Kek ni di ambil dari resepi American Chocolate Cake...sangat moist dan sedap..mmmm
Bahan-bahan kek
3 biji telur
2 cawan gula kastor
1 sd kecil esen vanilla
1 cawan minyak masak/ butter cair
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sd kecil soda bikarbonat
secubit garam
Cara penyediaan
1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan esen vanilla.
2. masukkan minyak masak/butter cair dan kacau hingga sebati.
3. masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati, kemudian masukkan soda bikarbonat dan baking powder.
4. masukkan tepung gandum dan secubit garam, kacau hingga sebati.
5. tuang ke dalam loyang yang telah disapu sedikit butter atau gunakan kertas minyak.
6. bakar dengan suhu 175-180 drjh celcius selama 45 minit. seeloknya panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.
Topping
200 g coklat masakan (coklat bar)
200 g susu segar
(gram boleh diganti dengan 2 cawan susu segar dan coklat masakan)
Cara penyediaan
1. Panaskan coklat dan susu segar di atas api perlahan dan sentiasa kacau sehingga pekat. atau gunakan kaedah double boiler.
setelah sejuk, sapukan ke atas kek tadi, dan hiaslah mengikut citarasa masing2..selamat mencuba!
Icing
1 cawan gula icing (boleh kurangkan mengikut citarasa)
1 cawan butter
sedikit perahan lemon (balancing)
Semua bahan ini di pukul hingga kembang (lebih mudah menggunakan mixer sahaja)
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah.
~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)