HADITH-HADITH
BERKAITAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
(Sila buat rujukan lain yang lebih baik, bahan ini hanya untuk rujukan dan simpanan peribadi. terima kasih kerana sudi menjengah..)
(Sila buat rujukan lain yang lebih baik, bahan ini hanya untuk rujukan dan simpanan peribadi. terima kasih kerana sudi menjengah..)
1.
Dari Abu Qatadah al-Ansari bermaksud: Sesungguhnya
Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab:
Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.
|
Rasulullah
SAW menzahirkan kesyukuran kepada Allah dan membesarkan hari kelahiran
Baginda
dengan berpuasa pada setiap hari Isnin. Begitu juga para sahabat berpuasa pada
hari Isnin seperti Rasulullah SAW. Sambutan Maulid tidak hanya dikhaskan
setahun sekali tetapi setiap Isnin bagi memperingati rahmat besar kelahiran
Baginda ke dunia ini.
Namun
begitu, terdapat juga pandangan yang menafikan hadith di atas sebagai dalil
sambutan Maulidur Rasul digalakkan. Rasulullah SAW berpuasa setiap hari Isnin
dan tidak dibezakan minggu atau bulan (kecuali bulan Ramadhan dan kes tertentu
seperti eid) dan ini tiada kaitan dengan perayaan maulidul rasul yang dikhaskan
setahun sekali.
Selain
hari Isnin, Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari Khamis. Hadis di atas berkaitan
perihal sunat berpuasa pada hari Isnin dan bukan berkaitan perayaan/eid. Jika
diteliti hadis penuh dalam hadis ke-2603, nyata jawapan-jawapan Rasullullah
terhadap semua soalan yang diajukan sahabat berkisar tentang ibadah puasa.
Yang
sahih dan pasti ialah hari Rasulullah SAW dilahirkan ialah pada hari Isnin,
tetapi berlaku khilaf yang banyak akan tarikh sebenar Rasulullah SAW lahir.
Perkara ini tidak diberatkan oleh golongan salafus-soleh kerana perayaan maulid
tidak penting dan tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW. Bahkan tiada
sebarang bukti muktamad daripada hadis bahawa Rasulullah SAW atau golongan
salafus-soleh merayakan maulidul rasul kecuali dakwaan yang kami tidak dapat
pastikan bahawa Imam al-Auzaie (tabi’ut tabi’in) ada menulis tentang maulidul
rasul. Malah tiada juga sebarang komentar daripada pengasas mazhab yang empat
akan maulidul rasul kerana ianya tidak disambut oleh golongan mutaqaddimin.
2.
Diceritakan
oleh 'Ursa/Urwah:
Thuwaibah
merupakan hamba abdi perempuan merdeka yang dibebaskan oleh Abu Lahab, dan
kemudian dia menyusukan Rasulullah. Apabila Abu Lahab meninggal dunia,
salah seorang saudaranya bermimpi melihat Abu Lahab dalam keadaan yang amat
teruk dan menanyakannya: “Apa yang telah engkau tempuhi?”
Abu
Lahab berkata, “Aku tidak menemui rehat sejak aku meninggalkan engkau,
kecuali aku telah diberi minum air ini (ruangan antara ibu jari dan jari
lain) dan ini kerana aku telah memerdekakan Thuwaibah.
|
Diriwayatkan dari Imam Bukhari bahawa Abu
Lahab setiap hari Isnin diringankan seksanya dengan sebab memerdekakan budak
Tsuwaybah sebagai ungkapan kegembiraannya atas kelahiran Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam.
Dalam
kitab Fathul Bari, syarah kepada kitab Sahih Bukhari , Imam Ibnu Hajar
al-Asqolani mencatitkan: “Imam As- Suhaili menyebut bahawa Al-Abbas telah
bermimpi bertemu Abu Lahab , Abu Lahab menceritakan tiada rehat dari seksa
melainkan diringankan setiap hari Isnin. Berkata Abbas: “Demikian itu kerana
Nabi dilahirkan pada hari Isnin. Thuwaibah telah memberitakan khabar gembira
kelahiran Rasulullah saw, lalu ia dimerdekakan”.
Selain
riwayat tersebut terdapat lagi riwayat-riwayat dari Ismaili (guru Imam
al-Bukhari) dan Imam Abdul Razzak dari Ma’mar dari Az- Zuhri dan dari Imam
al-Bukhari sendiri yang mengatakan diringankan siksa Abu Lahab sehingga dapat
menghisap sedikit air dari anak jari atau dicelah ibu jari.
Jika Abu Lahab yang bukan muslim dan al-Quran jelas mencelanya,
diringankan seksanya lantaran ungkapan kegembiraan atas kelahiran Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam, maka bagaimana dengan orang yang beragama Islam
yang gembira dengan kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Kitab Manhaj al-Salaf Fi Fahmi
al-Nusus Bayan al-Nazariyyah Wa al-Tatbiq dan kitab Mafahim Yajibu An Tusahhah
karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi
al-Maliki juga menyebut tentang perkara di atas.
Kisah 1 yang terpilih ialah Thuwaibah dimerdekakan
pada hari Isnin setelah Abu Lahab mendengar dan gembira dengan berita kelahiran
anak saudaranya ialah Rasulullah SAW. Hal ini disebut oleh penulis biografi
iaitu Ibnu Kathir di dalam al-Bidayah wa an-Nihayah dan Ibnu Qayyim di dalam
Tuhfat al-Mawdud bi-Ahkam al-Mawlud.
Hadis
yang terdapat dalam Sahih Bukhari di atas tidak menyebut adanya kaitan antara
kemerdekaan Thuwaibah dengan hari kelahiran baginda pada hari Isnin. Kata-kata
Ursa’/Urwah sendiri juga tidak menyebut apa-apa berkaitan hari Isnin atau
kelahiran Baginda.
Sungguhpun
begitu, riwayat dari Ismaili dan Imam Abdul Razzak juga hanya menyebut
keringanan azab Abu Lahab kerana telah memerdekakan Thuwaibah dan tiada
sebarang komentar berkaitan hari Isnin. Versi Umdatul Qari dan Fathul Bari yang
dipegang tiada penambahan berkaitan hari Isnin seperti versi pro-maulid.
Cerita
bahawa Thuwaibah telah dimerdekakan oleh Abu Lahab pada hari kelahiran baginda
ialah cerita tanpa sanad dan ditolak. Tiada penafian bahawa azab Abu Lahab
diringankan kerana memerdekakan Thuwaibah dengan diberi sedikit minuman air.
Tetapi tiada sebarang petunjuk bahawa Abu Lahab diringankan azab pada masa-masa
atau hari-hari tertentu kerana tiada sebarang nas berkaitan perkara ini.
Kisah
daripada hadis di atas menunjukkan syafaat dan kelebihan Baginda walaupun
terhadap orang kafir. Persoalan ini tiada kaitan dengan perayaan maulidul
rasul.
3.
Hadis
daripada Ibnu Mas’ud:
Apa yang dilihat umat Islam baik maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah. |
Hadis riwayat Imam Ahmad
(#3418), Imam at-Tabrani (Mu’jam al-Kabir & al-Awsath), al-Hakim,
Imam al-Bazzar (Zawa’id),
Imam al-Bayhaqi (al-I’tiqad) dan lain-lain.
Berdasarkan
kepada hadis di atas dan bukti-bukti lain, perayaan Maulidul Rasul ialah bid’ah
hasanah yang selari dengan al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan kata-kata para sahabah.
Maulidul
rasul menzahirkan rasa cinta dan peringatan kepada nabi Muhammad SAW. Ramai
ulama’ mutaakhirin menyokong perayaan Maulidul Rasul disebabkan faedahnya dan
keadaan umat Islam yang jauh daripada nilai Islam. Antara ulama’ yang menyokong
ialah Imam Jalaluddin Al-Sayuti, Sayyid
Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi,
Syeikh Prof. Ali Jum’ah, Syeikh Dr Al-Sayyid
Muhammad al-Maliki, Imam as-Syawkani dan
Mullah ‘Ali Qari.
Disebabkan
tiada bukti bahawa golongan salafus-soleh menyambut maulidul rasul, maka
terjadilah amalan tercari-cari nas sama ada daripada al-Qur’an atau hadis untuk
menyokong amalan baru ini. Nas golongan pro-maulid kesemuanya terlalu umum atau
digunakan di luar konteks dan kesukaran ini terbukti kerana ulama’ mutaqaddimin
tidak merayakan maulidul rasul, maka tiada penulisan kitab berkaitan hal ini.
(Sila buat rujukan lain yang lebih baik, bahan ini hanya untuk rujukan dan simpanan peribadi. terima kasih kerana sudi menjengah..)
SEJARAH SAMBUTAN
MAULIDURASUL
Pada zaman awal Islam belum ada
keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu
memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari
kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah
terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk
bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.
Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam
sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh
dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk
mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan
Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing
orang ramai ke jalan benar. Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang
diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya
mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya. Kemudian
kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang
menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan
perjuangannya.
Di antara pembesar yang menganjurkan
sambutan ini ialah Raja Al-Mudhaffar Abu Sa `id Kaukabri ibn Zainuddin Ali bin
Baktakin (l. 549 H. w.630 H.), penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia
terus berkembang sehinggalah sekarang.
Menurut Imam Al-Suyuthi tercatat
sebagai raja pertama yang memperingati hari kelahiran Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam ini
dengan perayaan yang meriah luar biasa. Tidak kurang dari 300.000 dinar beliau
keluarkan dengan ikhlas untuk bersedekah pada hari peringatan maulid Nabi atau
juga disebut milad Nabi.
Berdasarkan kisah dan sejarah berikut,
untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih
ramai maka diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja pada hari
kelahiran Rasulullah SAW malah sesetengah kawasan berlarutan sepanjang bulan
Rabiul Awal.
ISU-ISU BERKAITAN
MAULIDUR RASUL DAN SAMBUTAN MAULIDURASUL
1-
Perbezaan
pendapat tentang tarikh lahir sebenar Rasulullah S.A.W
Ahli sejarah dan para ulama’
berpendapat bahawa Rasulullah SAW lahir pada hari Isnin , bulan Rabiul Awal di
tahun Gajah. Namun ada perselisihan pendapat tentang hari bulan Baginda
dilahirkan. Sesetengah pendapat mengatakan hari lahir Baginda jatuh pada
2,8,10,12,17 @ 22. Masyhur masyarakat mengatakan 12 hari bulan Rabiul Awal.
Ahli falak membuat pengiraan bahawa hari Isnin pada bulan Rabiul Awal ketika
tahun itu bersamaan dengan 2, 9, 16 dan 23 hari bulan, bukannya 12 hari bulan. Walau
bagaimanapun, perbezaan tarikh ini bukan satu isu pokok yang menjadi perbalahan
malah perbahasan dan perdebatan berkenaannya tidaklah membuahkan amal, ditambah
pula tiada dalil atau asas yang kukuh bagi setiap pendapat yang dikemukakan.
Maka terpulang kepada sesiapa sahaja untuk menerima mana-mana tarikh dan
menolaknya.
2-
Sambutan
maulidurasul dianggap sebagai bid’ah
Melakukan penambahan dalam ibadah
yakni yang tidak dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam,Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan
yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah
al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya
dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan
(dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap
bid‘ah adalah sesat. Maksud “…gigitlah ianya dengan geraham…” ialah peganglah
ianya dengan bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya.
3-
Kewajaran
sambutan Maulidur Rasul disambut dengan perarakan besar-besaran sehingga
menelan belanja begitu besar
Jika ia disambut dengan perarakan
dan perhimpunan, maka ia perlu diaudit semula. Tenaga dan wang yang digunakan
perlu ditimbang prioritinya, adakah layak digunakan untuk majlis seumpama atau
sebaliknya, Jika ia disambut dengan tujuan mengingatkan semula umat Islam
kepada sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., hendaklah majlis-majlis ilmu yang
mengimbas kembali sejarah perjuangan baginda dilakukan dengan lebih kerap dan
bukan dihadkan kepada sekali setahun, agar umat Islam tidak leka daripada
mengambil iktibar daripadanya, menjadikannya sebagai sumber kekuatan untuk
memperjuangkan Islam pada masa kini.
PANDANGAN TENTANG
KEHARUSAN MENYAMBUT MAULIDURRASUL
Di antara ulamak besar yang
mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
.
1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam
kitabnya `Siratun Nabawiyah’. Antara lain
beliau menyatakan
bahawa; “masyarakat telah terbiasa berdiri
tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara
seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya.”
.
2. Imam Jalaluddin As-Sayuti
lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail’, menyatakan; “Apabila
diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain
maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan
semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala.”
.
3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani
(1953) dalam
kitabnya Senjata Syariat, Pakaian
Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa, “Dapat pahala bagi orang yang berdiri
yang adalah niat mereka membesarkan Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam.”
.
4. Al-Hafidz al-Iraqi dalam
kitab Syarh Mawahib Ladunniyah mengatakan:“Melakukan perayaan, memberi makan
orang disunnahkan tiap waktu, apalagi kalau itu disertai dengan rasa gembira
dan senang dengan kehadiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pada hari dan bulan itu. Tidaklah sesuatu yang bid’ah
selalu makruh dan dilarang, banyak sekali bid’ah yang disunnahkan dan bahkan
diwajibkan.”
.
5. Ibnu Hajar al-Haithami berpendapat: “Bid’ah
yang baik itu sunnah dilakukan, begitu juga memperingati hari maulid Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.”
.
6. Imam Suyuti berkata: “Menurut saya asal perayaan maulid Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam, iaitu manusia berkumpul,
membaca al-Quran dan kisah-kisah teladan Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam sejak kelahirannya sampai perjalanan hidupnya. Kemudian
dihidangkan makanan yang dinikmati bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya
itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu tergolong bid’ah hasanah. Orang yang
melakukannya diberi pahala kerana mengagungkan darjat Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam, menampakkan suka cita dan
kegembiraan atas kelahiran Nabi Muhamad Shalallahu ‘alaihi wasalam yang mulia.”
.
7. Syeh Azhar Husnain Muhammad Makhluf berkata: “Menghidupkan malam maulid nabi dan
malam-malam bulan Rabiul Awal ini adalah dengan memperbanyak zikir kepada Allah,
memperbanyak syukur dengan nikmat-nikmat yang diturunkan termasuk nikmat dilahirkannya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di alam dunia ini. Memperingatinya sebaiknya dengan cara
yang santun dan khusyuk’ dan menjauhi hal-hal yang dilarang agama seperti
amalan-amalan bid’ah dan kemungkaran. Dan termasuk cara bersyukur adalah menyantuni
orang-orang susah, menjalin silaturrahim. Cara itu walaupun tidak dilakukan pada
zaman Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan tidak juga pada masa salaf terdahulu tetapi baik untuk dilakukan termasuk sunnah hasanah.”
.
8. Abu Shamah (guru Imam Nawawi) menyatakan: “Termasuk
yang hal baru yang baik dilakukan pada zaman ini adalah apa yang dilakukan
setiap tahun bertepatan pada hari kelahiran Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam dengan
memberi sedekah dan kebaikan, menunjukkan rasa gembira dan bahagia,
sesungguhnya itu semua ini yang membantu fakir miskin adalah tanda kecintaan
kepada Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam dan
penghormatan kepada beliau, begitu juga merupakan bentuk syukur kepada Allah
atas diutusnya Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam kepada
seluruh alam semesta.”
9. Ibnu Taymiyah dalam kitab Iqtidla’-us-Syirat al-Mustaqim (2/83-85)
mengatakan :“Rasululullah Shalallahu
‘alaihi wasalam telah melakukan kejadian-kejadian penting dalam sejarah beliau,
seperti khutbah dan perjanjian beliau pada hari Badar, Hunain, Khandaq,
pembukaan Makkah, Hijrah, Masuk Madinah. Tidak seharusnya hari-hari itu
dijadikan hari raya, kerana yang melakukan seperti itu adalah umat Nasrani atau
Yahudi yang menjadikan semua kejadian Isa hari raya. Hari raya merupakan
sebahagian dari syariat, apa yang disyariatkan itulah yang diikuti, kalau tidak
maka telah membuat sesuatu yang baru dalam agama. Maka apa yang dilakukan orang
memperingati maulid, antara mengikuti tradisi Nasrani yang memperingati
kelahiran Isa, atau kerana cinta Rasulullah. Allah mungkin akan memberi pahala
atas kecintaan dan ijtihad itu, tapi tidak atas bid’ah dengan menjadikan maulid
nabi sebagai hari raya. Orang-orang salaf tidak melakukan itu padahal mereka
lebih mencintai rasul.”.
Namun dalam
bahagian lain di kitab tersebut, Ibnu Taymiyah menambah: “Merayakan maulid dan menjadikannya
sebagai kegiatan rutin dalam setahun yang telah dilakukan oleh orang-orang, akan mendapatkan pahala yang besar
sebab tujuannya baik dan mengagungkan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Seperti yang telah saya jelaskan, kadang-kadang sesuatu
itu baik bagi satu kalangan orang, padahal itu dianggap kurang baik oleh
kalangan mu’min yang ketat. Suatu hari pernah ditanya kepada Imam Ahmad tentang
tindakan salah seorang pegawai yang menyedekahkan wang 100 dinar untuk membuat
mushaf Quran, beliau menjawab: “Biarkan saja, itu cara terbaik bagi dia untuk
menyedekahkan emasnya”. Padahal mazhab Imam Ahmad mengatakan bahawa menghiasi
Qur’an hukumnya makruh. Tujuan Imam Ahmad adalah bahawa pekerjaan itu ada
maslahah dan ada mafsadahnya juga, maka dimakruhkan, akan tetapi apabila tidak
dibenarkan, mereka itu akan membelanjakan wangnya untuk kerosakan, seperti
membeli buku porno dan sebagainya.”
.
10. Ibnu Hajar al-Asqolani dalam
kitab Fatawa Kubro menjelaskan: “Asal
melakukan maulid adalah bid’ah, tidak diriwayatkan dari ulama salaf dalam tiga
abad pertama, akan tetapi di dalamnya terkandung kebaikan-kebaikan dan juga kesalahan-kesalahan.
Sesiapa melakukan kebaikan di dalamnya dan menjauhi kesalahan-kesalahan, maka
ia telah melakukan bid’ah yang baik (bid’ah hasanah). Saya telah melihat
landasan yang kuat dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam datang
ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka
beliau bertanya kepada mereka, dan mereka menjawab: “Itu hari di mana Allah menenggelamkan Firaun,
menyelamatkan Musa, kami berpuasa untuk mensyukuri itu semua.” Dari situ dapat diambil kesimpulan bahawa
boleh melakukan syukur pada hari tertentu di situ berlaku nikmat yang besar
atau terjadi penyelamatan dari mara bahaya dan dilakukan itu tiap bertepatan
pada hari itu. Syukur boleh dilakukan dengan pelbagai macam ibadah, seperti
sujud, puasa, sedekah, membaca al-Quran dll. Apa nikmat yang paling besar
selain kehadiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di muka bumi ini. Maka sebaiknya merayakan maulid dengan melakukan syukur berupa membaca
Qur’an, memberi makan fakir miskin, menceritakan keutamaan dan kebaikan
Rauslullah yang boleh menggerakkan hati untuk berbuat baik dan amal soleh.
Adapun yang dilakukan dengan mendengar muzik dan bermain alat muzik, maka
hukumnya dikembalikan kepada hukum pekerjaan itu, kalau itu mubah maka hukumnya
mubah, kalau itu haram maka hukumnya haram dan kalau itu kurang baik maka
begitu seterusnya.”
KESIMPULAN
Kesimpulan
yang dapat dibuat berdasarkan hadis-hadis yang telah dibincangkan berkenaan
sambutan Maulidur Rasul, Pertama adalah mereka yang membolehkan sambutan
Maulidur Rasul. Sambutan ini, menurut mereka, tidak lain adalah untuk
mengingati Rasulullah. Kedua adalah mereka yang melarangnya dengan alasan
Rasulullah tidak pernah menyambutnya.
Perselisihan
ini berlanjutan sehingga ke tahap saling bermasam muka dan tuduh menuduh antara
kedua-dua kumpulan. Bahkan yang lebih menyedihkan, adakalanya yang saling
bermasam muka dan tuduh menuduh adalah para agamawan, ustaz dan ustazah! Jika
diperhatikan secara adil, akan didapati bahawa kedua-dua kumpulan mendasari
hujah mereka kepada Rasulullah s.a.w.. Akan tetapi sayang sekali kedua-dua
kumpulan tidak mencontohi sikap ceria dan mudah yang ditonjolkan oleh baginda.
Tidak ada sikap ingin berbincang dan bertukar pandangan dalam suasana keceriaan
dan kemaafan.
Pendapat boleh atau tidak Maulidur Rasul
bergantung kepada tujuan ia disambut. Jika ia disambut berdasarkan keyakinan
Rasulullah s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiulawal, maka keyakinan ini perlu
dikaji semula. Ini kerana tarikh tersebut, sekali pun masyhur di kalangan para
sejarahwan, hanyalah satu anggaran. Hari kelahiran baginda yang sebenar tidak
diketahui kerana bukanlah menjadi kelaziman masyarakat arab jahiliyah untuk
mencatit hari kelahiran seseorang bayi di kalendar, atau diari. Tambahan lagi
pada saat itu Muhammad s.a.w. hanya seorang bayi biasa. Tidak siapa yang
mengetahui bahawa sekitar 40 tahun kemudian baginda akan menjadi seorang Rasul.
Jika
ia disambut dengan ibadah-ibadah tertentu seperti solat sunat, puasa dan zikir,
maka amalan-amalan ini perlu disemak semula. Ini kerana asas dalam ibadah
adalah ia perlu berdasarkan nas, tanpa ditambah, dikurangi atau dibuat sesuatu
yang baru. Jika ia disambut dengan selawat, nasyid dan qasidah, maka
lirik-liriknya perlu diteliti agar ia tidak mengandungi unsur syirik dan
kurafat. Sebaik-baik selawat adalah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dan ia
adalah apa yang kita baca setiap hari ketika duduk tasyahud akhir dalam
sembahyang.
Jika
ia disambut dengan perarakan dan perhimpunan, maka ia perlu diaudit semula.
Tenaga dan wang yang digunakan perlu ditimbang prioritinya, adakah layak
digunakan untuk majlis seumpama atau lebih layak digunakan kepada mereka yang
memerlukan. Jika ia disambut dengan tujuan mengingatkan semula umat Islam
kepada sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., maka ia dibolehkan. Inilah yang
lazim dilakukan dalam pelbagai majlis sempena Maulidur Rasul. Hanya sahaja
janganlah dibataskan kepada sekali setahun. Hendaklah majlis-majlis ilmu yang
mengimbas kembali sejarah perjuangan baginda dilakukan dengan lebih kerap agar
umat Islam tidak leka daripada mengambil iktibar daripadanya, menjadikannya
sebagai sumber kekuatan untuk memperjuangkan Islam pada masa kini.
RUJUKAN
1.
Umdatul
Qari, karangan Badruddin Aini, juzuk 20, halaman 95. Fathul Bari, karangan Imam
Ibnu Hajar al-Asqolani juzuk 19, halaman 174 – 175. Raudhul Unuf, juzuk 5,
halaman 191. Karangan as-Suhaili.
2.
Abu
Soleh Nasaruddin (1997): Hadis-hadis Hukum Mengenai Bersuci dan Solat ;
Perniagaan Jahabersa.
3.
Zaharuddin
Abd Rahman (2010): Untukmu Umat.
Karya bestari Sdn Bhd.
4.
Muhadir
Haji Joll (2012): Q & A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Merbu
Al-Banjari al-Makki: PSN Publication Sdn Bhd
5. Zulkifli Mohd Yusoff, Nur Naemah Bt.
Abdul Rahman (2011): Biografi Muhammad
Bin Abdullah (edisi 2011). PTS Islamika Sdn Bhd.
6. Rohidzir Rais (2011): Khutbah Rasullulah Wasiat Agung Buat Umat
Tercinta. PTS Islamika Sdn Bhd.
7. Dr. Kamariah Kamarudin (2012, Edisi-10).
Akhlak Muhammad Dalam Diri dan
Keluarga. Fardhu Ain. MS 10.
Kalimat Cinta Sdn Bhd.
8. Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar (2012,
Edisi-10). Muhammad ContohTerbaik. Fardhu
Ain. MS 12. Kalimat Cinta Sdn Bhd.
9.
Zaharuddin
Abd Rahman (2010). Sambutan Maulidur
Rasul: Wajar Diterus Atau Diubah. 5 Rabiul Awwal 1431 H. www.zaharuddin.net.
10. Ibnu Umar (2007). Maulidur Rasul: Sanggahan terhadap Risalah Pelajar Pondok. 2007
April 5. http://www.al-ahkam.net
11. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin: Bidaah Hasanah: Istilah Yang Disalah fahami.
http://www.hafizfirdaus.com/ebook
Nota: Credit kepada mana2 penulisan yang tidak disebutkan sumbernya di sini, terlalu banyak buat rujukan, ada yang copy n paste ;(
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~
pening bila baca... cam main tangkap muat jer
BalasPadamYa..betul tekaan encik, memang tangkap muat..diupload sebagai bahan peringatan..
BalasPadamBagi sy tak tangkap muat..bahan ilmiah mmg mcm tu teknik penulisan dan kupasannya, baik dan tahniah sy ucapkqn.
BalasPadamTerima kasih..sy br bertatih menadah ilmu agama ;)
BalasPadamTahniah atas usaha anda. Bahan amat sesuai sebagai rujukan berceramah. Dicadangkan dibuat penambahbaikkan. Jazakillaha kathiran.
BalasPadam