My Home

Khamis, 28 Januari 2016

SOAL JAWAB UNDANG-UNDANG KORMERSIAL



Bahagian B: Undang-undang  Syarikat (50%)

1.(a) Isu: Salah guna harta
Undang-undang:
Seksyen 132: Pengarah syarikat perlulah setiap masa menggunakan kuasanya dengan tujuan yang patut dan dengan suci hati untuk manfaat sebaik-baiknya terhadap syarikat.
Seksyen 218 (f): Pengarah-pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat melebihi kepentingan mereka sendiri  daripada kepentingan ahli mahkamah boleh memerintahkan penggulungan.
Aplikasi:
Johan telah melakukan sesuatu tidak mengikut tujuan yang patut. Johan boleh dikenakan  5 tahun penjara atau denda RM30 ribu ringgit. Dibawah seksyen 218, boleh minta syarikat digulungkan.  Dalam seksyen yang sama, johan boleh didakwa sebagai pengarah yang tidak menjalankan tanggungjawab untuk kepentingan ahli.
Kesimpulan:
Perbuatan Johan yang berbelanja mewah untuk kegunaan kempen pilihanraya calon mereka adalah perbuatan yang menyalahi akta syarikat seksyen 132 dan 218 (f)

b) Isu: samada JSB boleh melakukan aktiviti perniagaan diluar kandungan memorandum - ultravires
Undang-undang:
Seksyen 20 (2): sekiranya berlaku transaksi yang ultra vires, pemengang debentur boleh saman pengarah dan syarikat.
Ultravires: (melebihi kuasa) syarikat tersebut dan boleh dianggap sebagai tidak sah. Melakukan aktiviti perniagaan di luar kandungan memorandum syarikat (intra vires)
Seksyen 181: menteri boleh memohon kepada mahkamah untuk perintah dibawah seksyen ini atas alasan prejudis, diskriminasi atau menindas terhadap satu atau lebih pemengang debentur.
Seksyen 132: Pengarah syarikat perlulah setiap masa menggunakan kuasanya dengan tujuan yang patut dan dengan suci hati untuk manfaat sebaik-baiknya terhadap syarikat. Tidak cekap dan tiada kemahiran.
Aplikasi: Apa yang dilakukan oleh JSB perlu tertakluk kepada memorandum atau intravires, jika langgar dah jadi ultravires. Jika nak buat juga, pinda memorandum
Kes Ashbury Railway Carriage & Iron Co Ltd lwn Riche (1875) LR 7 HL 653,syarikat telah ditubuhkan dengan tujuan membuat, menjual, meminjam atau menyewagerabak kereta api. Syarikat juga boleh bertindak sebagai juru mekanik dan kontraktur.Walau bagaimanapun, pengarah-pengarah syarikat telah membuat suatu perjanjian untuk membiayai pembinaan suatu landasan keretapi di Belgium. Perjanjian tersebut kemudiannya telah disahkan di dalam mesyuarat agung syarikat oleh semua ahli.Mahkamah tetap memutuskan bahawa perjanjian itu adalah ultra vires dan tidak sah.Syarikat juga tidak boleh mengesahkan perjanjian tersebut di dalam mesyuarat agungnya. Suatu urusan/ tindakan syarikat yang ultra vires adalah tidak sah.
Kesimpulan: JSB tidak boleh melakukan aktiviti perniagaan diluar kandungan memorandum - ultravires

(c) Isu: Samada tindakan yang dilakukan oleh pengarah JSB melanggar tanggugjawan pengarah. Adakah tindakan mereka sesuatu yang boleh diambil tindakan undang-undang.
Undang-undang:
Seksyen 132 (1A): Pengarah hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang munasabah, berkemahiran dan ketekunan.
Seksyen 132 (1B): apa-apa pengetahuan tambahan, kemahiran dan pengalaman yang memang dipunyai oleh pengarah.
Aplikasi:
Kemugkinan tindakan tidak boleh diambil kerana tujuan yang patut, suci hati dalam level kemahiran diambil sebagai satu keputusan urusniaga. Keputusan tepat dan tidak boleh dipertikai. Walaubagaimanapun, Zana sebagai pemegang debentur perlu memberi perhatian supaya pengarah mengambil seksyen 132 untuk dijustifikasikan.
Kesimpulan: Tindakan pengarah JSB dikira sebagai keputusan Urusniaga, tidak perlu diambil tindakan undang-undang.

d) Isu: Samada Zizan sah menjadi pengarah, kerana telah muflis  dan syarikat sebelum itu telah digulungkan.
Undang-undang:
Seksyen 125: Setiap orag yang bankrap tidak boleh mengambil  apa-apa bahagian untuk menguruskan syarikat kecuali atas kebenaran mahkamah.
Seksyen 130 (A): hilang kelayakan pengarah syarikat yang tak solven dalam tempoh lima tahun.
Syeksen 128: Syarikat dibenarkan memecat pengarah sebelum tamat tempoh jawatannya.
Aplikasi: Zizan tidak layak mengikut syeksyen 128 dan boleh dipecat kerana tidak sampai tempoh 5 tahun untuk membolehkan dia terlibat semula dalam urusan syarikat. Jika tanpa kebenaran mahkamah, Jozan tidak boleh terlibat dalam pengurusan secara langsung mahupun tidak langsung. Mahkamah boleh mengambil tindakan dan Jozan bleh dikenakan penalti, penjara 5 tahun atau RM100k atau kedua-duanya.
Kesimpulan: Zizan tidak sah sebagai pengarah dan boleh dipecat oleh syarikat.

2. Isu: Samada Zana berhak mengambil tindakan terhadap syarikat/pengarah
Undang-undang:
Seksyen 20 (2): apa-apa kekurangan keupayaan atau kuasa boleh digunakan dalam (a) pemegang debentur boleh mengambil tindakan menyekat ke atas perlakuan pindahmilik harta atau hak oleh syarikat. (b) mana-mana prosiding oleh syarikat atau ahliterhadap pegawai syarikat pada masa itu atau terdahulu. (c) apa-apa petisyen oleh Menteri untuk menggulungkan syarikat.
Seksyen 20 (3): Jika perbuatan pindah milik atau hak yang hendak disekat dibuat menurut kontrak dimana syarikat itu mejadi pihak, mahkamah boleh menyekat pelaksanaan kontrak dan membenarkan gantirugi  dialami oleh satu pihak lagi.
Seksyen 181: menteri boleh memohon kepada mahkamah untuk perintah dibawah seksyen ini atas alasan prejudis, diskriminasi atau menindas terhadap satu atau lebih pemengang debentur.
Aplikasi:berdasarkan masalah yang telah berlaku dalam syarikat maka  Zana sebagai ahli syarikat boleh saman pengarah  mengikut seksyen 20 (2) untuk penggulungan syarikat. Berdasarkan seksyen 181, pemilik saham berhak membuat dakwaan di atas penindasan yang dilakukan oleh pengarah atau syarikat. Setelah mahkamah berjaya membuktikan perkara tersebut, mahkamah boleh membuat perintah untuk meremedi atau mengakhirkan perkara-perkara yang diadukan.
Kesimpulan: Zana berhak mengambil tindakan terhadap pengarah kerana melanggar seksyen di atas.

3. Isu: Samada kontrak BBSB dan JSB adalah sah atau seab kecacatan dalam kelayakan Zizan sebagai pengarah.
Undang-undang:
Seksyen 125: Setiap orag yang bankrap tidak boleh mengambil  apa-apa bahagian untuk menguruskan syarikat kecuali atas kebenaran mahkamah.
Seksyen 127, Indoor Management Rule: tindakan pengarah hendaklah menjadi sah walau apa pun kecacatan yang mungkin kemudian dijumpai dalam pelantikan atau kelayakannya.
Aplikasi: walaupun di bawah seksyen 125, seseorang yang bankrap tidak boleh menjadi pangarah, namun seksyen 127 melindungi pihak ketiga seperti BBSB mungkin tidak tahu menahu tentang status Zizan sebagai seorang yang muflis. Kontrak yang ditandatangani oleh pengarah yang cacat perlantikan atau kelayakannya tidak akan menyebabkan kontrak itu menjadi tidak sah. Kontrak diantara BBSB dan JSB adalah sah, BBSB juga tidak dilindungi oleh IMR  yang telah diputuskan dalam kes Turquand dimana pihak ketiga tidak perlu ambil tahu tentang syarikat. Begitu juga BBSB tidak perlu ambil tahu tentang masalah dalaman syarikat BBSB dan status pengarah iaitu kelayakan Zizan sebagai pengarah.
Kesimpulan: Status kontrak syarikat BakarBelacan adalah sah.

4. Isu: samada Zana boleh mengambil tindakan secara persendirian terhadap Johan dan Zizan sebagai pengarah.
Undang-undang:
Seksyen 132: Pengarah syarikat perlulah setiap masa menggunakan kuasanya dengan tujuan yang patut dan dengan suci hati untuk manfaat sebaik-baiknya terhadap syarikat. Tidak cekap dan tiada kemahiran.
Menyingkap tabir
Seksyen 20(2) : apa-apa kekurangan keupayaan atau kuasa boleh digunakan dalam (a) pemegang debentur boleh menambil tindakan menyekat ke atas perlakuan pindahmilik harta atau hak oleh syarikat. (b) mana-mana prosiding oleh syarikat atau ahli terhadap pegawai syarikat pada masa  itu atau terdahulu. (c) apa-apa petisyen oleh menteri untuk menggulungkan syarikat.
Aplikasi:
Menyingkap tabir, mahkamah melihat pengarah dan syarikat adalah entiti berbeza  tetapi kadangkala mahkamah akan menyingkap tabir.
Dibawah seksyen 20(2) membenarkan pemilik saman pengarah. Zana boleh ambil tindakan persendiriran untuk dibawa ke mahkamah dan mendapatkan perintah supaya pengarah dipenjarakan atau membayar pampasan.
Kes Jones Vs Lipman merupakan  kes yang boleh dirujuk di dalam masalah ini. Kes ini berkaitan Lipman pemilik tanah yang tidak mahu menjual tanah kepada Jones dan memindahmilik tanah tersebut ke atas nama syarikat. Mahkamah singkap tabir siapa empunya syarikat. Akhirnya mahkamah memutuskan bahawa  Lipman mempunyai niat tidak baik dan Jones berhak membeli tanah tersebut.
Kesimpulan: Zana sebagai pemilik saham berhak mengambil tindakan secara persendirian kepada pengarah syarikat tersebut berdasarkan seksyen di atas.

Bahagian A (50%)

1. Isu: samada Jojo boleh mengambil tindakan terhadap Firma Guaman P. Ramlee dan CO atas perlanggaran kontrak. Samada Jojo perlu membayar harga kot kepada Lili.
Undang-undang:
Seksyen 2(a): Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.
Tawaran = Kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin suatu hubungan yang sah dan mengikat di sisi undang-undang apabila terma-termanya, sama ada secara nyata ataupun termaklum, dipersetujui oleh pihak penerima.
Seksyen 2(b): Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap penerima, apabila komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.
Seksyen 3: Penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pencadang.
Seksyen 7(a): Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka penerimaan itu mestilah mutlak dan tidak bersyarat.
Tawaran balas = Apabila pihak yang sepatutnya membuat penerimaan mengubah / meminda terma-terma yang disebut dalam tawaran.
Tawaran balas memansuhkan tawaran asal.
Seksyen 4(1): Komunikasi cadangan adalah lengkap, apabila cadangan itu sampai ke pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat.

Aplikasi:Jojo membuat penawaran kepada Firma guaman PR dan CO, namun firma masih belum menerima penawaran tersebut secara rasmi. Tiada penerimaan secara bertulis. Perimaan tidak sah kerana tidak memenuhi 3 perkara iaitu mutlak, tidak bersyarat dan dinyatakan secara munasabah. Penawaran sah namun tiada penerimaan yang sah.
Kes: Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Co Ltd
Defendan adalah pengeluar sejenis ubat yang diberi nama ‘The Carbolic Smoke Ball’. Bagi tujuan mempromosikan ubat tersebut, mereka telah menyiarkan iklan yang menawarkan £100 kepada sesiapa sahaja yang membeli dan memakan ubat tersebut tiga kali sehari selama dua minggu, tetapi masih mengidap selsema. Untuk menunjukkan niat jujur mereka, mereka mengatakan bahawa sejumlah wang £1000 telah dideposit dengan Alliance Bank. Plaintif, yang telah membeli dan memakan ubat tersebut mengikut arahan yang diberikan tetapi masih tidak sembuh, menuntut £100 seperti yang dijanjikan dalam iklan. Pihak defendan menafikan liabiliti dengan mengatakan bahawa tidak wujudnya tawaran yang dibuat kepada mana-mana pihak tertentu kerana tawaran itu tidak pasti kepada siapa ia ditujukan.
Keputusan mahkamah: Sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada seluruh dunia. Niat sebenar bukanlah untuk berkontrak dengan seluruh dunia tetapi dengan sesiapa sahaja yang tampil melaksanakan apa jua perbuatan atau syarat yang diminta oleh tawaran tersebut. Plaintif dikatakan telah menerima tawaran berkenaan apabila beliau membeli dan memakan ubat itu mengikut arahan yang telah ditetapkan. Kontrak yang sah wujud antara beliau dengan pihak defendan.

Kesimpulan: kontrak diantara Jojo dan P. Ramlee dan Co adalah tidak wujud, oleh yang demikian tidak mungkin berlaku perlanggaran kontrak.

2. Isu: Samada Jojo terlepas tanggugjawab membayar hutang terhadap Lili
Undang-undang:
Seksyen 26 (c): Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali ianya sesuatu janji, yang dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang menanggungnya, atau oleh agennya, yang diberi kuasa secara am atau khusus untuk maksud itu, supaya membayar keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu hutang, yang pembayarannya boleh dikuatkuasakan oleh pemiutang seandainya tidak ada undang-undang mengenai batasan guaman.
Hutang yang terhalang oleh had masa = Hutang yang tidak boleh dituntut melalui tindakan undang-undang kerana telah luput waktu tuntutannya.
Menurut Akta Had Masa 1953 (yang terpakai untuk Semenanjung Malaysia), had masa bagi suatu tindakan dalam kontrak adalah 6 tahun dari tarikh timbulnya kausa (sebab) tindakan.

Pihak yang terkilan di dalam sesuatu kontrak, boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap pihak yang melakukan pelanggaran kontrak dalam tempoh 6 tahun dari tarikh timbulnya kausa (sebab) tindakan.
Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut sekiranya tempoh 6 tahun itu telah berakhir.
Walau bagaimanapun, pihak yang terkilan berhak menuntut, walaupun tempoh 6 tahun itu telah berakhir, sekiranya
i.               pihak penghutang telah membuat satu janji baru untuk membayar hutang yang terhalang oleh had masa  itu; dan
ii.              janji tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani orang yang menanggungnya, atau oleh agennya yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.
Aplikasi:
Menurut seksyen 26 (c), luput masa ialah selepas 6 tahun kontrak dibuat , perjanjian tanpa balasan tetapi perlu secara bertulis dan ditanda tangani. Balasan tidak sah, tetapi mungkin sah jika ditanda tangani dan bertulis.
Kes: Phiong Khon v Chonh Chai Fah Seorang wanita Cina, setelah kematian suaminya, telah tinggal dengan suami barunya sehingga kematiannya. Suami barunya menyatakan mendiang isterinya telah tulis dokumen untuk memindahkan tanah atas namanya.  Tetapi mahkamah mendapati terma dalam dokumen tak jelas dan tak pasti, oleh keran itu, dokumen dianggap amat meragukan atas apa-apa niat untuk menentukan hubungan yang sah.
Kesimpulan: Jojo terlepas tanggungjawab membayar hutang terhadap Lili.

3 . Isu: Apakah status kontrak P.Ramlee & CO dan Jojo ?
Undang-undang:
Seksyen 17: Frod termasuklah mana-mana perbuatan yang berikut yang dilakukan oleh suatu pihak yang membuat kontrak, atau dengan pembiarannya, atau oleh agennya, dengan niat untuk memperdayakan pihak lain yang berkontrak atau agennya, atau mendorong pihak yang lain itu untuk membuat kontrak. Berikut 5 perbuatan yang disifatkan sebagai tipuan.
(a)            mengenai suatu fakta, menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh seseorang yang tidak mempercayai bahawa sesuatu itu benar;
(b)            menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau mempercayai fakta itu;
(c)             membuat janji tanpa apa-apa niat untuk menepati janji itu;
(d)            mana-mana perbuatan lain yang padan untuk memperdaya;
(e)            mana-mana perbuatan atau ketinggalan sedemikian yang khususnya ditetapkan oleh undang-undang sebagai frod.
Tipuan mestilah suatu perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memperdaya atau mendorong pihak lain membuat kontrak dengannya.
Seksyen 18: Salah nyata termasuklah:
(a)            pernyataan positif oleh seseorang tentang sesuatu maklumat yang tidak benar tetapi
(b)            pelanggaran kewajipan yang dilakukan tanpa niat untuk menipu dan memberi kelebihan kepada pihak yang melakukan pelanggaran itu.
 (c)             menyebabkan, meskipun dengan suci hati, satu pihak perjanjian membuat kesilapan mengenai perkara pokok perjanjian.
Seksyen 19: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan, frod atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya disebabkan oleh frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu hendaklah dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang seharusnya jika nyataan yang telah dibuat itu adalah benar. Kesan salah nyata ialah, kontrak boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang terkilan.
Aplikasi:
Kontrak yang berlaku tanpa kerelaan, kalau Jojo dengan sengaja maka dia melakukan Fraud/ penipuan dan ada salahnyata. Jika P.Ramlee Co menerima Jojo sebelum mengetahui hal yang sebenar, maka ada dua pilihan samada P.Ramlee dan CO terima iaitu teruskan kontrak dengan menerima Jojo sebagai pekerja atau Jojo diberhentikan (batalkan kontrak). Sesuatu kontrak yang tidak memenuhi elemen ini iaitu tawaran, penerimaan, balasan, niat, keupayaan, ketentuan, dan kerelaan, maka kontrak tersebut akan terbatal.
Kes: With lwn O’Flanagan
Seorang doktor berhasrat untuk menjual kliniknya kepada seorang lain dengan menyatakan bahawa pendapatan bulanan kliniknya adalah £2,000. Lima bulan kemudian, pendapatan klinik tersebut merosot tetapi maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli firma tersebut.
Keputusam mahkamah: Wujud salah nyataan ikhlas yang membolehkan pembeli membatalkan kontrak tersebut disebabkan kegagalan penjual memberitahu pembeli pendapatannya yang sebenar.
Kenyataan yang disalah nyatakan mestilah berbentuk satu kenyataan fakta. Semata-mata memberi pendapat dan buah fikiran tidak boleh digolongkan sebagai satu salah nyata.
Kesimpulan: Kontrak antara P.Ramlee & CO dan Jojo adalah terbatal.

4. Isu: Samada P.Ramlee & CO dan Jojo melanggar kontrak.
Undang-undang:
Seksyen 7 (a): Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka penerimaan itu mestilah mutlak dan tidak bersyarat.
Tawaran balas = Apabila pihak yang sepatutnya membuat penerimaan mengubah / meminda terma-terma yang disebut dalam tawaran.
Tawaran balas memansuhkan tawaran asal.
Seksyen 2 (b):
Apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu, maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima. Sesuatu cadangan, apabila diterima, adalah menjadi janji.
Penerimaan = Tanda kesediaan seseorang yang telah menerima cadangan untuk menjalin suatu hubungan kontrak dengan pihak yang membuat cadangan.
Aplikasi:
Kontrak yang dibuat tidak menepati seksyen 7 (a) dan seksyen 2 (b)
Kes: Hyde lwn Wrench
Pada 6 Jun, defendan membuat tawaran kepada plaintif untuk menjual tanahnya  dengan harga £1,000. Pada 27 Jun, plaintif bersetuju membeli tetapi dengan harga £950. Defendan telah menolaknya. Pada 29 Jun, plaintif menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga asal iaitu £1,000. Defendan enggan menjualkannya kepada plaintif.
Keputusan mahkamah: Tiada kontrak yang sah wujud kerana apabila plaintif menyatakan persetujuan membeli dengan harga £950, dia dianggap membuat tawaran balas yang membatalkan tawaran asal.
Kesimpulan:
P. Ramlee & Co tidak melanggar kontrak kerana kontrak yang wujud itu tidak menepati seksyen 7 (a) dan seksyen 2(b).
 







Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~

2 ulasan:

  1. Salam
    saya nak bertanya kalau saman bagi notis berhenti kerja 24 jam di syarikat lama boleh di blacklistkan dari pinjaman bank ke?

    BalasPadam
  2. Salam
    saya nak bertanya kalau saman bagi notis berhenti kerja 24 jam di syarikat lama boleh di blacklistkan dari pinjaman bank ke?

    BalasPadam

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)