Followers
Isnin, 8 Julai 2013
Perbezaan Prosedur Poligami Di Malaysia: Kesan dan Akibat
Lensa rasa dari
Qirmumtaz
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah swt, kerana dengan limpah kurnianya, kerja kursus ini dapat disiapkan dalam masa yang di tetapkan. Jutaan ucapan terima kasih kepada Puan Zakiah Khassim selaku pensyarah subjek undang-undang acara yang telah banyak mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar sepanjang kelas beliau dan ucapan ini juga didedikasikan kepada keluarga yang banyak memberi sokongan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Segala pengorbanan dan bantuan kalian hanya Allah yang layak membalasnya. Semoga usaha ini dikira sebagai satu ibadah di sisi Allah. Terima kasih.
POLIGAMI
PENGENALAN
Poligami adalah sesuatu yang diharuskan dalam islam. Ini suatu ketetapan yang tidak dapat dinafikan. Ayat-ayat al-quran tentang keharusannya dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w tentang kewajipan berlaku adil, pembahagian giliran dan sebagainya dalam berpoligami menunjukkan betapa pengaturan syariat dalam hal ini telah diperincikan. Poligami juga boleh ditakrifkan sebagai perkahwinan yang melibatkan lebih daripada seorang isteri . Dari segi takrif perkataan yang paling sesuai ialah ‘poligni’ namun istilah yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat ialah ‘poligami’ yang bermaksud seorang lelaki boleh mempunyai lebih daripada seorang isteri.
Menurut Kamus Dewan (2007: 1222), poligami bermaksud amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama. Istilah dalam bahasa Arab ialah Ta’addud al-zawjat iaitu berbilang-bilang isteri. Manakala definisi syarak, poligami adalah amalan bernikah dengan memperisterikan wanita lebih dari seorang dan tidak melebihi empat orang mengikut syarat-syarat tertentu yang berkaitan dengan pernikahan tersebut. Di dalam tulisan ini perbincangan akan berfokus kepada perbezaan prosedur amalan poligami yang terdapat di berapa negeri di Malaysia dan kesan serta akibat daripada perbezaan prosedur ini. Di samping itu, di dalam tulisan ini juga akan dibincangkan kaedah yang difikirkan terbaik untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.
SEJARAH POLIGAMI
Poligami bukanlah amalan yang dimulakan oleh syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya ia telah bermula sebelum kedatangan Muhammad SAW lagi tetapi Islam datang dengan mengatur cara poligami dengan cara yang terbaik supaya ia tidak disalahguna dan tidak berlaku penganiyaan terhadap wanita dan anak-anak, bahkan ketika Islam datang membawa hukum-hukum tentang poligami masyarakat pada ketika itu telah biasa dan lumrah dalam mengamalkan poligami tetapi tanpa batasan dan peraturan.
Contohnya di negara-negara barat, sejarah di sana membuktikan bahawa poligami diamalkan oleh mereka dengan berleluasa walaupun undang-undang negara mencegahnya hingga memaksa kerajaan menggubal undang-undang mengharuskan poligami dengan syarat-syarat tertentu yang tidak adil dan zalim terhadap pihak isteri kedua dan seterusnya seperti mengharamkan mereka anak-anak dari mewarisi harta pusaka dan dijadikan atau dianggap seperti hamba sahaya hingga menyebabkan keadaan keluarga semakin teruk dan kucar-kacir kerana wanita hanya dijadikan alat untuk pemuas nafsu, tidak lebih dari itu kerana tiada langsung peraturan untuk menjaga kebaikan pihak isteri kedua dan seterusnya. Jika dilihat amalan poligami mereka maka jelaslah keindahan sistem poligami yang diatur oleh syariat Islam.
Begitu juga dengan masyarakat Romawi di zaman purba hinggalah kepada zaman pertama pemerintahan Kaisar, mereka menerima amalan poligami sebagai adat dan kebiasaan yang halal. Oleh sebab itu kebanyakan Kaisar dan rakyatnya memiliki ramai isteri, bahkan tidak ada paderi atau gereja yang menghalang perbuatan begitu dan paderi-paderi menikahkan penganut agamanya yang berpoligami tanpa sebarang bantahan. Perkara tersebut telah menjadi amalan mereka hinggalah Kaisar yang bernama Justinianus telah melarang amalan poligami yang akhirnya melahirkan budaya pelacuran dan hubungan haram di kalangan rakyatnya.
Tidak ketinggalan juga masyarakat di Timur seperti India dan Cina yang mengamalkan ajaran agama Hindu dan Budha. Walaupun agama tesebut sangat memandang rendah terhadap wanita hingga meletakkan mereka setaraf dengan racun dan penyakit bagi kaum lelaki tetapi penganut agama mereka tetap mengamalkan poligami dengan berleluasa kerana naluri mereka tidak menerima ajaran yang menolak hidup secara berkeluarga yang dianjurkan oleh agama Hindu dan Budha. Lebih dahsyat lagi, amalan di Cina yang mengiktiraf amalan menyimpan gundik iaitu perempuan-perempuan simpanan yang dianggap seperti isteri yang akan melahirkan keturunan yang ramai dan akan megembirakan roh-roh nenek moyang mereka.
Sama juga dengan kaum Yahudi dan Parsi yang tidak asing lagi amalan poligami dalam masyarakat mereka. Bezanya ialah kaum Yahudi mempunyai peraturan yang agak lebih bagus dari bangsa Parsi dalam berpoligami tetapi kaum Yahudi tidak mematuhi peraturan tersebut dan mereka mengamalkan poligami mengikut sesuka mereka tanpa sebarang batasan.
HUKUM POLIGAMI
Hukum asal dalam poligami adalah harus iaitu dibolehkan tetapi hukum tersebut boleh bertukar menjadi sunat, makruh atau haram mengikut sesuatu keadaan.
1. Harus Berpoligami
Dalil dari al-Quran yang mengharuskan poligami ialah firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat ketiga yang berbunyi:
÷bÎ)ur ÷LäêøÿÅz wr& (#qäÜÅ¡ø)è? Îû 4uK»tGuø9$# (#qßsÅ3R$$sù $tB z>$sÛ Nä3s9 z`ÏiB Ïä!$|¡ÏiY9$# 4Óo_÷WtB y]»n=èOur yì»t/âur ( ÷bÎ*sù óOçFøÿÅz wr& (#qä9Ï÷ès? ¸oyÏnºuqsù ÷rr& $tB ôMs3n=tB öNä3ãY»yJ÷r& 4 y7Ï9ºs #oT÷r& wr& (#qä9qãès? ÇÌÈ
dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Maksudnya: Jikalau kamu berasa takut kerana tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim (perempuan yang kamu jaga dan ingin berkahwin dengan mereka untuk mendapatkan harta mereka) maka nikahilah sesiapa yang baik untuk kamu daripada kalangan wanita (yang lain) sama ada dua, tiga dan empat orang. Justeru jika kamu berasa takut kerana tidak berlaku adil maka memadailah dengan seorang isteri sahaja atau sesiapa yang kamu miliki dari kalangan hamba sahaya. Perkara yang demikian adalah lebih hampir untuk kamu tidak melakukan kezaliman. (Terjemahan ayat-ayat al-Quran dan hadis dalam penulisan ini adalah dibuat oleh penulis sendiri dengan hanya merujuk kitab Tafsir Ibn Kathir yang berbahasa Arab)
Dalil kedua dari al-Quran juga ialah firman Allah SWT dalam surah yang sama pada ayat keseratus dua puluh sembilan yang berbunyi:
وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: Dan kamu tidak akan mampu berlaku adil terhadap kalangan isteri-isteri walaupun kamu bersungguh-sungguh melakukannya. Justeru, janganlah kamu cenderung dengan segala kecenderungan kepada seseorang sedangkan kamu meninggalkan yang lain seperti isteri yang tergantung. Dan sekiranya kamu berbaik-baik dan bertakwa maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun Maha Penyayang.
Selain dari dua ayat al-Quran di atas, terdapat ayat-ayat al-Quran lain yang menyentuh tentang poligami yang diamalkan oleh Nabi SAW. Antaranya ialah ayat kelima puluh dua dari surah al-Ahzab yang berbunyi:
w @Ïts s9 âä!$|¡ÏiY9$# .`ÏB ß÷èt/ Iwur br& tA£t7s? £`ÍkÍ5 ô`ÏB 8lºurør& öqs9ur t7yfôãr& £`åkß]ó¡ãm wÎ) $tB ôMs3n=tB y7ãYÏJt 3 tb%x.ur ª!$# 4n=tã Èe@ä. &äóÓx« $Y7Ï%§ ÇÎËÈ
Maksudnya: Tidak dibenarkan untuk engkau wahai Muhammad mengahwini wanita-wanita selepas ini dan tidak menukar isteri-isteri yang sedia ada dengan wanita-wanita tersebut walaupun kecantikan mereka menakjubkan engkau tetapi engkau boleh menambah hamba sahaya dan Allah adalah mengawasi ke atas setiap perkara.
Dalam hadis nabawi pula disebutkan tentang poligami dari banyak sudut. Antaranya ialah perbuatan Nabi SAW sendiri yang berpoligami selepas kewafatan Khadijah RadiAllahucanha. Baginda SAW telah memperisterikan sebelas orang perempuan pada satu waktu, mereka ialah Saudah binti Zumucah, Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah binti ucUmar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Zainab binti Jahsy, Juwairiyyah binti al-Harith, Ummu Habibah, Sofiyyah binti Huyyai Maimunah binti al-Harith dan Mariyah al-Qibtiyyah radiAllahuucanhunna ajmaucin.
Nabi SAW juga memerintahkan sahabatnya yang mempunyai isteri yang lebih dari empat orang semasa zaman jahiliahnya supaya memilih dan mengekalkan empat orang sahaja. Antara sahabat-sahabat tersebut ialah Ghailan al-Thaqafi, Naufal bin Muawiyah dan Qayis bin al-Harith radiAllahuucanhum. Dalam kisah Qayis bin al-Harith, beliau telah berkata:
Maksudnya: Ketika aku memeluk Islam aku mempunyai lapan orang isteri maka aku menceritakan perkara tersebut kepada Nabi SAW lalu Baginda bersabda: “pilihlah antara mereka empat orang sahaja”. (Sunan Abi Dawud: Al-Talaq)
2. Sunat Berpoligami
Namun hukum harus yang telah disebutkan di atas akan bertukar menjadi sunat atau digalakkan sekiranya lelaki atau si suami berhajat untuk menambah isteri kerana tidak cukup untuknya seorang isteri dari sudut seks atau sebagainya, begitu juga jika isteri sakit atau mandul sedangkan si suami tersangat inginkan anak disamping si suami amat yakin mampu memberi keadilan dalam berpoligami. Sekiranya begini keadaannya maka disunatkan untuk lelaki tersebut berpoligami kerana adanya kebaikan yang dibenarkan oleh syarak dalam situasi begitu. Oleh sebab itu ramai para sahabat Nabi SAW telah berpoligami kerana mereka termasuk dalam keadaan atau kategori begini.
3. Makruh Berpoligami
Poligami menjadi makruh sekiranya dilakukan tanpa sebarang hajat iaitu semata-mata untuk menambah kenikmatan dan bersuka-suka dan si lelaki bersifat syak tentang kudratnya dalam mewujudkan keadilan diantara isteri-isterinya. Poligami yang begini adalah makruh dan tidak digalakkan kerana dasarnya hanyalah untuk suka-suka dan kemungkinan akan berlaku kemudaratan dalam poligaminya kerana si suami tidak mampu berlaku adil dalam berpoligami. Hukum ini juga bersandar kepada hadis Nabi SAW, Maksudnya: Tinggalkan apa yang kamu syak dan ambillah apa yang kamu tidak syak. (Sunan al-Tirmizi: 2520)
4. Haram Berpoligami
Sekiranya seseorang lelaki beranggapan atau cenderung atau yakin bahawa dia tidak mampu berlaku adil berpoligami sama ada disebabkan kemiskinan, kelemahan seks atau tidak percaya dengan dirinya sendiri maka hukum berpoligami dalam keadaan begini adalah haram kerana terdapat kemudaratan terhadap orang lain sedangkan Nabi SAW telah melarang mendatangkan sebarang kemudaratan sama ada untuk diri sendiri atau terhadap orang lain dalam sabdaan Baginda, maksudnya: Tidak dibenarkan sebarang kemudaratan. (Sunan Ibni Majah: Kitab Al-Ahkam)
Begitu juga ayat dalam surah al-Nisa’ ayat ketiga yang telah disebutkan di atas melarang poligami jika boleh memudaratkan. (Mustafa Khin dll 2000: 31-32)
PERBEZAAN UNDANG-UNDANG POLIGAMI DI MALAYSIA
Negeri-negeri di Malaysia mempunyai peruntukan khusus tentang amalan poligami dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam masing-masing. Sebelum penyeragaman Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri dilaksanakan, prosedur permohonan poligami di beberapa buah negeri didapati tidak seragam.
Ketidakseragaman Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam mengenai poligami di negeri-negeri telah disalahgunakan oleh golongan-golongan tertentu. Peruntukan mengenai izin atau tidak daripada isteri ada terkandung dalam Seksyen 23 Akta 303, Pulau Pinang 1985, Johor 1990, Negeri Sembilan 1984, Seksyen 17 dalam Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 1979, Pahang, Selangor dan Melaka. Namun begitu, bagi Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, Terengganu dan Perak tidak memperuntukan bahawa pandangan isteri diperlukan untuk menentukan layak atau tidak seseorang suami itu berpoligami.
Syarat utama untuk berpoligami di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga di negeri Kelantan, Terengganu dan Perak hanyalah perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Qadi atau Hakim Syar’ie dan keputusan terletak pada kebijaksanaan Hakim sepenuhnya. Manakala syarat-syarat lain seperti kemampuan suami dari segi kewangan, keizinan atau pandangan isteri pertama sama ada patut atau perlu tentang perkahwinan yang dicadangkan dan suami boleh berlaku adil terhadap semua isteri adalah tidak diperuntukan dalam prosedur poligami di tiga buah negeri ini.
Penyeragaman Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri berdasarkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja pada bulan Mac 2001 telah membawa kepada beberapa pindaan penting dalam peruntukan undang-undang tentang poligami di kebanyakkan negeri di negara ini. Secara keseluruhannya, pindaan yang dibuat tertumpu pada penambahbaikan dari sudut prosedur permohonan poligami dan memberikan lebih perlindungan kepada isteri-isteri yang sedia ada. Pindaan ini dilihat sebagai usaha memperkemas undang-undang poligami sedia ada dan menjaga kebajikan semua pihak terutama kepada isteri-isteri dan anak-anak dari teraniaya
PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI MENURUT ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR)
Sesungguhnya Hukum Syarak telah memberi kebenaran kepada lelaki Islam untuk berkahwin dengan empat orang isteri dalam satu-satu masa, namun terdapat peruntukan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor telah meletakkan beberapa syarat kepada lelaki sebelum mereka dibenarkan berpoligami.
Seksyen 23 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor memperuntukan :
“ Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.”
Berdasarkan peruntukan di atas, lelaki yang ingin berpoligami hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim Syarie. Sekiranya kebenaran ini tidak diperolehi maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan kecuali setelah Mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan itu sah menurut Hukum Syarak. Perkara ini telah dinyatakan dalam Seksyen 23 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor iaitu :
“ Tiada Perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya perkahwinan itu di daftarkan tertakluk kepada seksyen 124.”
Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor juga telah menyatakan bahawa permohonan untuk mendapatkan kebenaran poligami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang telah ditetapkan dan disertai dengan suatu iqrar.
Antara isi kandungan ikrar atau akuan ini ialah :
1) Menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu;
2) Pendapatan pemohon pada masa itu;
3) Butir-butir komitmennya dan kewajipan serta tanggungan kewangannya yang patut ditentukan;
4) Bilangan orang tanggungannya termasuk orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan;
5) Sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya sedia ada terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu telah diperolehi atau tidak.
Manakala Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor menyatakan, apabila Mahkamah menerima permohonan kebenaran berpoligami, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya sedia ada, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir semasa permohonan itu didengar. Pendengaran permohonan diadakan secara tertutup
Berdasarkan Seksyen 23 (5) (a) (b) (c) dan (d) Mahkamah perlu berpuas hati terhadap empat perkara sebelum memberi kebenaran berpoligami iaitu :
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal seperti kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia;
(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan yang adil kepada semua isterinya menurut Hukum Syarak; dan
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri atau isteri-isteri sedia ada.
Dalam memenuhi perkara pertama dan kedua, pihak suami perlu mengemukakan bukti bertulis seperti laporan perubatan tentang ketidakupayaan isteri serta penyata gaji yang menunjukkan beliau layak dari segi kewangan untuk menanggung kesemua isteri dan anak-anak. Perkara ketiga dan keempat memerlukan keterangan pihak suami sendiri atau dikemukakan dua saksi lelaki untuk mengesahkan keupayaan pihak suami untuk memberikan layanan yang adil dan saksama kepada semua isteri.
Beban pembuktian syarat-syarat permohonan poligami ini adalah terletak pada suami dan dia perlu membuktikannya bukan sekadar secara lisan di hadapan Hakim tetapi juga seperti yang telah dinyatakan, disokong dengan dokumen bertulis dan saksi-saksi yang dapat mengesahkan kedudukan dan keterangannya.
Berdasarkan kes Aishah binti Abdul Rauf lwn Wan Mohd Yusof bin Wan Othman yang mana Jawatankuasa Rayuan telah membenarkan rayuan si isteri dan kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Syariah diketepikan. Jawatankuasa Rayuan tidak berpuas hati sama ada keperluan-keperluan dalam perenggan (a), (c), dan (d) telah dibuktikan. Menurutnya keempat-empat keperluan ini sama penting dan hendaklah dibuktikan secara berasingan. Pemohon juga tidak memberi apa-apa alasan mengapa dia patut berpoligami dan dengan itu gagal memenuhi syarat dalam perenggan (a). Menurut Jawatankuasa jika satu syarat tidak dipenuhi, ini mencukupi untuk menolak permohonan. Jawatankuasa Rayuan juga mendapati bahawa Hakim gagal memberi penjelasan atas keterangan pemohon yang mana beliau telah berpuas hati bahawa pemohon berupaya berlaku adil. Jawatankuasa Rayuan telah memutuskan bahawa keempat-empat syarat itu tidak bertentangan dengan al-Quran kerana ia mempastikan keadilan dalam berpoligami yang dituntut sebagai wajib oleh al-Quran.
Seterusnya berdasarkan Seksyen 23 (6) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor telah memperuntukan supaya satu salinan permohonan dan akuan berkanun yang telah dinyatakan di atas hendaklah diserahkan bersama dengan saman kepada tiap-tiap isteri sedia ada. Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa sebelum ini seorang isteri tidak akan mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin untuk kali kedua atau seterusnya. Namun melalui peruntukan yang ada sekarang membolehkan mereka mengetahui niat suami untuk berkahwin lagi melalui saman dan permohonan yang diserahkan kepada mereka. Akhir sekali, jika terdapat mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah maka rayuan boleh dibuat ke atas keputusan itu.
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
Menurut Seksyen 23. Poligami.
(1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.
(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.
(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Pulau Pinang seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Pulau Pinang dan perkahwinan di luar Negeri Pulau Pinang seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Pulau Pinang.
(4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan kewangan dan tanggungan yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.
(5) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi maklumat mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak daripada segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut dikehendaki Hukum Syarak; dan
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
(6) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (4) dan iqrar yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada dan perempuan yang bakal dikahwini.
(7) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004.
(8) Mana-mana orang yang membuat akad nikah bersalahan dengan subsekyen (1) hendaklah membayar dengan serta merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.
(9) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam semua perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Pulau Pinang di bawah Enakmen ini.
(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan itu—
(a) untuk menghendaki seseorang lelaki untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau
(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
Seksyen 23. Poligami
(1) Tiada seorang lelaki pun semasa berterusannya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.
(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.
(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Perak Darul Ridzuan dan perkahwinan di luar Negeri Perak Darul Ridzuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.
(4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennnya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperoleh atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.
(5) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan
(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari'e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
(6) Suatu salinan permohonan di bawah subseksyen (4) dan iqrar yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas setiap isteri yang sedia ada.
(7) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Mal (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 7 Tahun 2004].
(8) Mana-mana orang yang membuat akad nikah berlawanan dengan subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, hendaklah dituntut sebagai hutang.
(9) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam segala perkara dengan yang terpakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah Enakmen ini.
(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan itu-
(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada; atau
(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperoleh oleh mereka dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.
POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA DAN PERBEZAANNYA
Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Menurut seksyen 23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan memberi butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan.
Selain dari itu pemohon juga kena menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut. Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984, iaitu:
1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
Persoalan sama ada keempat-empat syarat di atas perlu dipenuhi kesemuanya dalam satu-satu permohonan telah diputuskan dalam kes Aishah lwn Wan Mohd Yusof, [1990] 3 MLJ 1x dan [1991] JH VII, yang dibicarakan dalam Jawatan Kuasa Rayuan Mahkamah Syariah Selangor. Hakim membuat keputusan bahawa keempat-empat syarat yang disebut di bawah Sek. 23(4) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor adalah sama pentingnya dan hendaklah dibuktikan berasingan oleh pihak suami.
Perkara sama juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Ulang Bicara Selangor dalam kes Rajamah lwn Abd Wahab, [1990] JH 171. Oleh sebab suami gagal membuktikan bahawa dia dapat memenuhi kesemua syarat dan keperluan dalam Sek 23(4) tersebut, Mahkamah menolak permohonan suami untuk berpoligami.
Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati mereka. Sebagai pengiktibaran yang paling baik dapat dilihat dalam kes Ruzaini lwn Nurhafizah, [2002] JH 79 memperlihatkan bagaimana adilnya hakim dalam membicarakan kes permohonan berpoligami. Walaupun mendapat keizinan dari isteri untuk berkahwin lagi satu, mahkamah tetap tidak meluluskannya kerana sangsi dengan kemampuan suami untuk berlaku adil dengan kedua-dua isteri dan tanggungan.
Seterusnya bagi mengelakkan penganiayaan terhadap wanita, AUKI 1984 juga memperuntukkan penalti bagi lelaki yang tidak memperolehi kebenaran Mahkamah tetapi tetap juga berkahwin lagi secara poligami. Seksyen 123 menyebut bahawa lelaki yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi menjaga dan memelihara hak isteri daripada menjadi mangsa ketidak adilan oleh suami, undang-undang juga menerusi Seksyen 128 AUKI 1984 memperuntukkan bahawa seorang suami yang tidak memberi keadilan yang sewajamya kepada isteri telah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Peruntukan ini selaras dengan ajaran Islam yang menekankan pentingnya kaum wanita itu dilindungi dari penyalahgunaan amalan poligami yang sememangnya dihalalkan ini. Penekanan juga perlu dibuat supaya suami yang berpoligami memberikan keadilan yang sempurna dan secukupnya kepada para isteri.
Walaupun terdapat perbezaan bagi peruntukan berpoligami di setiap negeri di Malaysia tetapi pada dasarnya peruntukan tersebut sebenarnya mempunyai persamaan bagi sesetengah negeri. Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak, mempunyai peruntukan yang begitu terperinci yang memerlukan kebenaran, akuan, bagaimana permohonan diproses, cara keputusan dicapai, ruang untuk membuat rayuan dan penalti.
Bagi negeri Kelantan dan Terengganu pula, peruntukan poligaminya tidak begitu terperinci. Peruntukan yang ada hanyalah menyentuh tentang perlunya kebenaran dan penalti yang dikenakan sekiranya poligami dilakukan tanpa kebenaran. Enakmen Undang-undang di kedua-dua negeri ini tidak menyebut tentang perlunya akuan, cara diproses, bagaimana keputusan dicapai mahupun tentang ruang untuk merayu. Namun demikian, kebenaran bertulis masih lagi diperlukan oleh mahkamah atau Kadi atau Hakim Syarie untuk berpoligami.
Satu-satunya negeri yang mempunyai peruntukan poligami lain dari yang Iain ialah negeri Perak. Peruntukan poligami negeri ini hanya menyentuh tentang perlunya pemohon mendapatkan pengesahan dari Kadi dan penalti akan dikenakan jika ia gagal berbuat demikian. Pemohon mestilah mendapatkan pengesahan secara bertulis dari Kadi bahawa dia telah membuat pengesahan di hadapan Kadi yang dia akan berlaku adil terhadap isteri-isterinya. (Sahlawati 2004: 32)
Masyarakat Islam di Malaysia masih gemar perkahwinan poligami dijalankan tanpa mendapat kebenaran mahkamah. Oleh sebab yang demikian peruntukan penalti telah disediakan dalam setiap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri bagi menjamin hak isteri.
Berikut disenaraikan hukuman atau penalti bagi kesalahan poligami tanpa izin mahkamah yang diperuntukkan oleh akta dan enakmen Undang-undang Keluarga Islam bagi beberapa buah negeri di Malaysia.
Di Selangor, seseorang lelaki yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah boleh dihukum denda tidak lebih dari RM1000 atau hukuman penjara tidak melebihi tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Selain itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan. Lelaki itu juga akan dikehendaki membayar dengan serta-merta jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isterinya.
Di Johor pula poligami tanpa kebenaran bertulis dari mahkamah adalah suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM1000 atau hukuman penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Seseorang lelaki yang berkahwin lebih dari seorang tanpa kebenaran bertulis dari mahkamah juga tidak boleh didatarkan dan lelaki ilu dikehendaki membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada. Sekiranya tidak dibayar, ia boleh dituntut sebagai hutang.
Manakala di Negeri Sembilan poligami yang dilakukan tanpa kebenaran daripada Mahkamah Syariah jika disabitkan boleh dikenakan hukuman denda dengan jumlah tidak melebihi RM1000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Di Perak enakmen undang-undangnya menyatakan bahawa seseorang lelaki yang berpoligami tanpa izin daripada Mahkamah Syariah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1000 ataupun penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
Di Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang berpoligami dengan tidak menerima kebenaran bertulis daripada mahkamah terlebih dahulu boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
Di Terengganu jika seseorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan lain di mana-mana tempat dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada tanpa kebenaran bertulis daripada Hakim Syarie, boleh dihukum denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi tempoh 6 bulan.
Di Kelantan seseorang lelaki yang berpoligami tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Mahkamah Kadi, perkahwinan itu boleh didaftarkan tertakluk kepada denda tidak melebihi RM300 alau penjara tidak lebih dari 1 bulan atau kedua-duanya.
Di Kedah poligami yang dibuat tanpa izin mahkamah boleh dihukum denda tidak melebihi RM500. Mahkamah juga boleh memerintahkan agar pesalah membayar pampasan atau apa-apa bayaran yang masih terhutang oleh pesalah kepada isteri atau isteri-isterinya.
Di Perlis seseorang lelaki yang melakukan poligami tanpa kebenaran bertulis daripada mahkamah boleh dihukum dengan hukuman denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali
Di Pulau Pinang pula seseorang lelaki yang didapati melakukan poligami dengan tidak mendapat keizinan terlebih dahulu daripada mahkamah boleh dihukum dengan hukuman denda sejumlah tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Di Sarawak poligami yang dilakukan tanpa kebenaran Hakim Syarie, tidak boleh didaftarkan. Pihak suami boleh dihukum denda tidak lebih RM500 atau hukuman penjara tidak lebih 3 bulan. Suami juga mesti membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada. Sekiranya tidak dibayar maka ia boleh dituntut sebagai hutang.
Akhir sekali bagi negeri Pahang dan Melaka tiada peruntukan penalti untuk poligami tanpa kebenaran mahkamah.
Jika diteliti, kesemua negeri-negeri yang telah dinyatakan menetapkan hukuman denda atau penjara yang tidak seragam. Namun demikian terdapat juga beberapa buah negeri yang mempunyai peruntukan penalti yang sama seperti negeri Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan. Secara keseluruhannya, setiap negeri mempunyai peruntukan penalti poligami tanpa kebenaran mahkamah sama ada hukumannya lebih berat atau ringan tetapi terdapat juga negeri yang masih tidak mempunyai peruntukan tersebut.
POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam bagi setiap negeri di Malaysia telah memperuntukan peraturan yang mesti dipatuhi bagi setiap suami yang ingin berpoligami. Peruntukan ini diwujudkan bagi menghindari agar kemudahan berpoligami yang diharuskan oleh Islam tidak disalahgunakan dan agar tujuan, syarat dan tanggungjawab poligami dipenuhi.
Walaupun begitu, masih terdapat kaum lelaki Islam di Malaysia ini melanggar peruntukan yang sedia ada walaupun sedia maklum akan peruntukan yang ada ini dengan berpoligami tanpa mendapatkan kebenaran Mahkamah.
Poligami tanpa kebenaran Mahkamah ini bermaksud ialah seorang lelaki yang telah mempunyai isteri telah berkahwin dengan perempuan lain tanpa mendapatkan keizinan secara bertulis dari Mahkamah bagi membenarkan dia berkahwin seorang lagi.
Berdasarkan Sekyen 23 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor telah menyatakan bahawa poligami yang dilakukan tanpa kebenaran Mahkamah tidak boleh didaftarkan melainkan Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan sedemikian sah mengikut Hukum Syarak dan pendaftaran perkahwinan tertakluk di bawah Seksyen 124.
Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor telah menyatakan bahawa :
“Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.”
Berdasarkan peruntukan di atas menunjukkan poligami tanpa kebenaran Mahkamah adalah merupakan satu kesalahan dan mematuhi peraturan-peraturan untuk permohonan kebenaran poligami adalah satu perkara yang penting bagi menjamin keadilan dapat dilaksanakan serta kebajikan semua isteri akan terpelihara.
PROSEDUR PENDAFTARAN NIKAH POLIGAMI
Peraturan ketat yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam berkaitan poligami telah menyebabkan pihak suami mengambil jalan mudah untuk berkahwin dengan perempuan lain iaitu dengan bernikah di negara lain tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Negara yang sering menjadi tumpuan untuk melaksanakan tujuan mereka ini ialah di Thailand dan Indonesia.
Seksyen 23 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor memperuntukkan perkahwinan poligami tanpa kebenaran Mahkamah tidak boleh didaftarkan melainkan setelah Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan itu sah mengikut Hukum Syarak.
Prosedur pendaftaran poligami tanpa kebenaran mahkamah di Negeri Selangor dimulakan dengan pihak-pihak membuat laporan berkaitan perkahwinan tersebut di Pejabat Agama Islam di mana sepatutnya perkahwinan itu berlaku. Siasatan akan dibuat oleh Pejabat Agama Islam dan kes tersebut akan di panjangkan ke bahagian pendakwaan untuk proses pendakwaan. Pendakwa pula akan membawa kes tersebut kepada Hakim Syar’ie untuk disahkan.
Prosedur selanjutnya Hakim Syarie akan memanggil pasangan berkenaan dengan dua orang saksi bagi mengukuhkan ketarangan pasangan tersebut. Di peringkat ini, mahkamah akan menetapkan sama ada perkahwinan sebagai sah atau terbatal. Setelah penentuan kesahan perkahwinan, kes akan dibawa semula ke unit pendakwaan. Pendakwa akan menjalankan siasatan dan meneruskan pendakwaan ke atas pasangan tersebut atas pertuduhan berpoligami tanpa kebenaran. Jika sabit kesalahan, pasangan akan dikenakan penalti. Setelah selesai pendakwaan, pihak-pihak hendaklah menfailkan permohonan pendaftaran nikah di Mahkamah Tinggi Syariah.
Seksyen 23 (9) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor perlulah dipatuhi, iaitu peraturan pendaftaran perkahwinan itu mestilah sama dengan mana-mana perkahwinan yang didaftarkan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri-negeri. Ini bermakna sebelum Mahkamah mengesahkan dan mendaftarkan perkahwinan poligami yang dilaksanakan di luar negara maka Seksyen 23 (4) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor perlulah dipatuhi terlebih dahulu iaitu dengan memanggil isteri yang sedia ada dan isteri yang baru dikahwini untuk hadir. Secara tidak langsung ia dapat mengelakkan suami daripada menyembunyikan perkahwinan yang baru itu dari isteri yang sedia ada dan membolehkan remedi-remedi yang diperuntukkan di bawah Seksyen 23 (10) seperti pembayaran nafkah dan pembahagian harta sepencarian dapat dilaksanakan.
FAKTOR POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH
Peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri berkaitan dengan permohonan poligami adalah merupakan prosedur yang perlu diikuti oleh sesiapa sahaja yang ingin berkahwin lebih dari satu. Peruntukan ini bertujuan untuk memastikan bahawa poligami tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya, namun peruntukan ini belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya kerana masih ada golongan suami yang melanggar peruntukan yang ada ini dengan berpoligami tanpa izin mahkamah.
Antara faktor berlakunya perkahwinan poligami tanpa kebenaran ialah :
a. a. Prosedur permohonan poligami yang ketat
Peraturan yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri sering kali dilihat sebagai sesuatu yang rumit dan membebankan bagi sesetengah suami. Ini kerana, mereka menganggap proses poligami akan memakan masa dan amat merumitkan. Dengan sebab ini, mereka mengambil jalan mudah dengan bernikah di negara lain tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.
Sesungguhnya undang-undang yang ada ini bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi undang-undang yang ada ini adalah merupakan undang-undang pentadbiran yang bertujuan untuk mentadbir proses poligami agar teratur, licin dan menepati tujuan dan syarat berpoligami. Orang yang diberikan amanah untuk memberi kata putus di dalam perkara ini adalah Hakim yang memang merupakan orang yang berwibawa di dalam perkara ini. Bagi pihak yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim masih berpeluang membuat rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. Proses ini sebenarnya bertujuan memastikan yang keputusan Mahkamah walaupun di dalam perkara poligami ini adalah merupakan keputusan yang adil dan matang serta jauh dari dari dorongan perasaan atau keinginan nafsu kerana adanya sistem rayuan terhadap keputusan Mahkamah.
b. Dakwaan bahawa peruntukan yang ada bertentangan dengan Hukum Syarak
Terdapat juga sesetengah pihak berpendapat bahawa peruntukan yang ada ini bertentangan dengan Hukum Syarak yang menghalalkan poligami. Undang-undang yang ada menyekat suami dari berkahwin lebih dari satu sedangkan ianya telah dihalalkan oleh Islam. Ini menyebabkan pihak suami menganggap bahawa mereka boleh melakukan poligami tanpa keizinan dari pihak Mahkamah.
Pendapat ini kurang tepat kerana tujuan undang-undang tadi diwujudkan adalah bukan untuk menyekat dan mengharamkan poligami, tetapi ianya bertujuan untuk memastikan yang ianya tidak disalahgunakan yang akhirnya mendatangkan kezaliman kepada isteri-isteri dan anak-anak, memudaratkan hidup mereka dan merosakkan pendidikan dan psikologi anak-anak mereka.
Peruntukan yang ada ini juga adalah bagi memastikan keadilan kepada isteri sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Surah al-Nisa’ ayat 3 yang menyatakan dengan jelas jika suami tidak dapat berlaku adil dan memudaratkan isteri maka mereka diarahkan beristeri hanya seorang sahaja. Maka peruntukan yang terdapat dalam enakmen negeri-negeri ini tidak bertentangan dengan Hukum Syarak kerana peruntukan yang ada ini adalah bagi memastikan keadilan bagi pihak isteri.
c. Tidak mendapat kebenaran isteri
Antara faktor yang menyebabkan pihak suami berpoligami tanpa izin mahkamah adalah kerana tidak mendapat keizinan isteri atau isteri-isteri sedia ada. Berdasarkan Seksyen 24 (4) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor ada menyatakan mengenai keizinan dan pandangan daripada isteri-isteri yang sedia ada terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
Persoalan keizinan isteri pertama ini telah menjadi isu hangat pada suatu ketika dahulu terutamanya apabila negeri Perlis melonggarkan syarat berpoligami di negeri itu termasuklah membenarkan poligami tanpa perlu merujuk kepada pandangan isteri pertama. Kelonggaran ini telah mendapat bantahan pihak NGO wanita kerana langkah itu menghina kaum wanita. Menurut Mufti Perlis, tujuan utama kelonggaran syarat berpoligami itu adalah untuk menghentikan amalan rakyat Malaysia lari berkahwin di negeri lain terutamanya di Selatan Thailand.
Menurut Hukum Syarak, syarat yang memerlukan izin isteri yang pertama untuk berpoligami adalah tidak mutlak. Walaupun begitu, masalah ini telah diselesaikan dengan adanya peruntukan lain dalam Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri-negeri yang menghendaki Mahkamah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isteri sedia ada hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan secara tertutup tentang perkahwinan yang dicadangkan apabila permohonan berpoligami diterima oleh Mahkamah. Secara tidak langsung, permohonan pihak suami masih tertakluk pada pandangan isteri dalam menentukan sama ada pemohon layak berpoligami atau sebaliknya. Di sini menunjukkan kepentingan dan keperluan pihak isteri untuk hadir ke Mahkamah dalam menentukan suami benar-benar layak atau tidak untuk berpoligami.
Walaupun suami mendapat keizinan isteri yang sedia ada untuk berpoligami namun Mahkamah tetap mengambil kira faktor kelayakan suami untuk berkahwin lagi. Ini kerana terdapat kes yang mana Mahkamah menolak permohonan poligami walaupun telah mendapat keizinan isteri pertama kerana suami gagal membuktikan bahawa dia berkemampuan untuk beristeri lebih dari seorang. Sesungguhnya keizinan dari pihak isteri bukanlah terus membolehkan pihak suami berpoligami tetapi ianya sebagai syarat untuk mendapatkan keterangan isteri dan membantu Mahkamah dalam memutuskan pihak suami layak atau tidak berpoligami.
d. Permohonan poligami ditolak
Faktor berlakunya poligami tanpa izin Mahkamah juga ialah disebabkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bertulis dari mahkamah untuk berpoligami telah ditolak kerana Mahkamah dapati bahawa pemohon tidak layak dan tidak mampu untuk beristeri seorang lagi. Ini menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan berkahwin di negara lain tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.
KESAN POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH
Poligami tanpa kebenaran Mahkamah akan mengakibatkan beberapa kesan antaranya ialah :
a. Kesan dari sudut undang-undang
Mengikut peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor di bawah Seksyen 124 menyatakan dengan jelas bahawa suami yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis dari mahkamah maka dianggap telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan penalti iaitu denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara.
Suami yang berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah juga mestilah memulangkan dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian kepada isteri yang sedia ada sekiranya masih belum dijelaskan semasa akad nikah dan jika suami gagal berbuat demikian, jumlah tersebut boleh dituntut sebagai hutang oleh isteri sedia ada. Mungkin pada masa ini jarang berlaku mas kahwin dan pemberian yang tidak dijelaskan semasa majlis akad nikah. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku ia tetap dianggap hutang terutama mas kahwin kerana mengikut Hukum Syarak, wajib bagi seorang suami untuk membayarnya dan merupakan hak eksklusif seorang isteri yang tidak boleh diambil oleh suami.
b. Kesan kepada institusi keluarga
Poligami tanpa kebenaran Mahkamah ini biasanya dilakukan tanpa pengetahuan isteri sedia ada atau anak-anak. Oleh itu, tanggungjawab dan hak yang sepatutnya dilaksanakan tidak dapat disempurnakan sebaik mungkin kerana suami dan isteri kedua terpaksa hidup dalam buruan. Pasangan ini tidak dapat untuk memupuk kasih sayang dalam keadaan biasa kerana takut perkahwinan mereka diketahui oleh isteri pertama.
Kesan berpoligami secara rahsia ini juga boleh menyumbang kepada kadar perceraian kerana isteri rasa ditipu dan dikhianati oleh suami sendiri. Ini mungkin juga disebabkan oleh sikap suami yang mula mengabaikan tanggungjawabnya selepas beristeri baru.
c. Kesan kepada pasangan
Poligami yang dilakukan tanpa kebenaran Mahkamah biasanya akan mendatangkan kesan yang rumit terutamanya jika berlakunya perceraian kerana perkahwinan ini tidak memenuhi peruntukan Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri.
Perkahwinan tanpa kebenaran ini tidak semestinya tidak sah kerana ia mungkin telah memenuhi kehendak rukun dan syarat-syarat Hukum Syarak. Walau bagaimanapun sekiranya perkahwinan itu didapati tidak sah, maka pasangan akan difaraqkan (dipisahkan) dan akan dikenakan penalti. Selain itu, isteri juga tidak dapat menuntut sebarang hak dalam perkahwinan seperti tuntutan nafkah isteri dan anak-anak, hak penjagaan, tuntutan harta pusaka sekiranya suami meninggal dunia dan sebagainya. Pihak perempuan juga tidak boleh memohon pembubaran perkahwinan kerana perkahwinan memang tidak wujud dari awal lagi.
d. Kesan kepada anak-anak
Sah atau tidak perkahwinan poligami tanpa kebenaran Mahkamah perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah Akta atau Enakmen yang berkuatkuasa. Penentuan kesahan perkahwinan ini akan menimbulkan isu berkenaan kedudukan anak-anak yang lahir hasil daripada perhubungan itu. Jika perkahwinan poligami tanpa kebenaran ini diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak sah, anak-anak yang dilahirkan adalah dianggap anak luar nikah yang mana status hubungannya dengan “bapa” tidak wujud sama sekali. Akibatnya, anak-anak ini akan menghadapi pelbagai masalah di masa hadapan.
CONTOH KES POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM
Kes Pertama : Satari bin Amat dan Khatijah binti Jumari lwn Rohana binti Bohari
Fakta Kes : Pemohon 1 dan 2 telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk mendapatkan perintah pengesahan daftar nikah poligami. Mereka telah bernikah pada 14 Januari 2002 di Gopeng Perak Darul Ridzuan. Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Aleya Natasha dan Nur Aleya Syawalina..
Pada 19 November 2007, Pemohon 1 telah membuat laporan berkaitan pernikahan tersebut di Pejabat Agama Islam, Klang Selangor dan hasil siasatan mendapati pernikahan tersebut sah mengikut Hukum Syara. Satu salinan laporan dari Pejabat Agama Islam Selangor Daerah Klang dilampirkan sebagai ekshibit dalam permohonan.
Isu yang dipertikaikan dalam kes ini ialah adakah status pernikahan Pemohon 1 dan 2 di Gopeng adalah sah mengikut Hukum Syarak? Sighah Ijab dan Qabul adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Pemohon 1 dan 2 dengan mas kahwin RM 5000.00 serta dua orang saksi lelaki yang tidak dikenali. Namun wujud masalah berkaitan wali, ini kerana di dalam afidavit Pemohon 2 menyatakan wali adalah bapanya tetapi ketika memberi keterangan wali adalah abangnya iaitu Razali bin Jumari. Pemohon 2 menyatakan bahawa semasa pernikahan bapanya tidak hadir dan mewakilkan kepada abangnya. Tetapi semasa pernikahan abangnya juga tidak hadir dan jurunikah iaitu Tuan Haji Mustapha bin Jaafar bercakap dengan abangnya melalui telefon. Jurunikah telah menikahkan Pemohon 1 dan 2 melalui kuasa wakil atau izin yang diberi oleh bapa Pemohon 2 kepada abang kandung pemohon 2. Di sini wujud juga isu di mana jurunikah telah tamat tempoh Qadi dan tiada bidangkuasa.
Keputusan : Kes dibicara dan diputuskan bahawa pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 di Gopeng adalah tidak sah dan batal kerana Wali Hakim menikahkan tidak ada tauliah sebagai Jurunikah dan tidak mendapat kuasa untuk menikahkan daripada wali bapa Pemohon 2.
Kes kedua : Mohd Johar bin Rashid dan Sutih binti Hasanuddin lwn Subiah binti Mat Noor
Fakta kes : Pemohon 1 dan 2 telah berkahwin pada 12 Julai 2007 di rumah Imam Jurunikah di Kecamatan Medan Selayang, Kabupaten Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Pernikahan tersebut telah diwalikan oleh wali nasab iaitu bapa kandung Pemohon 2 iaitu Hasanuddin dan disaksikan oleh Zulfakar dan Yandi Zulkal.
Pemohon 2 adalah warganegara Indonesia dan mengakui bahawa dia seorang janda yang telah bercerai dengan suami terdahulu iaitu Mohd Nur bin Abdul Talib pada 27 September 2005. Satu salinan surat Pengesahan Cerai telah dikeluarkan oleh Panitera Pengadilan Agama Kisaran, Indonesia. Pemohon 2 telah mendapatkan kesahihan surat pengesahan dari Department Agama Kantor Urusan Agama Kecamatan Medan Selayang Indonesia iaitu tempat di mana urusan pernikahan beliau dengan Pemohon 1 dijalankan.
Pada 24 Julai 2007 Pemohon 1 telah membuat laporan pernikahan di PAIS Klang dan hasil siasatan pernikahan tersebut adalah sah mengikut Hukum Syarak. Pemohon 1 telah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 124 kerana semasa perkahwinan kedua itu dilangsungkan Pemohon 1 adalah suami kepada Responden iaitu Subiah binti Mat Noor. Hasil perkahwinan Pemohon 1 dan Responden dikurniakan 4 orang anak manakala hasil perkahwinan Pemohon 1 dan 2 dikurniakan seorang anak.
Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa pernikahan yang dilangsungkan oleh Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 12 Julai 2007 adalah sah dan menepati Hukum Syarak. Mahkamah memerintahkan bahawa pernikahan tersebut didaftarkan di Pejabat Agama Islam Selangor di Shah Alam.
Berdasarkan kedua-dua kes yang dinyatakan ini dapat disimpulkan bahawa perkahwinan poligami tanpa kebenaran ini akan melalui proses penyiasatan yang terperinci di Mahkamah Syariah bagi memastikan bahawa perkahwinan yang berlaku itu sah mengikut Hukum Syarak seterusnya barulah perkahwinan itu boleh didaftarkan di pejabat agama. Kes pertama menunjukkan implikasi yang amat besar sehingga perkahwinan yang telah berlangsung dalam tempoh lima tahun itu terpaksa difaraqkan kerana Mahkamah memutuskan perkahwinan itu tidak sah dan terbatal. Ini menunjukkan bertapa pentingnya untuk mendapatkan kebenaran dari Mahkamah untuk berpoligami kerana untuk menghindari dari berlakunya perkahwinan yang tidak sah. Kesan yang paling besar apabila perkahwinan itu difaraqkan adalah kepada status anak yang dilahirkan dari perkahwinan itu yang boleh dipersoalkan.
KESAN POLIGAMI TANPA KEIZINAN ISTERI
Ada segelintir masyarakat yang berpandangan, keizinan isteri tidak penting dalam urusan poligami kerana sudah tentu kebanyakan wanita tidak mengizinkannya. Jika berhajat, si suami bebas membuat keputusan sendiri. Isteri diugut dengan ancaman berdosa, nusyuz (derhaka), menolak sunnah Nabi dan sebagainya.
Benar, poligami sah tanpa izin isteri. Tapi kerelaan isteri amat penting dan berpengaruh besar dalam kehidupan berumah tangga selepas itu. Jika diabaikan, ia bakal menghancurkan tujuan suci perkahwinan untuk mewujudkan mawaddah, rahmah dan sakinah.
Biasanya suami yang berpoligami tanpa rela isteri melakukannya di Thailand atau di luar mukim. Poligaminya sah namun ia dianggap oleh masyarakat berpoligami tanpa adab. Melanggar lunas undang-undang. Berisiko tinggi untuk menzalimi hak sesiapa.
Hidup ini bukan sekadar mengetahui hukum tanpa seni melaksanakannya. Bukan juga sekadar ada seni melaksanakannya tanpa mengetahui hukum. Kedua-duanya sama-sama penting untuk mengecap bahagia. Tentang isu sah atau tidak sah suami berkahwin lagi tanpa izin isteri, diakui bahawa ianya sah. Namun, ia meninggalkan kesan dan risiko tersendiri dalam kehidupan berumah tangga selepas itu.
Pandangan seterusnya adalah kupasan yang telah ditulis oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin seorang penulis buku Sebarkan Cinta-Mu, buku yang dikupas secara penulisan novel dalam memberi maksud poligami dari sisi pandang seorang wanita terhadap syariat ini. Berikut adalah ringkasan di dalam penulisan beliau tanpa pindaan.
Kuasa Keizinan Mahkamah
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa cara pernikahan yang baik itu ialah apabila tidak ada penghalang yang menghambat pernikahannya daripada salah satu pihak, atau keluarganya, atau tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain-lain.
Secara undang-undang di Malaysia, sama ada isteri mengizinkan atau tidak mengizinkan, rela atau tidak rela, permohonan untuk berpoligami mesti dituntut di mahkamah. Ketidak relaan isteri sedikit berpengaruh dalam keputusan mahkamah dalam menentukan sama ada suami mampu berlaku adil atau tidak.
Mahkamah Syariah mempunyai maslahah tertentu untuk membolehkan poligami hanya dengan izin mahkamah, iaitu mahkamah yang menentukan ‘keadilan’ seseorang dan kemampuannya memberikan nafkah. Konsep maslahah suatu konsep yang diiktiraf dalam Fiqh dan Usul Fiqh. Ini disebabkan oleh ramai orang yang menyalah gunakan keringanan (rukhsah) berpoligami khususnya orang-orang jahil.
Di Malaysia, mahkamah akan mempersoalkan tentang kecacatan fizikal isteri, ketidak mampuannya memberikan zuriat serta memenuhi keperluan seks suami dan sebagainya. Jika isteri telah memenuhi kriteria semua ini dan dia tidak rela dimadukan, mahkamah biasanya berkemungkinan besar menolak permohonan suami untuk berpoligami, bergantung juga kepada penelitian banyak faktor lain dan kebijaksanaan hakim.
Perbezaan Pendapat Dalam Mensyaratkan Keizinan
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat dalam soal mensyaratkan keizinan isteri pertama atau kadi atau Mahkamah Syariah sebagai mana dihuraikan oleh ramai ulama kontemporari. Sila rujuk penerangan buku Al-Fiqh waadillatuhu karangan Wahbah Zuhaili. Beliau lebih condong kepada pendapat yang mengatakan individu itu sendiri yang berhak menentukan sama ada dia mampu berlaku adil atapun tidak, bukannya pihak mahkamah. Pendapat ini suatu sokongan kepada pendapat Perhimpunan Kajian Islam (Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah) pada muktamarnya yang kedua di Kaherah pada tahun 1975.
Pendapat di atas ini dihormati. Mereka memiliki hujah yang kuat. Dalam masa yang sama, pendapat yang terpakai di Malaysia juga wajar dihormati atas dasar maslahah dan kaedah fiqh yang memperhatikan keadaan zaman dan lingkungan dalam berfatwa. Lagipun sebahagian ulama kontemporari yang lain seperti Imam Ghazali mempertahankan bahawa keinginan berpoligami oleh seseorang setelah meneliti keadaan tertentu yang tidak melayakkannya tidak boleh dibiarkan. Rasulullah sendiri pernah menegah poligami yang ingin dilaksanakan oleh Saidina Ali. Bukan itu sahaja, baginda menyarankan agar pemuda yang tidak mampu bernikah untuk berpuasa, bukan tetap sahaja menikah.
Jelas kepada kita bahawa isu keizinan mahkamah dan isteri adalah sesuatu yang diperselisihkan oleh ulama, bukannya suatu isu yang disepakati. Maka, raikan perbezaan kerana perbezaan pendapat itu lumrah. Ia suatu perbezaan yang terhormat selagi mana berpegang kepada hujah dan dalil.
Hormatilah keputusan mana-mana negara untuk memakai pendapat yang mana dalam aplikasi undang-undang negaranya. Ia bukan soal benar (haq) atau sesat (batil), cuma soal betul (sowab) atau salah (khoto’). Perbezaan dalam soal betul (sowab) atau salah (khoto’) ini semuanya dalam daerah pahala, sama ada satu atau dua pahala. Orang yang tidak mendapat pahala ialah mereka yang menyesatkan dan mengkafirkan orang lain yang berbeza pendapat dengannya.
Akibat Berkahwin Tanpa Izin, Mendera Perasaan Isteri dan Menghapus Bahagia Sekeluarga
Kita bincangkan pula, isu penting atau tidak penting suami berkahwin lagi dengan izin isteri. Mari merenung jauh, apakah impak poligami tanpa kerelaan isteri? Adakah ia berpengaruh kepada konsep membawa keburukan (mafsadah)?
Sudah tentu.
Bukankah berpoligami tanpa rela isteri ini suatu penderaan perasaan yang amat dahsyat kepada kaum wanita? Jika dia marahkan suaminya sahaja, tidak mengapa. Bimbang nanti agamanya rosak apabila dia mula marahkan Allah. Bimbang juga jika kehancuran hatinya merangsang dia bertindak di luar kawal.
Wajarkah wanita dipersalahkan seratus-peratus apabila nanti dia mewujudkan perang demi perang lantaran remuknya perasaan? Siapa sebenarnya yang mencampakkan wanita ke dalam kezaliman ini apabila agamanya terfitnah kerana cemburu? Siapa yang telah mengheretnya kepada ujian hidup bermadu tanpa adab? Akibatnya, suami, isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga akan hilang bahagia. Siapa pencetusnya?
Kepentingan Izin Isteri untuk Mencapai Tujuan Perkahwinan Barakah
Mari kita perhatikan, apakah rasional pentingnya suami meminta kerelaan isteri sebelum berpoligami. Sebelum itu, diingatkan sekali lagi, isunya di sini bukan sah atau tidak sah berpoligami tanpa kerelaan isteri, tetapi penting atau tidak penting kerelaan isteri:
1. Meminta kerelaan isteri adalah suatu sikap mulia dengan mengambil prinsip umum kepentingan berbincang atau bermesyuarat dalam kepimpinan.
yFirman Allah SWT yang bermaksud, “Dan berbincanglah dalam urusan antara mereka.” (Surah Syura: 38)
Suami adalah pemimpin di dalam rumah tangga. Sebelum sesuatu keputusan besar dibuat di dalam keluarga, amat penting baginya berbincang dan bermesyuarat sesama ahli keluarga. Barulah dia dikira pemimpin yang bertanggung jawab dan amanah. Bukankah isu poligami adalah isu yang sangat besar dalam sesebuah keluarga? Melaksanakannya tanpa berbincang, adakah akan membawa bahagia? Atau bakal mencipta neraka dunia?
2. Tanpa kerelaan isteri, ia menghancurkan hati isteri dengan penipuan dan menyembunyikan pernikahan, bertentangan dengan konsep al-mu’aasyarah bil-ma’ruuf (memperlakukan isteri dengan baik), seperti yang diingatkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Nisaa`: ayat 19.
3. Islam mengiktiraf perasaan kewanitaan dan ianya menyejukkan jiwa wanita. Pengiktirafan ini mengukuhkan institusi kekeluargaan. Suami yang meminta kerelaan isterinya dikira mengiktiraf perasaan isterinya itu.
Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ الْكِنْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَشِيرُوا عَلَى النِّسَاءِ فِي أَنْفُسِهِنَّ
Maksudnya:
Daripada ‘Adiy ibn ‘Adiy Al-Kindi daripada bapanya: Rasulullah SAW bersabda: “Berbincanglah dengan wanita tentang diri mereka sendiri.”
Jadi, wajarkah seorang suami langsung tidak mengambil pandangan isterinya sebelum berpoligami? Urusan poligami bukan urusan suami seorang bahkan melibatkan urusan isteri dan anak-anak. Maka, suara isteri wajar diperbincangkan bersama secara syura. Suami tidak boleh berlagak diktator kerana keputusan untuk berpoligami melibatkan hak orang lain. Jika hak itu dizaplimi tanpa izin, ia berpengaruh pada syurga dan nerakanya.
4. Betapa Rasulullah SAW amat menghargai isteri, baginda berpesan kepada kaum suami apabila tergoda dengan wanita lain, segeralah menggauli isteri di rumah. Baginda tidak pernah berpesan agar segera menikahi wanita itu dan menduakan isteri kerana baginda menunjukkan contoh bernikah lagi bukan kerana nafsu tetapi kerana kepentingan agama.
Lelaki yang tertawan dengan seorang wanita dan bercinta secara haram di belakang isterinya kemudian berkahwin lagi tanpa kerelaan isteri, jelas perkahwinannya bukan kerana kepentingan agama tetapi kerana dorongan nafsu.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda. “Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” (Riwayat Muslim).
5. Bagaimana Fatimah al-Zahra mengetahui hasrat suaminya ingin berpoligami jika suaminya tidak berbincang dengannya? Jelas, Saidina Ali menghargai kerelaan isterinya dalam urusan ini dengan berbincang.
6. Kenapa menantu-menantu Rasulullah yang lain seperti Saidina Usman dan Abul Ash Laqith bin Ar-Rabi’ tidak berpoligami? Mereka mengetahui Rasulullah tidak rela puteri-puterinya dimadukan. Jelas, Saidina Usman dan Abul Ash meraikan dan menghormati hati dan keizinan isterinya dalam urusan ini yang disampaikan oleh ayahnya sejak awal pernikahan.
7. Seandainya isteri tidak merelakan, ia akan mengakibatkan pertengkaran dan pergaduhan besar. Biasanya sukar dimaafkan dan dilupakan selama-lamanya kerana isteri sudah hilang kepercayaan kepada suami. Sekaligus meruntuhkan tujuan perkahwinan untuk membina mawaddah, warahmah wasakinah.
8. Seandainya perbincangan dengan isteri berlaku, ia akan membawa natijah sama ada isteri merelakan atau suami perlu memberi hak isteri sekiranya dia mempertahankan monogaminya di mahkamah atau minta dibebaskan dengan cara yang baik. Ia dapat mengelakkan pergaduhan besar dengan memberikan hak semua pihak.
9. Kerelaan isteri pertama lebih memberi ketenangan hati kepada banyak pihak termasuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Realiti membuktikan bahawa poligami tanpa izin isteri selalunya sukar dan poligami dengan izin isteri selalunya sejahtera.
10. Kerelaan isteri pertama dapat mengelakkan isteri kedua dan seterusnya sering berada dalam derita apabila suami bersikap lepas tangan. Manakala pembelaan untuk meminta suami menjalankan tanggungjawab dengan adil tidak ada kerana dia tidak terikat dengan mana-mana institusi yang boleh mengawal suaminya daripada melakukan ketidak adilan. Janji-janji suami akan berkubur begitu sahaja kerana perkahwinan ini tidak mengikut prosedur undang-undang yang betul dengan meminta kerelaan isteri pertama terlebih dahulu, maka suami boleh mengabaikan janjinya sewenang-wenangnya.
11. Kerelaan isteri penting supaya suami tidak boleh menafikan hak isteri pertama untuk menuntut agar mahkamah memerintahkan suami membayar nafkah isteri pertama dan anak secara tetap jika permohonan poligami suami dibenarkan (subseksyen 23 (10)(a)).
12. Kerelaan isteri penting supaya suami tidak boleh menafikan hak isteri pertama untuk menuntut agar mahkamah memerintahkan apa-apa aset yang diperoleh dengan usaha bersama dalam masa perkahwinannya dan suami, dibahagikan atau supaya ia dijual dan hasil jualan dibahagikan (subseksyen 23 (10)(b)), sebelum suami dibenarkan untuk berpoligami.
PENUTUP
Tajuk yang pertama membincangakan tentang poligami di mana polemik poligami di Malaysia adalah berpunca dari ketidak fahaman masyarakat tentang konsep dan falsafah poligami sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Sekalipun perkahwinan poligami dibenarkan sebagaimana perceraian, namun kedua-duanya adalah tidak digalakkan. Sebaliknya poligami dan perceraian hanya boleh dilaksanakan sekiranya ia berfungsi sebagai penyelesai kepada masalah masyarakat. Bagaimanapun apa yang berlaku di Malaysia, pengamal poligami kebanyakannya tidak mematuhi samada yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Hadith juga sebagaimana yang diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam. Kerana itu isu poligami masih lagi terus dibincangkan. Apa yang tercatat dalam prosedur poligami di kebanyakan negeri dalam Malaysia bahawa perlunya mendapat kebenaran mahkamah dan kebenaran isteri sedia ada, merupakan salah satu cara untuk menjamin keadilan dan kebajikan isteri dan anak-anak. Yang pastinya kezaliman dari berpoligami bukanlah kerana sistem tersebut tetapi kerana masyarakat yang gagal untuk menghayatinya. Oleh itu walau apa pun bentuk perkahwinan samada monogami mahupun poligami, maka seseorang yang bergelar ketua keluarga itu mestilah memastikan supaya rumahtangganya di penuhi dengan unsur-unsur yang telah ditetapkan oleh al-Quran ayat 3 Surah aI-Rum, ayat 19 Surah al-Nisa' , ayat 237 Surah al-Baqarah dan ayat 32 Surah alNur. Nescaya perkahwinan monogami mahupun poligami tidak akan berlaku kezaliman dan penyelewengan dalam Institusi Kekeluargaan Islam.
RUJUKAN
1. Dusuki Haji Ahmad. (1975). Poligami dalam Islam (pp. 2-7). Kuala Lumpur, Pustaka al-Hilal.
2. Pahrol Mohamad Juoi. (2012, 05). Misteri Poligami Antara Keadilan dan Keseronokan. Majalah Solusi, 40, 16-20.
3. Pahrol Mohamad Juoi. (2012, 05). Masih Adakah Yang Sudi. Majalah Solusi, 40, 11-23.
4. Fatimah Syarha Mohd Noordin. (2011). Sebarkan Cinta-Mu . Kuala Lumpur, PTS Millenia Sdn Bhd.
5. Ruzman Md. Noor, (2007). Kesaksian dalam konteks undang-undang keterangan mahkamah syariah di malaysia*: . Analisis dari perspektif mazhab syafi‘i, 1-126.
6. Al-Hafiz, Abu Mazaya, Al-Sahafi, Abu Izzat, (2004), Fiqh Jenayah Islam, Kualalumpur; Al-Hidayah
7. USt. Drs. Moh. Saifulloh Al Aziz S. 2002. Fiqih Islam Lengkap pedoman hukum ibadah umat islam dengan berbagai permasalahannya. Terbit Terang. Surabaya
8. Raihanah Hj Abdullah, (2007). Poligami Di Malaysia. 1-20.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/3ea69a7fa32ebe0348257535001a3879?OpenDocument
9. Tambahan: Rujukan dari blog, scribd dan portal.
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket
Kategori
diploma syariah,
Ilmiah,
Undang-undang Acara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)