Tidur yang nyenyak
itu membatalkan wudhu'. Dalil2nya adalah
Sabda
baginda saw yg diriwayatkan oleh Ali yang bermaksud, "Mata itu adalah
pengawal dubur, maka dengan kerana itu sesiapa yang tidur, mka dia wajib
berwudhu'."[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah]
Dari Shafwan bin
Assal r.a, "Rasulullah saw. memerintahkan bila sedang berada dalam
perjalanan supaya kami tidak membuka sepatu selama tiga hari tiga malam,
kecuali bila junub, tetapi agar membukanya di kala buang air besar atau kecil
dan jika tidur.”[Hadis riwayat Ahmad, Nasa’i dan Turmudzi yang menyatakan
sahnya]
Dari Muawiyah,
"Mata itu adalah pengawal dubur. Jika dua mata telah tidur, maka
terlepaslah kawalannya."[Hadis riwayat Ahmad]
Kembali kepada
persoalan VHoutenJr:
Quote:
Bagaimana
tidur yang membatalkan wuduk?
Ulama' berbeza
pendapat mengenai perkara ini. Secara umumnya terdapat dua pendapat iaitu:
Mazhab
Hanafi dan Syafi'i berpendapat, tidur dalam keadaan rapat
papan punggungnya ke tempat duduk tidaklah membatalkan wudhu'. Mereka
berdalilkan kpd hadis berikut:
Hadis
riwayat Anas yang bermaksud, “Pernah para sahabat Rasulullah saw. menunggu
waktu utk sembahyang isya', lalu mereka terlena sambil duduk, kemudian mereka
bangun melakukan shalat tanpa wudhuk. [Hadis riwayat Syafi’i, Muslim, Abu Daud
dan Turmudzi]
mazhab
maliki dan hanbali pula berpendapat, tidur yg sebentar
ataupun ringan tidak membatalkan wudhu'. Dalil mereka:
Hadis
riwayat Anas yang bermaksud, “Para sahabat Rasulullah saw. menunggu-nunggu
waktu isya hingga larut malam, hingga kepala mereka berkulaian, kemudian mereka
melakukan shalat tanpa wudhuk lebih dahulu.
Hadis riwayat Ibnu
Abbas katanya, "Aku telah bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah, lalu
baginda bangun drpd tidur Baginda dan aku juga turut bangun di sebelah rusuk
kiri BAginda, lalu baginda memegang tanganku dan menempatkan aku di sebelah
rusuk kanan Baginda. Apabila aku terlelap, Baginda telah sembahyang sebyk 11
rakaat."[Hadis Riwayat Muslim]
Kesimpulannya,
menurut Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Fiqh Islami jilid 1, tidur dalam keadaan
mengiring yang tidak rapat papan punggungnya, sama ada di dalam
sembahyang atau lainnya boleh membatalkan wudhu' tanpa khilaf lagi di kalangan
fuqaha'. WA.
BAGAIMANAKAH TIDUR YANG MEMBATALKAN
WUDUK?
Sebelum kita
membicarakan hukum tidur yang membatalkan wuduk sewajarnya kita dapat
membezakan tidur (النَّوْم) dan mengantuk (النُّعَس).
Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:
Keduanya (yakni
mengantuk dan tidur) itu berbeza, iaitu barangsiapa yang fungsi inderanya
berkurang, di mana dia mendengar perkataan teman disekitarnya namun tidak
mengerti maknanya maka orang seperti ini dinamakan mengantuk. Apabila lebih
dari keadaan tersebut maka dinamakan tidur. Di antara tanda-tanda tidur adalah
mimpi baik yang singkat ataupun berlangsung lama… Ibnu al-Tin berkata: “خَفَقَ (anggukan
kepala) adalahالنُّعَس (mengantuk)”.[1]
Dari sini dapat kita
fahami bahawa perasaan mengantuk sehingga menyebabkan seseorang itu
tersengguk-sengguk sampai mengakibatkan kepalanya menempel ke dada bukanlah
tidur yang membatalkan wuduk.
عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ أَصْحَابُ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَنْتَظِرُونَ الْعِشَاءَ الآخِرَةَ
حَتَّى تَخْفِقَ رُءُوسُهُمْ
ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلاَ
يَتَوَضَّئُونَ.
Daripada
Anas, dia berkata: Suatu ketika para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam
menunggu
solat Isyak sehingga tersengguk-sengguk kepala mereka
kerana
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melewatkannya.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: بِتُّ
لَيْلَةً عِنْدَ خَالَتِي مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ
فَقُلْتُ لَهَا إِذَا قَامَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَيْقِظِينِي
فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُمْتُ إِلَى جَنْبِهِ الأَيْسَرِ
فَأَخَذَ بِيَدِي فَجَعَلَنِي مِنْ
شِقِّهِ الأَيْمَنِ فَجَعَلْتُ إِذَا أَغْفَيْتُ يَأْخُذُ بِشَحْمَةِ أُذُنِي.
قَالَ: فَصَلَّى إِحْدَى عَشْرَةَ
رَكْعَةً.
Daripada
Ibnu ‘Abbas, dia berkata: Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri
Nabi).
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk menunaikan solat malam.
Lalu
aku bangun berdiri di sebelah kirinya. Kemudian baginda menarik tanganku
hingga
menjadikan aku berada di sebelah kanannya. Setiap kali kepalaku tersengguk
kerana mengantuk,
baginda
akan menarik telingaku. Dia (‘Ibnu ‘Abbas) berkata:
Manakala dalil bagi
wajibnya berwuduk apabila tidur adalah berdasarkan hadis Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا إِذَا كُنَّا سَفَرًا
أَنْ لاَ نَنْزِعَ خِفَافَنَا
ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ إِلاَّ مِنْ جَنَابَةٍ
وَلَكِنْ مِنْ غَائِطٍ وَبَوْلٍ
وَنَوْمٍ.
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan
supaya
kami tidak membuka sepatu selama tiga hari hingga malam kecuali bila junub,
Jelas melalui hadis
ini Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkategorikan
tidur bersama-sama dengan buang air besar atau kecil yang turut membatalkan
wuduk. Namun yang hangat diperbincangkan oleh para ulamak adalah tidur yang
bagaimana sebenarnya dianggap membatalkan wuduk.
Berikut penulis akan
bentangkan pendapat-pendapat para ulamak berkaitan dengan tidur dan batalnya
wuduk.[5]
PENDAPAT PERTAMA: Tidur sama sekali tidak
membatalkan wuduk. Pendapat ini dipegang oleh sekelompok sahabat seperti Ibnu
‘Umar, Abu Musa al-Asy’ari dan Sa’id bin Musayyab. Ianya juga merupakan
pandangan Sa’id bin jubair, Makhlul, Ubaidah al-Salmani, al-Auza’i dan
lain-lain
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ:
كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنَامُونَ
ثُمَّ يَقُومُونَ فَيُصَلُّونَ وَلاَ
يَتَوَضَّئُون.
Daripada
Anas bin Malik, dia berkata: Dahulu sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam
PENDAPAT KEDUA: Tidur samada sekejap mahupun lama
secara mutlak membatalkan wuduk. Ibnu Mundzir telah menukilkan pendapat ini
dari sebahagian sahabat dan tabi’in dan ini juga merupakan
pandangan Abu Hurairah, Abu Rafi’, ‘Urwah bin Zubair, Atha’, al-Hassan
al-Bashri, Ibnul al-Musayyib, Zuhri, al-Muzani, Ibnu Hazm, Abu Ubaid dan Ishaq
bin Rahawaih. Syaikh al-Albani juga dalam kitab Tamamul Minnah[7] telah menguatkan pendapat ini.
Hujah golongan ini adalah seperti berikut:
Daripada Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا إِذَا كُنَّا سَفَرًا
أَنْ لاَ نَنْزِعَ خِفَافَنَا
ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيهِنَّ إِلاَّ مِنْ جَنَابَةٍ
وَلَكِنْ مِنْ غَائِطٍ وَبَوْلٍ
وَنَوْمٍ.
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan
supaya
kami tidak membuka sepatu selama tiga hari hingga malam kecuali bila junub,
Di sini hukum tidur
disamakan dengan membuang air kecil dan besar. Maksud tidur di sini adalah
secara umum dan ianya termasuk tidur yang panjang mahupun pendek.
PENDAPAT KETIGA: Kelompok ini membezakan tidur
yang sekejap dan lama. Hanya tidur yang lama membatalkan wuduk. Ini merupakan
pendapat Imam Malik, salah satu daripada riwayat Imam Ahmad, al-Zuhri, Rabi’ah
dan al-Auza’i. Hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang dipergunakan
oleh golongan pertama mereka fahami sebagai tidur yang sekejap sahaja. Oleh itu
bagi mereka pendapat bahawa tidur secara mutlak tidak membatalkan wuduk adalah
tidak benar.
PENDAPAT KEEMPAT: Tidur yang hanya membatalkan
wuduk adalah tidur ketika dalam posisi baring atau bersandar kepada sesuatu.
Tidur dalam posisi lain seperti duduk, rukuk, sujud atau berdiri maka wuduknya
tidak batal baik dia tidur di luar solat atau ketika bersolat. Ini merupakan
pandangan Hamad, Sufyan al-Thawri, Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya,
Imam Daud dan Imam al-Syafi’i.
PENDAPAT KELIMA: Tidur yang membatalkan wuduk
hanyalah tidur orang yang rukuk atau sujud. Ini dikatakan sebagai pendapat Imam
Ahmad.
PENDAPAT KEENAM: Tidur yang membatalkan wuduk
hanyalah tidur orang yang bersujud. Pendapat ini juga diriwayatkan daripada
Imam Ahmad.
PENDAPAT KETUJUH: Tidur ketika berada dalam solat
sama sekali tidak membatalkan wuduk. Tidur di luar solat membatalkan wuduk.
Pendapat ini juga dikatakan pendapat Imam Abu Hanifah.
PENDAPAT KELAPAN: Apabila seseorang itu tidur di
dalam keadaan punggungnya rata kepada lantai maka ianya tidak membatalkan solat
baik tidurnya itu ketika dalam solat mahupun di luar solat atau tidur yang lama
mahupun seketika sahaja. Ini merupakan mazhab Imam al-Syafi’i.[9] Telah berkata Imam al-Syafi’i:
Apabila seseorang
tidur pada posisi duduk tegak, maka saya melihat bahawa dia tidak wajib
berwuduk, sebab orang yang tidur dalam posisi terlentang (baring) tidak sama
dengan orang yang tidur dalam keadaan duduk. Ini adalah kerana tidur dengan
posisi terlentang akan terasa lebih nyenyak, sehingga akalnya akan terasa lebih
tidak berfungsi jika dibandingkan dengan orang yang tidur dalam keadaan duduk.
Apabila
dia telah tergeser dari posisi duduk tegak saat tidur, maka dia wajib megulangi
wuduknya, kerana orang yang tidur dalam keadaan duduk itu menekan dirinya
(bahagian punggungnya) pada lantai dan hampir tidak terkeluar sesuatu (kentut)
kecuali dia akan menyedarinya.
Tambah Imam
al-Syafi’i lagi:
Yang
mewajibkan seseorang berwuduk kembali kerana tidur ialah hilangnya fungsi akal,
baik tidur ringan mahupun tidur nyenyak. Adapun orang yang fungsi akalnya tidak
hilang, baik tidur dengan posisi terlentang, dengan kepala yang
tersengguk-sengguk kerana mengantuk atau adanya bisikan hati, maka hal itu
tidak mewajibkan berwuduk kembali, sehingga dia yakin bahawa dia telah
berhadas.[10]
KESIMPULAN
Apabila kita
menghimpunkan segala dalil-dalil dan hujah-hujah di atas lalu kita cuba
menyatukan kesemua pendapat-pendapat ini maka dapatlah kita simpulkan bahawa
tidur yang membatalkan wuduk adalah tidur nyenyak sehingga menghilangkan
kawalan seseorang terhadap pancainderanya dalam apa jua posisi samada duduk,
baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain. Namun perasaan mengantuk
sehinggakan kepalanya tersengguk-sengguk yang mana seseorang itu tidak hilang
kawalan pancainderanya secara total dalam apa jua posisi dia berada samada
duduk, baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain tetap tidak
membatalkan wuduk.
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz
‘Abdullah bin Baz rahimahullah berkata:
Pendapat yang benar
dalam masalah ini bahawa tidur merupakan saat umum mengakibatkan hadas, maka
rasa mengantuk dan tidur ringan tidaklah membatalkan wuduk. Akan tetapi tidur
yang membatalkan wuduk adalah tidur yang dapat meghilangkan rasa (indera) secara
sempurna. Dengan demikian hadis-hadis yang disebutkan mengenai hal-hal ini
dapat dipadukan. Wallahu A’lam.[11]
Syaikh Kamal bin
as-Sayyid Salim pula berkata:
Tidur yang nyenyak
sehingga seseorang itu tidak sedarkan diri, tidak mendengar suara (di
sekelilingnya), tidak terasa sesuatu jika sesuatu jatuh dari tangannya atau
jika ada air liur keluar dari mulutnya dan lain-lain adalah tidur yang
membatalkan wuduk. Sebab tidur sebegini menunjukkan (berkemungkinan) terjadinya
hadas, samada dalam posisi berdiri, duduk, berbaring, rukuk atau sujud, tidak
ada bezanya semua posisi itu. … Tidur ringan yang berupa rasa mengantuk
sehingga apabila seseorang itu masih dapat merasa hal-hal yang kami sebutkan di
atas, maka bagaimanapun keadaan tidur seperti itu tidak membatalkan wuduk
dengan alasan hadis tertidurnya para sahabat sehingga kepala mereka
tersengguk-sengguk dan hadis Ibnu ‘Abbas ketika solat bersama Nabi shallallahu
'alaihi wasallam. Dengan demikian terkumpullah seluruh dalil-dalil tersebut
dalam bab ini, segala puji dan kurnia hanya milik Allah.[12]
Bagaimana pula jika seseorang
itu berada dalam keraguan samada tidurnya itu membatalkan wuduk atau tidak.
Menurut pendapat Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dalam Majmu al-Fatawa (jilid
21, ms. 230) yang lebih zahir sebagai hukumnya adalah tidak batal, sebab
kesuciannya telah kukuh dengan keyakinan sehingga tidak dapat dihilangkan
dengan keraguan.[13]
[3]
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab
al-Sholatu al-Musafirni wa Qasruha, no: 763.
[5]
Pendapat-pendapat ini penulis rangkumkan dari kitab Shahih Fikih Sunnah karya Syaikh Kamal
as-Sayyid Salim, Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu
Hajar, Fikih Thaharahkarya Dr. Yusuf
al-Qaradhawi dan Syarah Bulughul Maram oleh Syaikh ‘Abdullah
al-Bassam.
[7]
Rujuk Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap
Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq,, jilid 1, ms. 110.
[9]
Ini juga merupakan pendapat lama Syaikh al-Albani rahimahullah namun beliau telah
menarik kembali dari pandangan ini kerana satu peristiwa yang telah berlaku
terhadap dirinya. Beliau berkata:
Saya
pernah berfatwa bahawa orang yang tertidur dalam posisi duduk tidak perlu
berwuduk kecuali jika dia bersandar pada lambung sehingga seorang lelaki (yang
duduk di sebelahku) pada hari Jumaat, lalu dia tertidur kemudian dia
mengeluarkan angin (terkentut).
Saya
berkata: Berdiri lalu berwuduklah!
Orang
itu menjawab: Saya tidak tidur.
Saya
berkata: Benar, tetapi anda telah mengeluarkan angin yang membatalkan wuduk.
Kemudian
dia bersumpah: Demi Allah bahawa angin itu bukan keluar dari dirinya tetapi
dari anda.
Maka
saya tinggalkan keyakinan tentang tidurnya orang yang duduk dan menjaga sampai
tertidur atau kacaunya kesedaran hati. - Syaikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani,Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah
Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 111.
Penulis - Mohd Yaakub bin Mohd Yunus : Disemak Oleh - Tuan Hassan Tuan Lah
Berapa harga baju ni?
BalasPadamtapi bagaimana pula jika hanya baring tetapi tidak tidur? contohnya sementara menunggu isyak sy bermain fon sambil baring? adalah batal wudhu saya? mohon sangat pencerahan kerana persoalan ini sudah lama bermain di fikiran saya
BalasPadamtidak batal wuduk sbb tidak tidur.
BalasPadamtidak batal wuduk sbb tidak tidur.
BalasPadamapakah batal wuduk sy sementara menunggu waktu subuh. . sy tertidur siap mimpi lagi.... mohon pencerahan ustaz
BalasPadambila sy terjaga.. bergegas sy tunaikan solat subuh.
BalasPadamTempuh dlm 15 minit gitu.. bila terjaga bergegas sy tunaikan solat subuh...
BalasPadamxleh. solat xsah. kena g ambik wudhuk balik. tertidur pon xleh. kena g ambik wuduhu utk solat
Padam