Terlajak menziarahi saudara di UMMC, kami singgah bermalam di Best Western Hotel, Petaling Jaya. tiada booking awal dibuat memang 100% gamble kata orang..sewa 2 bilik (connecting room). keduanya bernilai RM500++ untuk satu malam dan tanpa breakfast, ohh sungguhh tidak berbaloi, difahamkan hotel ini baru saja dibuka, jadi keadaan bilik masih baru dan bersih..cuma tandas agak sempit kata suami, mungkin dia makin menggemuk, saya tak pulak rasa sempit, ok je, pusing kiri-kanan tak pulak berlaga dinding, mungkin sbb saya kian mengecil, mungkin?
Owh satu lagi berkenaan swimming pool yang disediakan memang ada bahagian dewasa dan kanak2. hari tu, swimming pool dewasa tutup sebab tak buat pembersihan lagik, so kami berdua melayan saja kakak mandi manda di swimming pool kanak2..nasib, kalu tutup jugak yang kanak2 punya, haruslah menangis kakak nak terjun jugak kan!
|
double bed |
|
cam biasa saad take part |
|
cabinet semua masih baru, merelap |
|
TV plasma, boleh tonton movie dengan bayran serendah RM9.90, tak payah masuk pangung ok! |
|
Laluan ke pintu |
|
tandas yang didakwa sempit oleh org sebelah |
|
main sakan sampai berbalut2 |
Untuk hotel
saya aku bagi 6.5 / 10..haa sesuai la tu..mahai tapi takdak bekfes, kira dah pangkah awai2!
Ok, malamnya kami makan di gerai nasi pakapau..ini semua nk mengenang kembali kisah silam cik suami yang selalu berkunjung kesini semasa belajar di UIA dulu, nasi pakapau seksyen 17 tapak pasar malam..sedap sangat dengan nasi pakapau, sebelum ni dia bgtau saja mcmana rasa dan rupa, dan memang aku dah masak mengikut descrption yg diberi..wbgmanpun, setelah aku rasa kat sini, memang 20% je sama cam yang aku masak..yang len langsung outt..Owh sampai ati kau (cik suami) kata aku buat tu menjadi dan sedap..huh, memang diluar
akal yg waras! jangkaan.
|
ini view dari sisi kedai |
|
ini rupanya nasi pakapau, ada telur mata, dan daging masak sos tiram+bawang besar dadu+daun selasih+cili padi |
|
|
didatangkan bersama sup, dan ulam + sambal belacan |
|
ini menu kakak untuk malam tu, mi kungfu |
Nasi pakapau ni aku bagi A, sebab aku memang suka makan2 camni, simple dan sedap..harga tak mahai mana, RM5 sepinggan..tapi tang hotel blum mencapai tahap puas hati..heh!
Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah.
~qirmumtaz~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dapat sesuatu dari entry di atas? komen le cikit ;)