My Home

Followers

Isnin, 8 Julai 2013

Kesaksian : Kelayakan Saksi Dan Kaedah Kesaksian Kesalahan Zina

KEPUTUSAN PEPRIKSAAN 'UNDANG-UNDANG ACARA': A



PENGENALAN
Syahadah atau kesaksian bermaksud memberitahu kebenaran ketika perjalanan prosiding mahkamah dengan menggunakan perkataan kesaksian tertentu bagi membuktikan hak atau kewajipan untuk kepentingan orang lain atau pihak lain. Ia juga ditakrifkan sebagai menyatakan tentang hak atau kepentingan untuk manfaat orang lainke atas pihak yang lain, berkaitan dengan hak Allah s.w.t atau hak orang lain. Keterangan yang diberikan mestilah jelas dan bukan berasaskan sangkaan atau syak. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jika kamu melihatnya dengan terang seperti terangnya sinar matahari, maka kamu patut menjadi saksi, jika kamu tidak melihatnya seperti demikian, tinggalkan sahaja.”
Kesakasian adalah satu keterangan yang sah di Mahkamah dan jika terdapat kesaksian yang sempurna, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain dari menghukumkan seperti yang dinyatakan oleh para saksi. Terdapat beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menunjukkan penerimaan kesaksian sebagai keterangan sah. Diantara firman Allah s.w.t :

“Dan janganlah kamu menyembunyikan  kesaksian, dan sesiapa yang menyembunyikan kesaksian sesungguhnya berdosalah hatinya.”

KONSEP KESAKSIAN (BAYYINAH DAN SYAHADAH)
Menurut Undang-undang.Perkataan al-syahadah dan al-bayyinah mempunyai kaitan yang sangat rapat sehingga perbincangan tentang keduanya tidak dapat dipisahkan dan saling berkait. Perkataan al-bayyinah berasal daripada perkataan arab ba-ya-na yang membawa maksud nyata dan terang. Dari sudut bahasa perkatan albayyinah juga membawa erti dalil atau hujah.Kamus Besar Arab-Melayu DBP menjelaskan perkataan al-bayyinah dengan maksud hujah keterangan. Dari sudut istilah, perkataan al-bayyinah sama ertinya dengan keterangan (evidence). Ibn Qayyim menjelaskan konsep albayyinah dengan maksudnya:
“Al-bayyinah adalah nama bagi segala sesuatu yang boleh menjelas dan menunjukkan kebenaran…. Perkataan al-burhan, al-ayah, al-tabsirah, al-’alamah, dan al-’amarah adalah mempunyai maksud yang sama dengan albayyinah….”
Perkataan al-bayyinah ini adalah umum dan ianya merangkumi semua bentuk keterangan yang digunakan untuk membuktikan kebenaran sesuatu perkara termasuklah al-syahadah, al-iqrar, alyamin dan al-qarinah.Perkataan al-bayyinah dalam al-Quran membawa maksud di atas seperti Ayat 25 Surah al-Hadid yang bermaksud:
 “Demi masa sesungguhnya kami telah utuskan Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan (al-bayyinat) yang nyata”.
Perkataan al-bayyinah disebut oleh Rasulullah dalam hadis baginda yang bermaksud: “Al-Bayyinah ke atas pihak yang menuntut sementara sumpah ke atas pihak yang engkar”.Pemakaian prinsip bayyinah di Malaysia adalah berasaskan antara lain kepada tafsiran secara bahasa dan istilah yang telah dinyatakan di atas iaitu bayyinah itu istilah umum merangkumi semua kaedah yang boleh menentukan kebenaran atau kepalsuan sesuatu yang dipertikaikan. Peruntukan mengenai bayyinah ini merupakan aspek yang terbesar yang membezakan antara undangundang keterangan Mahkamah Syariah dengan Akta Keterangan 1950.
Peruntukan undang-undang berkaitan bayyinah yang dipakai di Mahkamah Syariah Malaysia adalah seperti berikut:
Seksyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 menjelaskan;‘bayyinah’ ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah. Sementara perkataan “keterangan” termasuklah:
(a) bayyinah dan syahadah;
(b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;
(c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan
Mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar.Perkataan syahadah dan saksi ditafsirkan oleh sekyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 seperti berikut: “Syahadah” ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz “asyhadu” untuk membuktikan sesuatu hak atau kepentingan “saksi” tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh.Walaupun perkataan bayyinah ini umum, pemakaiannya di Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti antara lain syarat saksi, sifat saksi dan bilangan saksi.Ini bermaksud, samada seseorang saksi memberikan keterangan secara bayyinah atau syahadah, ia masih terikat dengan syaratsyarat tertentu yang digariskan oleh undang-undang. Berdasarkan pendekatan ini, saksi-saksi yang mempunyai hubungan yang diragui atau ditohmah samada kerana hubungan baik atau tidak dengan pihak-pihak dalam perbicaraan masih diterima keterangan mereka atas dasar bayyinah dan terpulang kepada pihak Mahkamah bagi menentukan status keterangan berkenaan.Pendekatan yang dikemukakan oleh sebahagian ulama yang meletakkan bayyinah itu sebagai umum adalah diterima pakai di dalam undang-undang Mahkamah Syariah di Malaysia. Pemakaian prinsip bayyinah dan perbezaannya dengan syahadah diperjelaskan di dalam bab 2 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 seperti huraian dalam syarat-syarat kelayakan saksi.
Menurut Mazhab Syafi‘i - Konsep Kesaksian Al-Syahadah dari sudut bahasa bermakna hadir. Ia juga bermaksud perkhabaran yang pasti (khabar qat‘i). Perkatan ini sama maknanya dengan al-bayyinah kerana melalui keterangan ini, sesuatu kebenaran dapat diperjelaskan. Perkatan al-bayyinatadalah kata jam‘ kepada al-bayyinah yang bermakna saksi kerana dengannya sesuatu hak dapat dijelaskan. Dari sudut istilah ia bermaksud suatu perkhabaran tentang sesuatu dengan lafaz yang khusus iaitu lafaz asyhadu (aku bersaksi atau aku naik saksi). Pensabitan kesaksian ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat AlQuran dan Hadith yang sahih.
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN KETERANGAN SAKSI
Antara syarat-syarat penerimaan keterangan saksi adalah seperti berikut:
1.    Saksi mestilah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.
2.    Kesaksian dibuat selepas pendakwaan dikemukakan.
3.    Kesaksian dibuat atas kehendak pihak yang bertelingkah  (litigan).
4.    Kesaksian dibuat dengan izin dan kebenaran mahkamah.
5.    Saksi menggunakan perkataan “ Saya bersaksi..” atau apa-apa perkataan yang membawa maksud yang sama
6.    Keterangan yang diberikan oleh saksi itu hanya berkaitan dengan perkara yang terdapat dalam dakwaan.
7.    Saksi tersebut memberikan penyaksianberasaskan keyakinan, pengetahuan dan maklumat dari dirinya sendiri, bukan disandarkan kepada kenyataan orang lain, dan bukan bercakap mewakili orang lain.
8.    Saksi hanya  memberikan kesaksian tentang  sesuatu yang didengar, dilihat olehnya. Saksi tidak boleh membuat kesimpulan daripada sesuatu kejadian.
9.    Jika mahkamah ragu ke atas sekumpulan saksi, mereka perlu dipisahkan, dan setiap dari mereka memberikan kesaksian secara berasingan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SEORANG SAKSI
 Berikut pula adalah syarat-syarat kelayakan bagi seorang saksi:
1.    Saksi mestilah baligh dan berakal.
2.    Saksi tersebut mengetahui sesuatu yang disaksiakannya.
3.    Saksi itu adil iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak mngekalkan dosa kecil serta menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruahnya.
4.    Saksi tersebut adalah muslim. Kesaksian orang bukan islam adalah harus jika kesaksian itu dibuat ke atas orang bukan islam juga. Kesaksian orang bukan islam ke atas orang islam dibolehkan menurut mazhab Hambali bagi menjadi saksi ke atas wasiat orang islam dalam masa musafir apabila tidak didapati saksi orang islam.
5.    Saksi mempunyai  ingatan yang baik iatu tidak pelupa dan nyanyuk.
6.    Tiada tohmah atau keraguan akibat dari hubungan yang baik atau hubungan yang buruk dengan seseorang yang berkaitan dengan kes yang dibacakan.
Bagi menjamin ketulusan saksi , islam mengkehendaki latar belakangnya disiasat sebelum mereka diterima untuk memberikan kesaksian. Penyiasatan ini dikenali sebagai  ‘ tazkiyah syuhud’. Penyiasatan ini dilakukan secara tersembunyi atau secara terbuka. Hakim perlu memastikan bahawa saksi yang benar-benar layak sahaja tampil untuk memberikan keterangan penyaksian . bagi mendapatkan maklumat yang tepat, mahkamah boleh melantik penyiasat-penyiasat yang dikenali sebagi muzakki yang membuat penyiasatan seterusnya melaporkan latar belakang bakal saksi kepada hakim.
Bilangan saksi adalah bergantung kepada bentuk kes yang dibicarakan. Empat orang saksi lelaki bagi kesalahan zina. Dua orang saksi bagi kesalahan hudud. Begitu juga bagi kes lain seperti nikah, rujuk, talaq, zihar , nasab dan wakalah (agensi) dan beberapa kes lain memerlukan dua orang saksi menurut sebahagian ulama. Manakala jumlah saksi yang lain seperti tiga orang lelaki, dua wanita bersama seorang lelaki, seorang lelaki dan seorang  wanita ditentukan menurut kes-kes yang berbeza.
Menurut Undang-undang, syarat-syarat saksi dijelaskan dalam Seksyen 83(1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 seperti berikut:Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka. Sementara itu subseksyen 83(2) hingga (7) menyebut bahawa orang yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas yakni syaratsyarat untuk memberikan syahadah adalah boleh memberikan keterangan sebagai saksi atas dasar bayyinah dan bukan syahadah.

Peruntukan-peruntukan berkenaan adalah seperti berikut:
Seorang yang bukan Islam adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak. Huraiannya ialah bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seseorang Islam boleh diterima, jika dikehendaki. Seseorang yang tidak adil ialah berwibawa untuk memberikan bayyinah tetapi tidak berwibawa memberikan syahadah.

 Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tak sempurna akal adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah tetapi tidak berwibawa memberikan syahadah. Huraiannya bayyinah seorang yang belum dewasa dalam kes kecederaan yang dilakukan oleh beberapa orang yang belum dewasa ke atas yang lain boleh diterima dengan syarat bahawa mereka tiada perselisihan faham dan mereka berada di tempat kejadian itu.

Seseorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau mengidap hilang ingatan adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah tetapi tidak berwibawa memberikan syahadah.

Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dengan pihak menentang adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah tetapi tidak berwibawa memberikan syahadah.Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan pihak menentang adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah tetapi tidak berwibawa untuk memberikan syahadah.

Seksyen 84 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Melaka 2002 membenarkan keterangan saksi bisu atas dasar bayyinah dengan syarat keterangan ini hendaklah diberikan dalam mahkamah terbuka. Sementara seksyen 85 menghuraikan bahawa  keterangan suami dan keterangan anak terhadap (menentang) isteri dan ibubapanya (atau sebaliknya) adalah diterima sebagai syahadah dan bayyinah mengikut mana yang sesuai.  Akan tetapi keterangan pihak-pihak tersebut untuk faedah pihak yang satu lagi adalah diterima sebagai bayyinah sahaja. Ini adalah kerana suami isteri , anak dan ibubapa adalah dianggap mempunyai hubungan baik dan ada tohmahan jika keterangan diberikan untuk faedah dan kebaikan pihak yang satu lagi, maka dengan sebab itu ia tidak memenuhi kehendak dan syarat syahadah
Menurut Mazhab Syafi‘i – Syarat Kelayakan Saksi Secara umumnya, syarat-syarat saksi menurut Imam al-Nawawi  ialah beragama Islam, merdeka, mukallaf, adil menjaga maruah dan tidak ada tohmahan. Syarat beragama Islam, dewasa dan berakal dikatakan sebagai telah diterima secara Ijma‘ oleh ulama.30
Perbincangan secara terperinci adalah seperti berikut:

1. Muslim dan baligh – al-Syafi‘i menegaskan bahawa kanak -kanak, hamba dan orang kafir tidak diterima kesaksian mereka. Tetapi jika semasa menyampaikan kesaksian (ada-syahadah) saksi berkenaan telah baligh, telah merdeka dan telah memeluk Islam, maka ia diterima.31 Kesaksian orang kafir ke atas muslim tidak diterima dan begitu juga kesaksian orang kafir ke atas orang kafir yang lain. Pendapat ini menyalahi pendapat Imam Abu Hanifah yang menerima kesaksian kafir ke atas kafir dan penerimaan Imam Ahmad dalam kes wasiat

2. Adil-Adil bermaksud meninggalkan dosa besar dan tidak berterusan atas dosa kecil.33 Terdapat di kalangan ulama mazhab Syafi‘i yang menerima kesaksian orang fasiq berdasarkan darurat (al-amthal fa al-amthal) kerana tidak ada yang adil namun begitu pendapat ini ditolak oleh Ulama lain seperti Ibn Abd al-Salam kerana ia bercanggah dengan maslahat.

3. Menjaga maruah - orang yang tidak bermaruah biasanya tidak malu dan akan melakukan apa sahaja tanpa segan silu seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah.35 Imam al-Nawawi mentafsirkan bermaruah sebagai berakhlak dengan akhlak yang boleh diterima berdasarkan zaman dan tempat serta‘urf termasuklah makan di pasar, berjalan dengan kepala tidak bertutup, mencium isteri di hadapan orang ramai, banyak bercerita, banyak ketawa, menyanyi dan banyak bermain.

4. Tiada tohmahan - syarat ini menekankan bahawa sesiapa sahaja yang memiliki tohmahan akan menyebabkan kesaksiannya ditolak. Ini kerana ia menimbulkan keraguan dan menjejaskan kebenaran kesaksian. Tohmah bermaksud ada kepentingan yang boleh dicapai atau ada kemudaratan yang boleh ditolak dengan kesaksian tersebut. Perkara ini boleh timbul akibat hubungan baik atau permusuhan. Tohmahan boleh timbul antara lain daripada situasi berikut:
a. Imam al-Syafi‘i mengatakan tidak harus kesaksian bapa bagi anaknya, cucu dan seterusnya ke bawah.

Demikian juga tidak diterima kesaksian bagi bapanya. Imam al-Nawawi menyebut tidak diterima
kesaksian anak-ibu bapa bagi faedah pihak masing -masing tetapi diterima jika menentang pihak-pihak tersebut. Imam al-Ramli menyebut penerimaan ini adalah kerana hubungan mereka biasanya baik dan tiada tohmah. Tetapi jika hubungan itu sudah tidak baik maka tidak diterima juga.
b. Kesaksian suami isteri adalah diterima. Mengikut Keterangan oleh seorang saksi lelaki yang adil mencukupi dalam hal melihat anak bulan. Keterangan seorang lelaki adalah mencukupi dalam kes-kes  seorang guru yang melibatkan murid sekolah, keterangan pakar dalam menilai barang rosak, keterangan mengenai penerimaan dan penolakan saksi, pemberitahuan mengenai pemecatan wakil serta keterangan tentang kecacatan dalam mana-mana barang jualan. Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi untuk buktikan fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan seorang perempuan. Dalam kes mal, jika plaintif hanya berjaya kemukakan seorang saksi, maka keterangan saksi itu hanya boleh diterima jika disertakan dengan sumpah plaintif berkenaan. Selain daripada bilangan saksi di atas, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau oleh seorang lelaki dan dua orang saksi perempuan.

Menurut Mazhab Syafi‘i –Bilangan Saksi. Bilangan saksi menurut mazhab Syafi‘i adalah seperti berikut:

1. Seorang saksi lelaki yang melihat anak bulan boleh diterima dalam mensabitkan masuk bulan Ramadhan menurut pendapat yang azhar. Tetapi Al-Imam al-Syafi‘imensyaratkan kesaksian dua orang saksi.
2. Empat orang lelaki disyaratkan dalam kes zina-sepakat dalam mazhab.
3. Dalam hal-hal lain dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki bersama dua orang wanita adalah diterima.
4. Bagi kes-kes yang biasanya dilihat oleh wanita, al-Nawawi mensyaratkan dua lelaki atau empat wanita. Imam alSyafi‘i menerima kesaksian wanita dalam hal-hal yang berkaitan aurat wanita atau yang biasanya hanya dilihat oleh wanita dengan syarat ia hendaklah disaksikan oleh empat orang wanita berdasarkan metode qiyas kepada arahan Allah bahawa seorang lelaki bersamaan dengan dua wanita. Menurut al-Syafi‘i lagi, dalam isu-isu lain wanita tidak boleh menjadi saksi tanpa bersama-sama mereka
saksi lelaki.
5. Kes-kes yang boleh menerima saksi seorang lelaki dan dua wanita boleh diganti dengan seorang saksi lelaki bersama sumpah.

KESAKSIAN DALAM PERTUDUHAN ZINA

Sebelum perbincangan ini berfokus kepada kaedah kesaksian dalam kes pertuduhan zina, diperjelaskan secara ringkas maklumat-maklumat berkaitan dengan zina:
Zina Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang  sah  mengikut  hukum  syarak (bukan  pasangan  suami  isteri)  dan  kedua- duanya  orang  yang  mukallaf, dan  persetubuhan  itu  tidak  termasuk  dalam  takrif (persetubuhan  yang  meragukan). Jika  seorang  lelaki  melakukan  persetubuhan  dengan  seorang  perempuan, dan  lelaki itu menyangka  bahawa  perempuan  yang  disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan  itu  bukan isterinya  atau  lelaki  tadi menyangka  bahawa  perkahwinannya dengan  perempuan  yang  disetubuhinya itu  sah  mengikut  hukum  syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan. Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al- Qur’an dan Al –Hadith yang  dikuatkuasakan  dalam  undang-undang  Qanun  Jinayah  Syar’iyyah  bahawa  orang yang  melakukan  perzinaan  itu  apabila  sabit  kesalahan  di  dalam  mahkamah  wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah  Subhanahu  Wa  Ta’ala  yang  bermaksud  :
“Perempuan  yang  berzina  dan  lelaki  yang  berzina, hendaklah  kamu  sebat  tiap-tiap seorang  dari  kedua-duanya  100  kali  sebat, dan  janganlah  kamu  dipengaruhi  oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang  dikenakan  kepada  mereka  itu  oleh  sekumpulan  dari  orang-orang  yang beriman”.  (Surah  An-  Nur ayat  2)
Zina terbahagi kepada dua :
1.  Zina  muhsan : Iaitu  lelaki  atau  perempuan  yang  telah  pernah  melakukan  persetubuhan  yang  halal (sudah  pernah  berkahwin)
2.  Zina  bukan  muhsan : Iaitu  lelaki  atau  perempuan  yang  belum  pernah  melakukan  persetubuhan  yang  halal (belum  pernah  berkahwin).
Perzinaan  yang  boleh  dituduh  dan  didakwa  dibawah  kesalahan  Zina  Muhsan  ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah  merasai  kenikmatan  persetubuhan  secara  halal. Penzinaan  yang  tidak  cukup  syarat-syarat  yang  disebutkan  bagi  perkara  diatas tidak boleh  dituduh  dan  didakwa  dibawah  kesalahan  zina  muhsan, tetapi  mereka  itu  boleh dituduh  dan  didakwa  dibawah  kesalahan  zina  bukan  muhsan  mengikut  syarat-syarat yang  dikehendaki  oleh  hukum  syarak.
Seseorang  yang  melakukan  zina  Muhsan, sama  ada  lelaki  atau  perempuan  wajib dikenakan  keatas  mereka  hukuman  had  (rejam)  iaitu  dibaling  dengan  batu  yang sederhana  besarnya  hingga  mati. Sebagaimana yang  dinyatakan  di  dalam  kitab  I’anah Al-  Thalibin  juzuk 2  muka  surat  146  yang  bermaksud  :
”Lelaki  atau  perempuan  yang  melakukan  zina  muhsan  wajib  dikenakan  keatas mereka had  (rejam), iaitu  dibaling  dengan  batu  yang  sederhana  besarnya  sehingga  mati”. Seseorang  yang  melakukan  zina  bukan  muhsan sama  ada  lelaki  atau  perempuan  wajib dikenakan  ke atas mereka  hukuman  sebat  100  kali  sebat  dan  buang  negeri  selama setahun  sebagaimana  terdapat  di  dalam  kitab Kifayatul  Ahyar juzuk 2  muka  surat  178 yang  bermaksud  :
”Lelaki  atau  perempuan  yang  melakukan  zina  bukan  muhsin  wajib  dikenakan  keatas mereka  sebat  100  kali  sebat  dan  buang  negeri  selama  setahun”.
Perempuan Yang Di Rogol Dan Di Perkosa
Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu. Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu  hukuman  rejam  dan  sebat. Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.
Liwat
Liwat  ialah  melakukan  persetubuhan  di  dubur, sama  ada  dubur lelaki  atau  dubur perempuan  walaupun  dubur isterinya  sendiri. Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj  perempuan  yang  bukan  isterinya, dan  juga  sama  hukumannya  dengan  berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan  buang  negeri  selama  setahun, jika  berliwat  dengan  bukan  muhsin. (Kifayatul  Ahyar juzuk 2 muka  surat  111-112)
Musahaqah (Lesbian)
Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan  dengan  mengeselkan  faraj  dengan  faraj  mereka  berdua  hingga mendatangkan  berahi  dan  merasa  kelazatan  dengan  sebab  pergeselan  faraj  diantara kedua-dua  orang  perempuan  itu. Musahaqah  adalah  suatu  perbuatan  yang  haram  dan  wajib  dikenakan  hukuman  takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan  kesalahan-kesalahan  yang  wajib  dikenakan  hukuman  takzir. Dan kesalahan  liwat  hendaklah  disabitkan  kesalahan itu  dengan  bukti  –bukti  sebagaimana yang  dikehendaki  oleh  syarak  untuk membuktikan  zina.
Mendatangi Binatang
Seseorang  yang  mendatangi  binatang  tidak  boleh  diistilahkan  sebagai  orang  yang berzina. Perbuatan  mereka  itu  boleh  diistilahkan  suatu  perbuatan  yang  haram  dan  keji yang  wajib  dijatuhkan  hukuman  takzir.
Bersetubuh  Dengan Orang Yang Telah Mati
Lelaki  yang  mensetubuhi  perempuan  yang  telah mati  yang  bukan  isterinya  tidak  boleh diistilahkan  melakukan  perzinaan, tetapi lelaki itu  wajib  dikenakan  hukuman  takzir. Begitu  juga  perempuan  yang  memasukkan  zakar lelaki  yang  telah  mati  yang  bukan suaminya  ke dalam  farajnya  tidak  boleh  juga  dikira  sebagai  berzina, tetapi  perempuan itu  wajib  juga  dikenakan  hukuman  takzir. Oleh  itu  bagi  perkara  tersebut  diatas lelaki  dan perempuan  itu  tadi  wajib  dikenakan hukuman  takzir sahaja  dan  tidak  boleh  dikenakan  hukuman  hudud.
BUKTI-BUKTI  UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA
Untuk mensabitkan  seseorang  itu  bersalah  dalam  kes zina  yang  wajib  dikenakan hukuman  hudud  mestilah  dibuktikan  dengan  salah  satu  perkara-perkara  berikut:-
i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah  Taala  yang  bermaksud:
”Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa’ – Ayat 15)
ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.
iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil bagi  perempuan-perempuan  yang  tidak  bersuami, atau  tidak  diketahui  perempuan  itu ada  suami.
KELAYAKAN SAKSI  –SAKSI DALAM  KES ZINA
Saksi-saksi  yang  layak untuk menjadi  saksi  dalam  kes kesalahan  berzina  yang  boleh diterima  penyaksiannya ialah  mereka  yang  memenuhi  syarat-syarat  berikut:-
1.  Empat  orang  lelaki
2.  Baligh, telah  dewasa  mengikut  syarat-syarat  yang  ditentukan  oleh  syarak.
3.  Berakal
4.  Orang  yang  adil, iaitu tidak  melakukan  dosa  besar dan  dosa  –dosa  kecil.
5.  Orang  Islam
6.  Saksi-saksi  itu  kesemuanya  mestilah  benar-benar melihat  dengan  matanya  sendiri masuk  kemaluan  lelaki itu  kedalam  kemaluan  perempuan  itu  seperti  keris masuk kedalam  sarungnya.
7.  Keterangan  saksi-saksi itu  mestilah  jelas, iaitu  menerangkan  secara  hakiki  masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara  kiasan.
8.  Saksi-saksi  itu  mestilah  melihat  sendiri  perzinaan  itu  dilakukan  dalam  satu  tempat yang  tertentu  dan  dalam  satu  masa  yang  sama  (tidak  berlainan  tempat  dan  masa).

PENUTUP
Tajuk yang pertama membincangakan tentang poligami di mana polemik poligami di Malaysia adalah berpunca dari ketidak fahaman masyarakat tentang konsep dan falsafah poligami sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Sekalipun perkahwinan poligami dibenarkan sebagaimana perceraian, namun kedua-duanya adalah tidak digalakkan. Sebaliknya poligami dan perceraian hanya boleh dilaksanakan sekiranya ia berfungsi sebagai penyelesai kepada masalah masyarakat. Bagaimanapun apa yang berlaku di Malaysia, pengamal poligami kebanyakannya tidak mematuhi samada yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Hadith juga sebagaimana yang diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam. Kerana itu isu poligami masih lagi terus dibincangkan. Apa yang tercatat dalam prosedur poligami di kebanyakan negeri dalam Malaysia bahawa perlunya mendapat kebenaran mahkamah dan kebenaran isteri sedia ada, merupakan salah satu cara untuk menjamin keadilan dan kebajikan isteri dan anak-anak. Yang pastinya kezaliman dari berpoligami bukanlah kerana sistem tersebut tetapi kerana masyarakat yang gagal untuk menghayatinya. Oleh itu walau apa pun bentuk perkahwinan samada monogami mahupun poligami, maka seseorang yang bergelar ketua keluarga itu mestilah memastikan supaya rumahtangganya di penuhi dengan unsur-unsur yang telah ditetapkan oleh al-Quran ayat 3 Surah aI-Rum, ayat 19 Surah al-Nisa' , ayat 237 Surah al-Baqarah dan ayat 32 Surah alNur. Nescaya perkahwinan monogami mahupun poligami tidak akan berlaku kezaliman dan penyelewengan dalam Institusi Kekeluargaan Islam.
Berkenaan dengan tajuk kedua iaitu kaedah kesaksian dan kelayakan saksi dalam Islam sebelum seseorang itu boleh didakwa dalam pertuduhan zina adalah satu garis panduan yang telah diperjelaskan oleh syarak bahawa perlunya menerima pengakuan daripada saksi yang baligh dan berakal, tidak lupa dan nyanyuk dan sebagainya. Zina adalah suatu kesalahan yang berat di dalam agama Islam, dan pelakunya jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman hudud yang telah ditetapkan oleh syarak. Menjatuhkan hukuman hudud bukan sesuatu perkara yang boleh diputuskan dengan mudah, tetapi memerlukan penelitian termasuk mendapat keterangan saksi yang benar-benar dipercayai.











RUJUKAN
1.    Dusuki Haji Ahmad. (1975). Poligami dalam Islam (pp. 2-7). Kuala Lumpur, Pustaka al-Hilal.
2.    Pahrol Mohamad Juoi. (2012, 05). Misteri Poligami Antara Keadilan dan Keseronokan. Majalah Solusi, 40, 16-20.
3.    Pahrol Mohamad Juoi. (2012, 05). Masih Adakah Yang Sudi. Majalah Solusi, 40, 11-23.
4.    Fatimah Syarha Mohd Noordin. (2011). Sebarkan Cinta-Mu . Kuala Lumpur, PTS Millenia Sdn Bhd.
5.    Ruzman Md. Noor, (2007). Kesaksian dalam konteks undang-undang keterangan mahkamah syariah di malaysia*: . Analisis dari perspektif mazhab syafi‘i, 1-126.
6.    Al-Hafiz, Abu Mazaya, Al-Sahafi, Abu Izzat, (2004), Fiqh Jenayah Islam, Kualalumpur; Al-Hidayah
7.    USt. Drs. Moh. Saifulloh Al Aziz S. 2002. Fiqih Islam Lengkap pedoman hukum ibadah umat islam dengan berbagai permasalahannya. Terbit Terang. Surabaya
8.    Raihanah Hj Abdullah, (2007). Poligami Di Malaysia. 1-20.
9.    http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/3ea69a7fa32ebe0348257535001a3879?OpenDocument






Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)