My Home

Followers

Memaparkan catatan dengan label hotel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hotel. Papar semua catatan

Isnin, 2 Januari 2017

Hari keluarga Aflah Nizam di teluk Senangin

Alhamdulillah akhirnya dapat juga buat hari keluarga kali kelima setelah 2 tahun mendiam. Banyak halangan sebelum ini.  Jadi penutup tahun 2016 dapat juga adakan hari keluarga yang mengumpulkan seluruh warga kerja Syarikat Aflah Nizam dan keluarga Abu Bakar.

Kali ini qir kira program yang agak teratur kerana mengambil pengajaran dari hari keluarga yang lalu. Mesyuarat berulang kali, dan setiap acara ada telah dibahagikan kepada kumpulan tertentu untuk uruskan.

Qir pegang acara sukan, rancang aktiviti,  uruskan mc dan urusetia, dan sediakan peralatan.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan semua peserta nampak begitu terhibur.

Banyak acara lain seperti pertandingan memasak,  sukaneka,  memancing, puzzle,  bbq. Walaupun masa 2 hari semalam agak suntuk tapi sangat bersyukur sebab program berjalan seperti yang dirancang.

Berkenaan dengan chalet,  ianya ditempah sebulan lebih awal,  ada bilik yang berharga bermula dari rm180-150. Sangat berpuashati dengan kebersihan dan peralatan yang disediakan.  Tandas yang bersih dan kawasan yang cantik dan terjaga kebersihannya.

Cuma musim hujan sudah tentu mengundang air pasang yang kerap. Jika tidak dipasang tembok,  rasanya sudah lama chalet kami dihanyutkan ombak. Air meninggi separas dengan tembok yang dibina. Memang tak tidur malam dibuatnya!. Agak menakutkan mendengar deruan ombak yang mengganas di tengah-tengah malam ya.

Alhamdulillah penutup tirai 2016 begitu mengujakan kami!

Jumaat, 11 Disember 2015

Percutian ke Sungai Petani lagi-Park Avenue Hotel

Kali ni lokasi percutian masih lagi di Sungai Petani.  memilih Park avenue Hotel memang berbaloi,  selain  harga yang berpatutan,  kemudahan yang disediakan juga amat berpuashati,  bilik yang bersih, sarapan pagi yang sedap dan pelbagai pilihan.  yang paling penting ada swimming pool utk kanak2. memang tujuan utama nk bawa anak2 berswimming.  bgi saya pulak apa yang best kat sungai petani ni ialah adanya Jakel,  hehe sempat jugalah cuci mata dengan jualan akhir tahun di sana.  selain itu antara tempat yang wajib kami lawati ialah tutti frutti di village mall tulah.. mesti akan kami singgah setiap kali selepas lunch.  cukup dengan yogurt ice cream perisa vanilla yang ummmpph,  tak memandang dah yang lain.  lunch pulak di dataran ikan bakar di tepian sungai sungai petani tu.. ikan siakap bakarnya memang sangat2 sedap.. kali pertama pergi dah jatuh cinta.  mungkin akan disenaraikan sebaris dengan FM tom yam pok tek silibin ipoh.. pasti akan dikunjungi lagi.  Insyallah. Antara acara wajib kali ini ialah melunaskan urusan perniagaan,  jadi banyak perkara yang selesai disebalik percutian kali ini.  Insyallah di penghujung cuti,  kami akan ke wetland shah alam pulak..

Khamis, 8 Mei 2014

Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut Pilihan Untuk Percutian Bulan Mac 2014

Assalamualaikum wrt kepada semua pembaca ;)

Alhamdulillah, percutian bulan mac baru2 ini sy sekeluarga memilih Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut damar laut berdekatan teluk senangin. Perjalanan dari penang hampir 3 jam kesana. Sy booking lebih awal dan memilih Deluxe Garden View RM278 semalam termasuk breakfast. Suasana tempat yang mendamaikan dan jauh dr kesibukan memang amat sesuai untuk berehat sepuas2nya sambil menikmati tiupan angin segar, memang mengasyikkan!




suasana di lobby hotel

berhadapan laut yang mendamaikan

ada tangga untuk ke pantai

swimming pool-kanak2 dan dewasa tersedia, cuma di bahagian kanak2 terlalu banyak keladak lumut dalam air, huhu

Pilihan sarapan pagi

lagi suasana di lobby

antara kedai makan yang ada, astaka deretan kedai makan, boleh lihat peta di bawh. masalah utama ialah mencari kedai makan memang agak susah, mungkin Swiss Garden ni nak kita makan kat restoran dia yang mahaal tu rasanya..;( . ni makan malam hari pertama, hari kedua di kedai makan pak imam corner. siang kami ke restoran waleed dan ummi di bandar lumut.

air limau panas dan Maggi goreng, rasa tidak mengecewakan, sedap ;)

pintu masuk ke swiss garden

cantik!


parking



jalan masuk, memang dikelilingi ladang kelapa sawit.

seightseeing jom!

suasana sekitar

bilik pilihan

makan tengahri disini, memang sedappp

suasana restoran walid yg bersih
peta ke kedai makan berhampiran.





Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Rabu, 22 Mei 2013

Hotel Bangi Lanai di Bangi

 Bintang dari qm;
** kebersihan bilik
**kebersihan tandas
**layanan

Website: http://www.hotelbangi.com/
 Bangi Lanai Hotel Kuala Lumpur - Car ParkBangi Lanai Hotel Kuala Lumpur - Reception
 Bangi Lanai Hotel Kuala Lumpur - Family SuiteBangi Lanai Hotel Kuala Lumpur - Premier Suite
Bangi Lanai Hotel Kuala Lumpur - BathroomBangi Lanai Hotel Kuala Lumpur - Exterior
Nota kaki: hotel bangi lanai adalah hotel yang diusahakan oleh muslim, ada madrasah anak yatim di dalamnya, kiranya kalau tido kat sini sambil mendermalah..qm sewa family suite, 2 katil queen, ada aircond, water heater dan tv, iron kena minta kat kaunter. harga semalam RM155 saja, oklah...sebelum tu qm sewa di homestay dengkil tapi, rumah macam dah tinggal lama, air berlumut, cadar katil berpasir..soket rosak..jadi kami tido di situ 2 malam je, malam ketiga dah tahan sebab airlah, rasa gatal badan..huhu, so cabut lari ke hotel bangi lanai lah...




Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Anggerik Lodging, Gelugor Pulau-Pinang

 Bintang dari qm:
* kebersihan bilik
*kebersihan tandas
*layanan

Anggerik Lodging Hotel Penang - Bathroom

Anggerik Lodging Hotel Penang - Cendana

Bahagian Dalaman Hotel
Bahagian Luar Hotel





 Nota kaki: Anggerik Lodging ni terletak dekat sangat dengan rumah qm, tido kat situ sebab elektrik terputus, jadi pi la tido situ semalam RM80, ada 2 jenis katil dalm satu bilik, single bed dan satu lagi double bed. bilik yang qm dapat tu, agak berbau, lantai berdebu..mungkin time tu bilik yg agak selesa penuh kot..tempat ni sangat dekat dengan deretan kedai sarapan pagi yang best iaitu taman tun sardon, dan dekat dengan tapak pasar malam setiap hari rabu jee..kalau mai ke penang nak hotel bajet leh la try kat sini..


Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Landcons Hotel di Langkawi

Bintang dari qm;
* * * kebersihan bilik
* * * kebersihan tandas
* layanan 
Landcons Hotel Landcons Hotel

 Terletak dalam jarak 5 minit berjalan kaki dari Pantai Cenang dan hanya 150 meter dari Underwater World Langkawi, hotel ini berada di dalam rumah agam yang berwarna putih. Ia menawarkan sebuah restoran terbuka, spa ikan dan bilik-bilik dengan Wi-Fi percuma.
Landcons Hotel berjarak 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan 1.5 km dari The Rice Museum. Pilihan membeli-belah boleh didapati di tingkat bawah hotel.
Mempunyai lantai berjubin, bilik-bilik yang dilengkapi secara sederhana di Landcons menyediakan TV dengan saluran kabel dan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian air panas. Di samping kemudahan untuk membuat teh/kopi dan bar mini, kemudahan menyeterika juga disediakan.
Para tetamu boleh mengatur perjalanan di meja tempahan lawatan atau menyewa basikal untuk meneroka kawasan sekitarnya. Meja penyambut tetamu 24 jam menyediakan perkhidmatan dobi dan faks/fotostat. Tempat meletak kereta peribadi di lokasi adalah percuma.
Taj Mahal Restaurant yang terbuka menawarkan pelbagai hidangan istimewa Malaysia secara à la carte. Para tetamu boleh menjamu selera di dalam bilik.

 Landcons Hotel Langkawi - Hotel ExteriorLandcons Hotel Langkawi - Hotel Exterior


 Landcons Hotel Langkawi - Superior RoomLandcons Hotel Langkawi - Bathroom


 Landcons Hotel Langkawi - Standard RoomLandcons Hotel Langkawi - Deluxe Quad


 Nota kaki: Bilik yang kami booking adalah attachment room, dalam bilik tu kiranya dah ada pintu untuk ke bilik yang satu lagi. komen qm cuma bilik tu takda tingkap langsung, walaupun ada aircond tapi rasa macam tak bernafas dan lemas sikit,,nasib keluar je pintu, depan tu ada balcony, boleh la lepak2 lepak situ..bilik yang qm duduk harganya RM100 lebih gak, sewa 2 bilik, 3D2N. sewa kereta guna perkhidmatan kereta yang kak Shila punya syarikat budgettravel agency dari penang. Leh call kak syila 0174031942... kat perkarangan hotel ada restoran taj mahal, memang sedap dan mahal..malam tu kami makan nasi arab ke,kalo tak silap la...dengan fresh orange segelas tinggi RM7..huu berbaloi2 sebab sangat sedap, cubalah! time nak balik qm order lg satu bungkus..tapi time tu rasa cam tak sedap pulak mungkin kena minum dalam kedai dia kot..layan gambar dr tripod kat bawah ni..

Photos of Taj Mahal, Langkawi











Aku hanyalah insan biasa, mengharap teguran dari sahabat dan mendamba redha Allah. ~qirmumtaz~ Photobucket

Kewajipan Menutup Aurat

Kewajipan Menutup Aurat
An Nuur: 31 » Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Ikut al-Quran & Sunnah

Ikut al-Quran & Sunnah
An Nisaa': 59 » Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. 4:59)

Nasihat

Nasihat
Al 'Ashr: 3 » kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih
Ali 'Imran: 153 » (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Islam Seluruhnya

Islam Seluruhnya
Al Baqarah: 208 » Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)