Pengenalan
Perkahwinan merupakan salah satu hal penting dalam kehidupan
manusia, dalam masyarakat. Melalui perkahwinan yang dilakukan menurut aturan
hukum yang mengatur mengenai perkahwinan ataupun menurut hukum agama
masing-masing sehingga suatu perkawinan dapat dikatakan sah, maka pergaulan
lelaki dan perempuan terjadi secara terhormat sesuai kedudukan manusia sebagai
mahluk yang bermartabat. Perkahwinan merupakan awal dari proses perwujudan dari
suatu bentuk kehidupan manusia. Dengan adanya perkahwinan, diharapkan dapat
tercapai tujuan perkahwinan sebagaimana diatur dalam Undang-undang atau aturan
hukum dan juga sesuai dengan ajaran agama yang dianut. Perkahwinan merupakan
peristiwa penting dalam kehidupan setiap manusia yang akan menimbulkan akibat
lahir maupun batin antara mereka. Salah satu bentuk perkahwinan yang ada dan
mulai dikenal di masyarakat adalah istilah perkahwinan misyar. Perkahwinan
misyar adalah sebuah bentuk perkahwinan dimana wanita itu tidak menuntut hak
yang sepatutnya diperoleh dalam perkahwinan iaitu nafkah zahir. Wanita tersebut
telah menggugurkan haknya terhadap lelaki yang mahu menikahinya dan wanita
tersebut hanya menuntut nafkah batin saja. Perkahwinan misyar ini biasanya
berlaku kepada wanita yang berkedudukan tinggi atau berharta yang banyak tetapi
masih belum berkahwin kerana belum ada lelaki yang mahu mendekati wanita
tersebut. Ulama Yusuf Qardhawi telah membolehkan perkahwinan misyar melalui
fatwanya serta ijtihad yang digunakan dalam memperbolehkan perkahwinan misyar.
Pengertian Misyar
Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah,
tasayara, masar dan juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia
juga boleh diertikan sebagai pemergian. Perkataan misyar sebenarnya ialah satu
perkataan daripada bahasa dialek atau loghat ( bahasa ammiyah ) atau boleh juga
disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara Teluk. Ia
difahami sebagai perjalanan dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat.
Definisi Misyar Dari Istilah
Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki
tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula
berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua
kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah
si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. Ia juga disebut sebagai
pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama.
Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan
yang dibina dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan
adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh
yang berpanjangan.
Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki
dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi
rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan
nafkah.
Menurut Ibn Mani’ pula ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua
syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa
si isteri tidak mempunyai hak berkelamin ( iaitu hak pembahagian giliran
bermalam ). Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi
isterinya pada bila-bila masa atau waktu tertentu.
Hukum Nikah Misyar
Perkahwinan misyar sudah berlaku pada zaman dahulu kala lagi.
Dimana masing-masing isteri yang memiliki seorang suami, tidak mendapatkan
giliran yang sama. Ada diantara wanita pada masa dahulu, yang hanya mendapatkan
giliran bersama suami pada siang hari sahaja, yang sering diistilahkan dengan
nahariyat, dari kata nahar, yang ertinya siang. Disebut nahariyat (wanita
siang), karena dia hanya didatangi oleh suami pada waktu siang sahaja. Sikap
isteri kedua yang menggugurkan haknya, tidaklah menjadikan pernikahannya
menjadi batal atau haram. Meskipun sebahagian ulama membencinya, hanya sahaja
tidaklah menyebabkan pernikahan semacam ini menjadi tidak sah, selagi syarat
dan rukunnya dipenuhi.
Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari susur galur Manshur,
عن
الحسن، وعطاء، أنهما كانا «لا يريان بأسا بتزويج النهاريات»
Dari Hasan al-Bashri dan Atha bin Abi Rabah, bahawa kedua ulama ini
berpendapat bolehnya pernikahan wanita nahariyat.
Beliau juga membawakan riwayat dari Amir as-Sya’bi,
عن
عامر الشعبي أنه سئل عن الرجل يكون له امرأة فيتزوج المرأة ، فيشترط لهذه يوماً
ولهذه يومين ؟ قال : لا بأس به
Dari Amir as-Sya’bi bahawa beliau ditanya tentang seorang lelaki
yang sudah memiliki isteri, kemudian dia berpoligami dengan menikahi wanita
lain. Kemudian dibuat kesepakatan, untuk isteri kedua gilir sehari dan isteri
pertama dua hari. As-Sya’bi memfatwakan, ”Tidak masalah.”
Beberapa riwayat di atas, menjadi acuan para ulama kontemporer,
dalam memfatwakan tentang nikah misyar. Imam Ibnu Baz pernah mendapatkan
pertanyaan tentang nikah misyar sebagai berikut :
قرأت
في إحدى الجرائد تحقيقًا عما يسمى زواج المسيار وهذا الزواج هو أن يتزوج الإنسان
ثانية أو ثالثة أو رابعة ، وهذه الزوجة يكون عندها ظروف تجبرها على البقاء عند
والديها أو أحدهما في بيتها ، فيذهب إليها زوجها في أوقات مختلفة تخضع لظروف كل
منهما ، فما حكم الشريعة في مثل هذا الزواج. أفتونا مأجورين ؟.
“Saya pernah membaca di salah satu koran yang di dalamnya terdapat
perbahasan nikah misyar. Iaitu seorang lelaki menikah dengan isteri kedua, atau
ketiga, atau keempat. Namun isteri yang dinikahi ini kerana masalah tertentu
terpaksa tinggal bersama kedua orang tuanya atau pada salah satunya. Kemudian
si suami datang kepadanya dalam waktu-waktu yang berbeza-beza sesuai dengan
masalah yang ada pada mereka berdua. Apa hukumnya menurut syari’at Islam bentuk
pernikahan seperti ini ? Kami mohon penjelasannya.
Jawapan beliau:
” لا حرج في ذلك إذا استوفى العقد الشروط
المعتبرة شرعاً ، وهي وجود الولي ورضا الزوجين ، وحضور شاهدين عدلين على إجراء
العقد ، وسلامة الزوجين من الموانع ؛ لعموم قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( أحق
ما أوفيتم من الشروط أن توفوا به ما استحللتم به الفروج ) ؛ وقوله صلى الله عليه
وسلم : ( المسلمون على شروطهم ) ، فإذا اتفق الزوجان على أن المرأة تبقى عند أهلها
، أو على أن القسم يكون لها نهاراً لا ليلاً ، أو في أيام معينة ، أو ليالي معينة
: فلا بأس بذلك ، بشرط إعلان النكاح ، وعدم إخفائه ” .
“Tidak mengapa jika akadnya memenuhi syarat-syarat yang telah
disepakati secara syar’i, yaitu adanya wali, keredhoan kedua suami dan isteri
(lelaki dan wanita) tersebut, adanya dua orang saksi yang ‘adil atas
pelaksanaan akad, dan bersihnya calon isteri dari larangan-larangan. Bolehnya
persyaratan itu berdasarkan sabda Nabi saw : “Sesungguhnya syarat yang paling
berhak untuk dipenuhi adalah apa yang dengannya kalian menghalalkan farji (iaitu
pernikahan)”. Dan juga sabda beliau yang lain : “Orang-orang muslim itu
tergantung kepada syarat-syarat yang mereka sepakati”.
Apabila kedua suami dan isteri itu bersepakat bahawa isterinya
tetap boleh tinggal bersama kedua orang tuanya, atau bahagiannya di siang hari
sahaja bukan di malam hari, atau pada hari-hari tertentu, atau pada malam-malam
tertentu, maka tidak mengapa akan hal itu. Dengan syarat, pernikahan tersebut
harus diumumkan, tidak boleh dirahsiakan”.
Akan tetapi, ketika beliau mendengar beberapa kes sebahagian
masyarakat yang menyalahgunakan pernikahan ini, beliau tidak menegaskan
bolehnya nikah misyar. Beberapa orang melakukan nikah misyar, namun diam-diam,
tidak diketahui isteri pertama, mahupun masyarakat di sekitarnya.
Suatu ketika, beliau ditanya,
ما
الفرق بين زواج المسيار والزواج الشرعي ، وما الشروط الواجب توافرها لزواج
المسيار؟
Apa beza diantara nikah misyar dengan nikah syar’i? Apa syarat yang
harus ada ketika melakukan nikah misyar?
Jawaban beliau,
الواجب
على كل مسلم أن يتزوج الزواج الشرعي ، وأن يحذر ما يخالف ذلك ، سواء سمي ” زواج
مسيار ” ، أو غير ذلك ، ومن شرط الزواج الشرعي الإعلان ، فإذا كتمه الزوجان : لم
يصح ؛ لأنه والحال ما ذكر أشبه بالزنى
Wajib bagi setiap muslim untuk melakukan pernikahan secara syar’i,
dan menghindari setiap pernikahan yang melanggar aturan syariat. Samada namakan
nikah misyar atau nama lainnya. Diantara syarat nikah yang syar’i adalah
diumumkan. Kerana itu, jika ada dua orang menikah dan keduanya menyembunyikan
pernikahannya, maka nikahnya tidak sah. Kerana keadaan seperti yang sering
diceritakan, ini sama dengan zina.
Penggunaan istilah misyar amat popular di kalangan masyarakat Arab
untuk membezakan nikah bersyarat (tidak menuntut nafkah zahir dan tempat
tinggal) dengan perkahwinan biasa tanpa syarat di atas.
Kahwin misyar dipercayai berlaku di kalangan masyarakat Islam
berfahaman Sunni di Mesir pada awal 1825. Ia telah difatwakan dalam
undang-undang secara rasmi di Mesir oleh Sheikh Muhammad Sayid Tantawy pada
1999.
Ia dipercayai menjadi amalan lelaki kaya dari Kuwait dan Arab Saudi
yang berkahwin secara misyar semasa dalam percutian. Ini menghalalkan mereka
mengadakan hubungan seks. Mereka mengembara ke negara-negara miskin seperti
Mesir atau Syria dan berjumpa dengan orang tengah yang boleh mengatur
perkahwinan mereka dan sesetengahnya melalui atas talian. Lelaki Mesir yang
bekerja di negara-negara Teluk juga gemar berkahwin misyar daripada hidup
sendirian.
Menurut Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zulfakar Ramlee, terdapat tiga pandangan
ulama berhubung nikah misyar iaitu harus, harus tetapi tidak digalakkan dan
haram.
Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi menyarankan agar syarat-syarat yang
termaktub dalam nikah misyar tidak ditulis dalam akad supaya ia menjadi
persetujuan lisan antara pasangan dan bukannya dipaksa.
Pandangan ulama yang menyatakan nikah misyar haram kerana ia
merupakan satu bentuk penghinaan terhadap kaum wanita dan mengambil kesempatan
di atas situasi yang dialami oleh wanita. Malah syarat yang diletakkan adalah
tidak sah dan membatalkan nikah kerana syarat tersebut bertentangan dengan
objektif syarak dalam perkahwinan.
Zulfekar berkata, untuk meluluskan pernikahan misyar di negara ini,
beberapa perkara perlu diberikan perhatian terutama membabitkan undang-undang
keluarga Islam. Misalnya, dalam undang-undang terdapat definisi jelas berkaitan
dengan misyar dan seksyen lain yang melibatkan tanggungjawab nafkah kepada
anak-anak.
Perunding syarie JIM, Prof. Madya Alias Osman berkata, perkahwinan
misyar akan memberikan kesan dari segi hak dan tanggungjawab isteri terhadap
suami, suami terhadap isteri dan masa depan anak-anak. Saranan yang dikeluarkan
oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi berkenaan syarat misyar adalah bertujuan untuk
melindungi kaum wanita. Sekiranya setiap syarat tertulis semasa akad nikah, ia
akan menjadi lebih rigid dan wanita akan kehilangan hak-hak mereka.
Tegas beliau, walaupun isteri rela untuk tidak diberikan nafkah,
mereka tetap berhak mendapat nafkah batin, kebahagiaan rumah tangga, didikan
agama, perlindungan, penghormatan, tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan
hak sebagai isteri jika dimadukan. Begitu juga anak-anak berhak mendapat
sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada bapa mereka.
Kerelaan isteri melepaskan hak pemberian nafkah tidak menggugurkan
hak-hak suami dari segi kebenaran poligami, harta sepencarian dan pusaka jika
isterinya meninggal dunia. Bagaimanapun, suami menanggung sendiri hidupnya dan
bukan daripada harta isteri kerana ia bukan kewajipan bagi isteri.
Datuk Seri Harussani Zakaria pula menganggap perkahwinan misyar
sebagai mengarut kerana kesucian ikatan perkahwinan tidak seharusnya
dipermain-mainkan kerana ia adalah satu perjanjian yang dibuat antara wali dan
si lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri. “Perkahwinan misyar
tidak boleh dihalalkan kerana sepanjang pengetahuan saya, belum pernah berjumpa
dengan amalan perkahwinan seumpama ini tambahan ia lebih teruk daripada mutaah.
“Malah, dalam al-Quran sendiri tiada disebutkan amalan misyar. Mutaah
diharamkan oleh kerajaan kerana ia menganiaya wanita.
Jadi perkahwinan misyar tidak harus dibolehkan apatah lagi
matlamatnya hanya untuk menghalalkan persetubuhan,” katanya. Dalam hubungan
ini, sungguhpun ada wanita yang merelakan perkahwinan berkenaan, soalnya di
mana maruah wanita apabila dinikahi lelaki semata-mata untuk melepaskan
nafsunya. Tidak dapat dibayangkan betapa perkahwinan seumpama itu boleh
mengkucar-kacirkan institusi keluarga yang semakin menuju kehancuran. Jika
dibenarkan, mudahlah wanita dikahwini dan ditinggalkan begitu saja apabila
perkahwinan itu sendiri mengizinkan lelaki untuk meninggalkan isteri
berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang nafkah. Beliau
berkata, sememangnya amat wajar apabila aktivis hak asasi wanita di rantau Arab
membantah keras keputusan Perhimpunan Perundangan Islam yang berpusat di Mekah
meluluskan ketetapan untuk membenarkan lelaki Islam sunnah mengamalkan
perkahwinan misyar.
Peguam Syariah dan Perunding Keluarga Islam, Prof Madya Noor Awang
Hamat, berkata konsep perkahwinan misyar tiada bezanya dengan pelacuran apabila
lelaki bebas menikahi mana-mana wanita yang disukainya dan menceraikannya
sesuka hati selepas beberapa hari bernikah. Begitu juga sebaliknya, wanita
boleh menikahi mana-mana lelaki yang disukainya. Beliau berkata bahawa Misyar
bertentangan sama sekali dengan konsep asal perkahwinan yang bertujuan
memelihara kesejahteraan wanita dan anak yang dilahirkan. Masyarakat kita tidak
boleh menerima amalan ini sebab al-Quran sudah menetapkan perkahwinan itu yang
berlandaskan mawaddah warrahmah (kasih sayang) yang tidak dapat diperoleh
daripada misyar.
Beliau juga mengatakan bahawa perkahwinan misyar mengetepikan hak
wanita sebagai isteri tidak terlaksana yang sudah pasti melanggar hukum syarak.
Walaupun isteri reda, wanita harus sedar perkahwinan berkenaan sekadar
memberikan kepentingan kepada satu pihak semata-mata iaitu suami. Beliau turut
berpendapat perkahwinan misyar hanya akan memburukkan lagi keadaan yang dialami
wanita hari ini yang diabaikan suami dari segi pemberian nafkah dan
tanggungjawab lain. Alasan mengamalkan misyar untuk mengelakkan perzinaan tidak
boleh diterima kerana Islam memberikan alternatif lebih baik untuk tujuan
berkenaan seperti poligami. Poligami sudah cukup untuk membendung gejala zina,
tetapi malangnya masyarakat tidak mendapat maklumat tepat mengenainya
menyebabkan poligami dianggap sesuatu yang negatif semata-mata. Keadaan di sini
tidak boleh disamakan dengan lelaki di Arab Saudi kerana dari segi kewangan
mereka lebih dominan dan akur dengan undang-undang syariah.
Nikah Misyar : Antara Syara’ dan Adat (
Beberapa Pandangan Ulama’ Semasa )
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan
itu boleh diiktibar ( dianggap ) sah di sisi syara’ perlulah ianya memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara’. Antara syarat-syarat untuk
memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:
1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada
kedua-dua pihak suami dan isteri.
2. Lafaz yang menunjukkan bahawa
perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
3. Adanya wali bagi pihak isteri.
4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi
yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5. Perkahwinan tersebut diwar-warkan kepada
umum.
Jika lengkap syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan misyar ini adalah perkahwinan yang
sah selagimana perkahwinan ini tidak bertempoh walaupun nama perkahwinan ini
sekalipun.
Para Ulama Berselisih Tentang Hukum
Perkahwinan Misyar
Para ulama berselisih tentang hukum jenis
ini perkahwinan dengan menyatakan, barangsiapa yang berkata ia adalah
dibenarkan hendaklah dibenarkan dengan rasa benci atas pencegahan itu. Disebabkan
untuk pencegahan ini ialah
1.
Tidak ada beberapa ulama membatalkan atau tidak membenarkan, tetapi
dihalang misyar itu kerana kesan negatif bagi wanita kerana ini adalah menghina
dia, dan memberi kesan kepada masyarakat dari segi eksploitasi kontrak, serta
mendakwa bahawa kekasihnya adalah suaminya, dan juga memberi kesan kepada
kanak-kanak akan menjadi bahan buangan kepada mereka dan mereka membesar tanpa
bapa.
2.
Ada pendapat menyebutkan meluluskan kerana perkahwinan ini tidak mempunyai
masa khusus serupa dengan kahwin mut’ah, dan tidak menyebut ianya dibenarkan
tanpa wali; jika perkahwinan tanpa wali ianya tidak sah, malah tidak disertakan
saksi atau perisytiharan juga tidak sah, akan tetapi mestilah salah seorang (
wali atau saksi ).
Beberapa pendapat antaranya :
·
Fadhilah
Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (
dianggap ) sah di sisi syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh syara’. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa
perkahwinan itu sah ialah:
1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan
isteri.
2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan
oleh waktu-waktu tertentu.
3. Adanya wali bagi pihak isteri.
4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi
syarat-syarat persaksian.
5. Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.
Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini
maka perkahwinan misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagimana perkahwinan
ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si
isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si
isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal
dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka
pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara’ sepertimana yang dilakukan
oleh Sayyidah Sau’dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya
Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A.
Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan
dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam. Islam turut menyuruh untuk
diambil segala jalan yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia,
lelaki dan wanita malahan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan
mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan
rumahtangga dan kekeluargaan yang diberkati dengan kalimah Allah. Perkahwinan
adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam
surah al-Nur ayat 32:
وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ
مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ
مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
lagi Maha Mengetahui.
Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ
أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم
مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬
يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.
Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:
“Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada
sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”
Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang
dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah taala
yang bermaksud:
إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬ۖ
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi"
(Al Baqarah ayat 30)
Melalui perlaksanaan Syariat Islam maka ibadah akan sempurna yang
kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah memalui
firmannya yang bermaksud:
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ إِنَّ ٱللَّهَ
هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali
menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki
supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang
Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai
Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Adh-Dhariyat ayat 56 - 58)
Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah
perkahwinan yang sah di sisi syara’ yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat
perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan
rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama
Islam di setiap zaman. Ini kerana itu, rukun-rukun nikah dan
syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak
dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan
menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.
Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir)
berpandangan bahawa nikah misyar jika ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun
ini iaitu keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad
nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak
pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang
saksi yang sempurna dan peisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai
maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara’ dengan
kita tidak perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan
terhadap nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan
kepada tempoh tertentu atas sebab-sebab berikut:
1. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Muhammad SAW ini
sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai
penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan
mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu
tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan
manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi
Muhammad SAW (Al-Quran) Allah berfirman:
مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن شَىۡءٍ۬ۚ
"Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran
ini"
(Al An`am ayat 38)
Istilah Misyar terdapat hukum padanya jika kita meneliti secara
terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa
yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati
bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara
keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah
di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam
beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk
negeri tersebut dan mendapat zuriat kemudian menyambung kembali perjalanannya
dengan meninggalkan isterinya sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam
keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.
2. Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua
yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan
yang menepati syarak. Oleh itu selain daripada perkahwinan yang sah di sisi
syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama
malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah
jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam
firman Allah Taala :
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ إِلَّا
عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ
مَلُومِينَ فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ
"Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada
isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah
orang-orang yang melampaui batas"
(Al-Mukminun ayat
5-7)
Syariat Islamiah telah menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati
Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat
Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu, setiap
kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan
terhadap Allah dan perkara yang melampaui batas terhadap garis panduan yang
telah ditetapkan oleh Allah.
3. Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk
menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon
nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi
isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri
Rasulullah saw iaitu Saiyyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari
yang sepatutnya Rasulullah saw bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a.
Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak
bersetuju dengan tindakan Saiyyidah Saudah. Oleh itu, setiap syarat yang dibuat
yang tidak menafikan tujuan asas dan matlamat utama bagi perkahwinan, maka
syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah
atau membatalkannya.
Namun begitu, pihak Dar al-Ifta’ hanya bertanggungjawab untuk
bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan
bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda
Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu. Dar
al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk
menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini.
·
Pendapat
daripada Fadilah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi :
Perkahwinan Misyar adalah perkahwinan yang seperti kita selalu
perhatikan. Cuma yang berbeza disini ialah istilah misyar yang digunakan.
Sesuatu perkara itu bukanlah diambil hukumnya daripada nama dan ibaratnya
tetapi dilihat kepada apakah yang terkandung didalam perkara tersebut.
Terkadang manusia ada meletakkan nama yang lain daripada nama tersebut. Kita
mengetahui bahawa terdapat dikalangan para suami yang berkahwin dengan isteri
yang kedua tanpa memberitahu kepada isterinya yang pertama berhubung dengan
perkahwinan tersebut. Perkahwinan seperti ini seolah-olah menyerupai nikah urfi
walaupun bukanlah secara keseluruhannya. Terdapat juga sebahagian daripada para
fuqaha’ yang berpendapat bahawa harus bagi si isteri untuk tidak menuntut hak
kepada suami mereka seperti hak bermalam dirumah mereka. Saya bukanlah
dikalangan orang yang mencadangkan perkahwinan sebegini, dan saya juga bukanlah
dikalangan orang yang menulis risalah untuk menyokong kearah perlaksanaan
perkahwinan sebegini. Namun bukanlah saya mampu untuk mengharamkan sesuatu
perkara yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Bila mana ditanya kepada saya,
apakah hukum perkahwinan sebegini? Saya pasti akan berkata saya tidaklah
mengetahui akan perkahwinan sebegini. Tetapi cubalah kamu berikan gambaran
secara jelas kepada saya berkenaan perkahwinan tersebut.
Maka kata lelaki tersebut, perkahwinan tersebut terdapat akad yang
sah, terdapat saksi yang memenuhi syarat, terdapat juga didalam perkahwinan ini
walimatulurus, dan pendek kata kesemua hukum yang ditetapkan syara’ memenuhi
pekahwinan ini. Bagaimana mungkin bagi seorang fakih yang mendengarkan
permasalahan sebegini akan mengatakan perkahwinan sebegini adalah haram?
Walaupun ianya mengundang ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat. Terdapat
perkara yang tidak disepakati oleh masyarakat tetapi ianya adalah harus bagi
syara’. Contohnya ialah seperti perkahwinan antara seorang hamba dengan tuannya
Perkara ini tentulah tidak mendapat persetujuan daripada masyarakat tetapi jika
ianya sempurna syarat-syaratnya dan rukunnya maka tentulah saya akan mengatakan
bahawa perkara adalah harus bagi syara’. Contoh lain yang dapat saya berikan
disini ialah perkahwinan seorang perempuan dengan seorang lelaki yang sudah tua
seperti datuknya (hanya kerana lelaki itu kaya) tentulah akan mendapat
tentangan daripada masyarakat. Adakah perkahwinan antara perempuan muda
tersebut dengan lelaki tua itu haram? Jawabnya Tidak! Kita tidak pernah
mengatakan perkara itu haram. Bahkan saya mengatakan perkara ini dibenci oleh
masyarakat.Tetapi untuk mengatakan sesuatu perkara itu haram atau halal
bukanlah satu perbuatan yang mudah. Mahu tidak mahu bagi si alim perlulah
senantiasa takutkan Allah dan senantiasa berjaga-jaga didalam mengistinbatkan
(mensabitkan) sesuatu hukum berkaitan dengan agamanya. Kita tidak mengatakan
bahawa perkahwinan sebegini haram melainkan jika terdapatnya dalil-dalil yang
menguatkan bahawa perkahwinan sebegini adalah haram!!
·
Pendapat
daripada Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jum’ah Al-Syafie (Mufti Mesir Sekarang)
Syarat perkahwinan di dalam Islam adalah perlunya ada ijab dan
qabul serta tidak bercanggah dengan larangan syara’ pada suami, isteri, wali,
dan saksi. Apabila telah sempurna syarat-syarat dengan akad di antara lelaki
dan wanita, maka sempurnalah pernikahan tersebut. Sebaliknya apabila tidak
cukup syarat tersebut, maka pernikahan tersebut terbatal. Orang Islam diminta
untuk menunaikan syarat yang telah dipersetujuinya. Oleh itu seorang wanita
dibenarkan untuk menggugurkan hak yang berhak diperolehinya dalam masalah
kewajipan suami untuk bermalam dengan si isteri kerana Sayyidah Saudah Binti
Zam`ah telah tidak mengambil hak bermalam bersama Rasulullah SAW dan memberikan
hak tersebut kepada ‘Aisyah R.A. Wanita juga dibenarkan untuk memulangkan
maharnya atau nafkah yang berhak diperolehinya kerana Allah SWT berfirman di
dalam surah An-Nisa’ ayat 4 yang bermaksud :
وَءَاتُواْ ٱلنِّسَآءَ صَدُقَـٰتِہِنَّ نِحۡلَةً۬ۚ
فَإِن طِبۡنَ لَكُمۡ عَن شَىۡءٍ۬ مِّنۡهُ نَفۡسً۬ا فَكُلُوهُ هَنِيٓـًٔ۬ا
مَّرِيٓـًٔ۬ا
"Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada
kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang
halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya"
·
Pendapat
Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily (Universiti Damsyiq, Syria)
Perkahwinan Misyar adalah satu perkahwinan dimana seorang wanita
tidak mengambil sebahagian daripada hak-haknya. Perkahwinan ini walaupun tidak
menyampaikan hasrat dan maksud perkahwinan, namun perkahwinan ini harus tetapi
makruh dan tidak sepatutnya diamalkan melainkan pada beberapa keadaan tertentu.
Telah berkata Prof Dr Wahbah Az-Zuhaily, pensyarah Syariah di Universiti
Damsyiq, Syria. “Perkahwinan disyariatkan oleh Allah SWT untuk merealisasikan
beberapa tujuan”. Di antaranya adalah :
1. Untuk menambah keturunan dan memelihara kelangsungan zuriat.
2. Adalah untuk mendatangkan kebahagiaan.
3. Memelihara diri daripada terjebak ke kancah maksiat dan zina
4. Mewujudkan kerjasama dan keserasian hidup antara lelaki dan
wanita untuk kehidupan berumahtangga.
5. Perkahwinan juga adalah untuk mewujudkan kebahagiaan, dan
ketenangan di antara suami dan isteri selain bertujuan untuk mendidik anak-anak
dengan didikan yang sempurna.
Perkahwinan Misyar juga merealisasikan sebahagian daripada
tujuan-tujuan perkahwinan walaupun tidak kesemuanya. Isteri tidak mengambil
haknya di dalam nafkah, tempat tinggal, sekiranya suami mempunyai isteri lain.
Tujuan yang jelas daripada pernikahan ini adalah untuk bersenang-senang ( melunasi
fitrah batin isteri ) samada si suami jelas mengambil faedah daripada harta
isteri manakala si isteri dapat menikmati kehidupan berumah-tangga. Pada
pendapat saya, hukum perkahwinan misyar ini adalah sah sekiranya cukup dan
sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak iaitu
kerelaan wali, saksi dan pemakluman kepada umum. Sekiranya tidak cukup salah
satu daripada syarat-syarat ini maka tidak sah di sisi para fuqaha’.
Tetapi, sebagai jaminan kepada isteri dan hak-haknya dalam jangka
masa yang panjang, hendaklah isteri tersebut berwaspada dengan mendaftarkan
perkahwinan tersebut kepada pendaftaran rasmi dengan pihak berkuasa atau yang
bertanggungjawab. Hal ini kerana, sekiranya si suami meninggal dunia, dituntut
daripada si isteri ‘iddah dan berhak terhadap warisan harta pusaka suami. Si
isteri pula telah berubah fikiran dan menuntut haknya di dalam nafkah atau
bahagian yang wajib daripada harta pusaka suami. Selagimana pernikahan ini,
tidak merealisasikan semua tujuan dan motif perkahwinan, kemanusiaan dan
kemasyarakatan didalam keadaan yang sempurna dan optimum, maka saya memberikan
peringatan dan tidak menggalakkan pernikahan ini dan menghukumkan ia sebagai makruh.
Sesungguhnya perkahwinan adalah bersendikan kepercayaan yang padu. Namun
begitu, sekiranya sesuatu pasangan masih tetap ingin mendirikan rumah tangga
mereka dengan perkahwinan jenis ini, maka diharuskan tetapi mereka berdua mesti
menanggung kesan dan akibat daripada perkahwinan tersebut seperti salah seorang
daripada keduanya tidak adil didalam menjaga hak-hak dan melaksanakan kewajipan
khususnya di dalam hubungan suami isteri. Pada keadaan begini, ianya menjadi
haram walaupun akad perkahwinan tersebut sah.
Kebaikan Perkahwinan Misyar
Kebaikan daripada perkahwinan misyar itu hanya akan dapat dikecapi
jika konsepnya tidak disalah gunakan. Antara kesan kebaikan itu ialah memberi
perlindungan, penjagaan kesihatan dari sudut fizikal, mental dan emosi anak
kepada ibu tunggal serta anak yatim. Perkahwinan itu juga seharusnya dapat
memberi perlindungan kepada ibu tunggal yang sering mendapat pandangan kurang
menyenangkan daripada masyarakat sekeliling, selain memenuhi keperluan seks
wanita berkenaan, sekali gus menghindari perlakuan zina, mengangkat status
sosial dalam masyarakat bagi sesetengah wanita dengan mendapat gelaran 'isteri'
dan menghalang daripada terjadinya keruntuhan akhlak dalam diri anak yang tidak
mendapat perhatian keluarga.
Keburukan Perkahwinan Misyar
"Secara keseluruhannya unsur negatif berlaku sekiranya misyar
itu dijadikan helah untuk mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab dalam
perkahwinan, wanita dijadikan mangsa untuk melepaskan nafsu sehingga
mengakibatkan penghinaan ke atas wanita, seolah-olah lelaki itu menjadi parasit
dalam kehidupan wanita. "Antara lain yang memberi keburukan ialah lelaki
mengabaikan tanggungjawab mendidik anak, sekali gus memberi pengaruh tidak elok
kepada si kecil dan generasi baru sehingga mengakibatkan mereka cacat emosi
berikutan tidak mendapat kasih sayang seimbang daripada ibu bapa,".
Malahan apabila misyar dijadikan sebagai satu amalan, ditambah pula
bernikah dengan menggunakan wali hakim yang sangat mudah dilakukan seperti di
negara jiran, dikhuatiri pernikahan misyar akan menjadi satu aliran dalam
masyarakat. Kesan lebih besar ialah institusi keluarga turut akan hancur
sehingga mengakibatkan keruntuhan akhlak dan moral di kalangan masyarakat. Begitu
pun, pernikahan misyar boleh disalahgunakan termasuk menceraikan isteri
sewenang-wenangnya, mempergunakan wanita lewat kahwin yang memiliki harta
sendiri, perbelanjaan perkahwinan yang terlalu tinggi dan mengenakan syarat
perkahwinan yang tidak munasabah.
Kesimpulan
Ada beberapa objektif Allah swt
mensyariatkan supaya berkahwin, antaranya merangkumi perkembangan keupayaan
untuk mengawal kelahiran memelihara umat manusia yang mempunyai zuriat.
Termasuklah menjaga kehormatan dan kesuciannya dan mengelakkan manusia ke dalam
perkara tidak berakhlak dan perkara yang diharamkan. Bekerjasama di antara lelaki dan wanita dalam
hal ehwal kehidupan dan keadaan hidup yang bermajmuk. Juga mencari kasih sayang
dan ketenangan di antara pasangan suami isteri serta menjadi pendidik yang
mempunyai belas kasihan dan lemah lembut.
قال الله تعالى : وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم
مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم
مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
(Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum
lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.) (
Surah ar-Rum ayat 21 )
Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua
suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam
antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini,
si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya,
memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah
kerana telahpun memilikinya. Oleh itu, akad perkahwinan antara lelaki dan
perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak
ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.
Perkahwinan Misyar bukan kahwin mut'ah (kahwin kontrak). Perkahwinan
mut'ah diharamkan oleh ulama sunni dan dibenarkan oleh kumpulan syiah. Kahwin
misyar tidak semestinya untuk orang berpoligami. Ianya juga boleh untuk orang
yang berkahwin dengan satu pasangan sahaja yang mana si suami tidak dapat
menunaikan tanggungjawab dengan baik dari segi tinggal bersama, nafkah,
tanggungan dan sebagainya. Perkahwinan misyar tanpa sebarang keuzuran hanyalah
akan merendahkan martabat seorang lelaki. Eloknya bila keadaan sudah menjadi
baik, maka bertukarlah kepada suami yang bertanggungjawab seperti biasa. Kita
sangat yakin bahawa seorang suami yang dapat memberikan nafkah dengan sempurna
dan boleh memberikan tanggungjawap tentang giliran (bagi yang berpoligami) dan
tinggal bersama adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun di dunia yang sebenar,
ramai orang yang memiliki kekurangan. Islam masih mahu pintu perkahwinan dibuka
walaupun terdapat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Ini untuk
memastikan setiap muslim berpeluang untuk mendirikan keluarga.
Perkahwinan misyar yang juga dikenali sebagai perkahwinan musafir.
Perkahwinan ini bukanlah cara nikah yang dianjurkan Islam, tetapi nikah seperti
ini diperbolehkan. Perkawinan misyar pada hakikatnya bertujuan untuk memenuhi
naluri seks sekaligus memuliakan dan menjaga agar tidak tergerumus dalam
perbuatan zina. Seperti halnya kaum awam yang merupakan wanita-wanita dari segi
material sudah berkecukupan sehingga tidak menuntut hak material dari suaminya,
dimana perkahwinan bagi mereka yang terpenting adalah status hukum dan status
dalam kehidupan bermasyarakat. Perkahwinan wanita dalam perkahwinan misyar bila
ditinjau dari hukum perkahwinan adalah wajib jika ia bertujuan positif. Dari
status perkahwinan misyar berikut status anak dari perkahwinan misyar, tentunya
anak dari hasil perkahwinan misyar berhak memperoleh harta warisan dari kedua
orang tuanya kerana ia adalah anak kandung dari hubungan suami istri dalam
perkahwinan tersebut. Sama halnya dengan anak dalam hukum perkahwinan Islam
bahawa anak perempuan bila hanya seorang ia mendapatkan separuh bahagian
sahaja. Bila dua orang atau lebih mereka bersama-sama mendapatkan dua pertiga
bahagian dan apabila anak perempuan bersama-sama dengan anak lelaki maka
bahagian anak lelaki adalah dua nisbah satu dengan anak perempuan. Titik tolak
kepada permasalahan dan dikaitkan dengan kesimpulan yang telah dikemukakan.
Maka perkahwinan misyar dapat dijadikan sebagai pedoman dalam hukum perkahwinan
namun dengan tujuan yang baik dan positif, kerana dasar hukumnya adalah ijtihad
ulama. Sebagaimana yang telah disepakati para ulama bahwa sumber hukum adalah
Al-Qur'an, al-Hadith, ijma dan qiyas. Keempat-empat sumber hukum tersebut
berlakulah secara berurutan dari yang
pertama sampai yang terakhir. Memang telah dijanjikan oleh Allah bahawa semua
bentuk perbuatan manusia telah diatur dalam al-Qur’an yang didukung oleh hadith
sebagai rujukannya. Perkahwinan misyar merupakan fenomena baru dalam
perkahwinan, sehingga diperlukan ijtihad yang baru pula. Sebagaimana telah
diuraikan di atas bahawa menurut Yusuf Qardhawi kahwin misyar dibolehkan dengan
syarat adanya kerelaan dari pihak isteri untuk melepaskan sebahagian haknya
dari pihak suami. Dengan demikian, masih perlu ada penambahbaikan terhadap
ijtihad tersebut sehingga perkahwinan misyar tidak disalahgunakan untuk
tujuan negatif dalam kehidupan
bermasyarakat.
Rujukan
1.
Al-Quran al-Karim
2.
Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa
Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji (2014). “ Fiqh Manhaji Kitab Fikah Mazhab
Syafie”. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn.Bhd.
3.
Haji Said Haji Ibrahim (2001). “ 400
Soal Jawab Nikah Kahwin”. Selangor Darul Ehsan : Darul Ma’rifah.
mencari wanita untuk nikah kontrak on paper sahaja. Tidak perlu hubungan seks/kelamin dsbg. Hanya memenuhi permintaan keluarga. Ganjaran disediakan. Email kontraknikah@gmail.com
BalasPadam