demikianlah keadaannya!
Dalam konteks ini, kita boleh katakan sebagai contoh, solat seseorang itu boleh dilakukan mengikut sedap hati sendiri, iaitu  mengikut rakaat solat yang  difahami sendiri, puasa dalam bulan Ramadhan  boleh ditinggalkan apabila  membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa  boleh diambil tindakan oleh pihak yang berwajib. Dengan itu juga boleh didakwakan bahawa kesemua badan Islam  tidak relevan lagi  dalam perundangan semasa, sebab hak memperaktikkan  secara individu  diperjuangkan. Raja-raja Melayu dianggapkan hilang kuasa sebagai benteng dan simbol agama. Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun , ibu bapa akan terus hilang kuasa  untuk menetapkan agama  dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka  mengamalkan Islam. Perukunan Islam pada dasarnya sudah tidak valid (sah) disebabkan tiada  satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta Siyam (Puasa), Akta haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan Negara. Demikianlah implikasinya dalam hal definisi “individu”   yang ditekankan pihak liberal sekular ini.
Kes Lina Joy mendapat perhatian dan dokongan   pihak antarabangsa, yakni organisasi, kerajaan  dan individu bukan Islam seluruh dunia.Seluruh negara besar di dunia mengirimkan wakil-wakil mereka  untuk memberikan tekanan (pressure) yang besar ke atas hakim dan sistem perundangan  Negara Malaysia yang amat lemah untuk membela aqidah umat Islam. Di Malaysia sendiri, pula. II buah NGO dan organisasi ,antaranya Sisters in Islam, Malaysian Bar council, All Women’s Action Society (AWAM), Catholic Lawyers Society, Interfaith Spiritual  Fellowship Malaysian Civil Liberties Society (MCLS), Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Vivekanda Youth Movement dan sebagainya bersatu dan menyatakan pendirian mereka. Lihat bagaimana  kafir bersatu untuk mengganyangkan Islam.  Benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w.:
            “Golongan kafir itu satu sahaja pegangan agamanya, iaitu anti-Tauhid”.
Jangan lupa, mereka bila-bila sahaja boleh bersatu bagi menentang dan menghancurkan Islam!  Apa, para ulama tidak sedarkah hal ini? Hanya gaji dan pangkatkah  menjadi perkiraan?
Wakil daripada pertubuhan antarabangsa yang sesat juga menyatakan pendirian mereka bahawa bahawa agama  adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan. Mewreka menekankan pendapat dalam kertas kerja  dan kes study dinegara-negara kafir sehingga para hakim yang hadir naik gugup dan amat keliru. Dalang utama yang membawa segala kesesatan dan kepincangan ini ialah Malik Imtiaz Ghulam Sarwar yang kononnya Islam. Ia berpendirian bahawa agar seorang Muslim itu dibenarkan untuk murtad kepada apa jua pilihannya! Mengapkah beliau yang sesat itu diberikan penghormatan sehingga boleh membentangkan hujahnya dan menggangu –gugat system perundangan Islam? Soalnya, mengapakah pihak kafir dan penentang Islam dari luar negeri juga diizinkan untuk memasuki Malaysia dan mendesakkan supaya kita mengikut kehendak mereka yang sesat itu? Apakah Malaysia benar-benar merdeka? Tiada seorang pun menteri yang sanggup mencabar keputusan yang mereka kehendaki di mahkamah! Dimanakah pula peranan ulama  yang asyik berceramah, yang juga suka melawak ketika berdakwah  dan majlis-majlis serta pejabat-pejabat agama yang ada di bumi Malaysia? Apa kita sudah bangkrap (muflis) keimanan dan hanya takut kepada manusia  dan bukannya Allah?
Yang amat sedihnya daripada banyak pertubuhan Islam yang wujud di Malaysia , hanya ABIM (Alhamdulillah, saya ahlinya dan juga salah seorang pemimpinnya sejak 1973 bersama Anwar Ibrahim dan kini dalam pencen pun terus memimpin WADAH (senior ABIM)) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang tampil ke hadapan  untuk mempertahankan hujah keislaman. Pihak ulama, Majlis Fatwa, Jakim, IKIM dan lain-lainnya tiada kelihatan. Mengapa mengecut? Dimana aqidah, ilmu  dan amanah kamu? Mesti tunduk kepada golongan ahli politik secular yang sesat dan golongan kafir?
Tolong perhatikan bahawa Peguam bela Lina Joy didalam mengakhiri kesnya  itu telah berkata dengan angkuhnya ,”it is time that we must knock into the heads of Malays that our country Malaysia   has never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslims to tell them that in Malaysia Islam is subservient to constitution…”. Nah, begitulah kedudukannya! Cabaran kafir seperti yang disebutkan itu sudah dilancarkan dan memangnya  dilakukan hingga kini? Jadi, apa yang kita mesti lakukan? Terus berpeluk tubuh, berdiam diri, bernasyid dan berqasidah  sehingga semuanya hancur lebur dan rakyat kita lagi murtad  serta maksiat menimbun?
Kita akan hancur dan tak akan ke mana-mana  jua jika sampai 2020 dan selepas itu pun, jika  kita terus jadi bodoh, pengecut dan membiarkan kes yang begitu berlaku dan ia akan terus berlaku di masa hadapannya. Kita selama ini tidak menghayati Islam yang sebenarnya  dan patut bangun mempertahankan Islam dengan sesungguh-sungguhnya dengan harta dan nyawa  dan bukan lagi tinggal  sedih, terpinga-pinga mahupun  mengharapkan bantuan yang akan datang. Seruan Rasul sudah datang dan sempurna, tidak ada yang akan datang lagi. Hanya Islam yang syumul  dan kamil mesti dilaksanakan, bukannnya yang lain!
Berapa kali Musabaqah Tilawat il-Qur’an diadakan dengan belanja yang sudah tentu mengjangkau hingga berbilion-billion ringgit, perayaan Maulid dan Ma ‘al Hijrah dan seumpamanya tidak akan menyelamatkan kita daripada bertemu Malik Zabaniah! Hanya jihad fi sabilillah dengan segala dimensinya akan menyelamatkan kita di sisi Allah!   Tarbiyyah dan Dakwah mestilah dilancarkan sepenuhnya dengan kemas dan teratur di peringkat tadika hingga ke universiti. Golongan kafir mesti digempur dengan pendidikan Perbandingan Agama  dan didedahkan kepalsuan serta kesesatan mereka. Ini antara lainnya akan menyelamatkan umat Islam Malaysia yang penyecut, bersikap feudal (menjadi hamba golongan bangsawan) dan cetek ilmu serta gilakan hiburan.  Ingatlah Rasulullah s.a.w. telah berpesan:
“Tiada ta’at kepada sesama makhluk dalam melakukan maksiat kepada al-Khaliq (iaitu, Allah).
Sifat berselesa bahawa semuanya o.k di Malaysia akan menghancurkan kita. Baliklah kepada Islam ! Sistem pelajaran Kebangsaan mesti dirombak agar benar-benar Islami  dalam isi dan bentuknya! Golongan asatizah mesti dilatihkan semula supaya lebih cergas dan berfikiran dinamis! Sistem perundangan kita mesti  dibaiki supaya syari ‘ah menjadi undang-undang yang supreme (utama) di Negara ini. Golongan secular dan liberal, termasuk daripada kalangan ahli politik perlu dikawal dan tidak dibenarkan untuk bertindak sesuka hati mereka mengikut dasar Machiavelli yang berlaku kini.
Allahu Akbar, wa Lillah il-hamd!
Penutup
Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, ciri khusus orang melayu seperti yang ditakrifkan dalam perlembagaan ialah beragama Islam. Walaupun ini bukanlah menunjukkan hakikat yang sebenar, namun dari sudut yang positifnya dapat menjadi salah satu benteng daripada berleluasanya gejala murtad di kalangan orang Melayu.
Justeru itu, kecenderungan orang-orang melayu untuk murtad atau meninggalkan Islam dibimbangi akan menyebabkan identiti Islam akan terhakis dan imej Islam akan dipandang negatif oleh kalangan orang bukan Islam di Negara ini. Secara umumnya, gejala murtad yang berlaku di Malaysia telah menunjukkan satu trend peningkatan yang amat membimbangkan. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar umat Islam yang murtad, namun kes-kes yang dilaporkan oleh media massa, selain yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah ternyata semakin bertambah. Sehingga kini boleh dikatakan belum ada satu penyelesaian yang benar-benar konkrit bagi membendung gejala murtad ini walaupun sesetengah negeri telah memasukkan peruntukan yang khusus mengenainya di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang terdapat di Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan beberapa negeri lain.
Para ulama Islam telah bersepakat bahawa murtad merupakan antara kesalahan yang besar di dalam Islam. Ini bermakna, orang-orang yang murtad boleh dikenakan hukuman menurut undang-undang Islam. Ulama juga bersepakat bahawa murtad boleh berlaku sama ada melalui amalan hati (iktikad), perkataan atau perbuatan. Meskipun begitu, dalam konteks undang-undang takrif bagi kesalahan murtad hanya merangkumi perkataan dan perbuatan sahaja. Hal ini adalah kerana undang-undang tidak mungkin dapat membuktikan iktikad atau amalan hati seseorang yang sifatnya tersembunyi di dalam diri. Namun kedudukan ini sama sekali tidak menafikan hukum murtad yang tetap meliputi orang-orang yang berpegang dengan iktikad yang salah di sisi agama Islam.
Dalam menentukan bentuk hukuman kepada orang-orang yang murtad, para ulama telah berselisih pendapat mengenai pelaksanaan hukuman bunuh ke atas golongan wanita, adakah mereka turut dikenakan hukuman sepertimana yang dikenakan ke atas golongan lelaki. Tidak begitu jelas apakah sebenarnya perkara yang menjadi asas kepada perbezaan pendapat ulama dalam hal ini. Namun secara prinsipnya, ulama telah bersepakat bahawa orang-orang yang murtad sama ada lelaki atau wanita akan tetap dihukum setelah syarat-syarat yang ditetapkan telah dipenuhi. Apabila seseorang itu telah didapati murtad, maka beberapa kesan akan berlaku ke atasnya seperti terputusnya ikatan perkahwinan, hilang hak mempusakai dan sebagainya.







Rujukan
  1. Zulkifli Hasan, Isu Undang-undang Jenyah Islam di Malaysia, Dan Sejauhmanakah Pelaksanaannya. Artikel untuk Fakulti Undang-undang Syariah, USIM.
  2. Prof Madya Dr. Paizah Ismail. 2008. Hudud Hukum Dan Pelaksanaan. Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd.
  3. Mohamed Azam Mohamed Adil. 2009. Murtad- Status Semasa. Dlm. Ann Wan Seng (pnyt.). Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata. hlmn. 3-17. Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.
  4. Abu Mazaya Al-Hafiz. 2004. Fiqh Jenayah Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.
  5. Dr. Zaharuddin Abd Rahman. 2012. Fardu Ain: Hukuman Bunuh Individu Murtad, Hadis Ahad Diterima. Selangor: Kalimat Cinta Sdn Bhd.
  6. http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Original.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/3734ed672e1938574825707c0004ad82?OpenDocument
  7. Siti Shamsiah, 2011, "Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Pengenalan Ringkas" diakses dari http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7185-bidang-kuasa-mahkamah-syariah-di-malaysia-satu-pengenalan-ringkas
  8. http://wadahpanglima.blogspot.com/2011/08/kes-murtad-di-malaysia-azlina-jailani.html
  9. http://www.dakwah.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=383:murtad-riddah-a-irtidad-sorotan-isu&catid=105:analisis&Itemid=345
  10. http://pejuangmelaka.blogspot.com/2011/08/statistik-murtad-di-malaysia.html







Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)