Dah cuba resepi ni, memang sedap, tapi diubah suai sikit, tq tuan punya resepi =)
BAHAN-BAHAN:
250 g sotong kering saiz kecil ( direndam dengan air suam yang dicampur soda bikarbonat, rendam selama 1 jam atau 45 minit)
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
2 sudu besar sos tiram
Secawan air (tambah jika perlu)
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa
BAHAN DIKISAR HALUS:
10 biji cili kering
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 cm belacan
CARA MEMASAK :
1)
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , masukkan sotong kering dan biar sekejap sehingga mesra. kemudian
masukkan gula, asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan
pecah minyak .
2)
Masukkan bawang besar dan terus mengacau jika terlalu kering
masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi
mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)