Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang makan )
- 4 biji apple hijau
- 1 cawan nestum
- 1/2 cawan butter
- 1/2 cawan gula perang
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1-1 1/2 cawan tepung (semasa di gaul dgn butter, campurkan secukup tupung sehingga adunan jadi seperti serbuk roti sahaja)
Cara-cara
- Panaskan oven 180 darjah.
- Kupas apple, buang bahagian tengah dan potong dadu. Gaulkan dengan 1/2 cawan gula perang, serbuk kayu manis, tepung jagung dan masukkan kedalam loyang (loyang disapu sedikit butter).
- Didalam satu mangkuk, campurkan tepung dan butter. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti. Masukkan nestum dan gaul.
Sos Kastard
- 1 1/2 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard (kalau nak pekat lg tambah la lgi)
- 4 sudu besar gula
- secubit garam
- Panaskan susu cair dan gula di dalam periuk, masukkan gula, garam dan tepung kastard, kacau sos menggunakan whisker untuk mendapat hasil terbaik. Setelah agak pekat (kepekatan mengikut citarasa masing2) sejukkan di dalam peti ais.
Makan epal crumble bersama sos kastard yang telah disejukkan atau bersama aiskrim vanilla.
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)